Quantcast
Channel: SuperMOM With SuperKIDS
Viewing all 283 articles
Browse latest View live

Jom Terbang Ke Beijing Dengan AirAsia

$
0
0
Jom Terbang Ke Beijing Dengan AirAsia | Ingat AirAsia... Ingat tambang murah kan... Haa... gittew. Hye korang. Busy dengan kerja ker tu? Harap semuanya baik-baik sajalah ya. Jangan lah stress sangat dengan kerja tu. Kalau rasa stress, apa kata korang pergi bercuti. Bercuti pon antara terapi stress jugak kan. Baru-baru ni aku stalk IG member aku. Seronok betul tengok gambar dia sedang bercuti di Beijing. Baca jugaklah caption dia yang mengatakan Beijing ni best dan wajib dilawati sekurang-kurangnya sekali.


Teruja betul aku membaca kisah dia dan terus cari Google untuk search “tempat menarik di Beijing”. Tu dia… Memang banyak betul tempat-tempat yang best di Beijing untuk dilawati. Aku rasa kalau pergi sehari dua je memang tak cukup nak cover semua tourist attractions di sana tu. Banyak bangunan bersejarah yang unik, mercu tanda yang gah dan shopping mall yang besar serta pelbagai makanan yang menarik untuk dicuba.

Jom Terbang Ke Beijing Dengan AirAsia


Antara tempat menarik yang mencuri perhatian aku dan buat aku tertarik untuk terbang ke sana ialah Tembok Besar China atau dikenali juga sebagai Great Wall of China. Korang pun tahu kan, Tembok Besar China ni adalah salah satu daripada 7 keajaiban dunia. Katanya, view di atas puncak tembok tu sangat cantik. So, kalau dah sampai ke Beijing tapi tak singgah ke sana memang rugilah. Seterusnya, aku teringin nak ke Forbidden City dan Temple of Heaven. Kedua-dua tempat ni adalah antara bangunan yang unik dan mempunyai seni binanya yang tersendiri. Wangjing SOHO pun tak tertinggal dalam listing sebab bagi aku ia suatu bangunan yang sangat moden dan canggih which is di dalamnya mempunyai ruang pejabat, shopping kompleks dan tempat tinggal.

Tembok Besar China @ The Great Wall of China

Kena gigih kalau nak mendaki Tembok Besar China ni.

Forbidden City

Cantik sangat kan.

Temple of Heaven


Wangjing SOHO

Unik sangat binaan Wangjing SOHO ni kan. 

Teruja betul aku tengok gambar-gambar ni. Jadi nya kan, bila kau dah mula usha-usha tempat yang menarik di Beijing ni, kau jadi tak keruan lah pulak. Rasa macam nak terbang ke sana sekarang juga tau sebab tertarik dengan tempatnya yang menarik. Tapi kan, sebelum kita nak pergi bercuti ke suatu destinasi especially ke luar negara, kita kena planning dengan lebih detail. Kena buat survey. Contohnya harga flight ticket. Bagi orang yang tak pernah travel jauh ke luar negara macam aku ni, memang tak ada apa yang diinginkan melainkan dapat menikmati penjimatan penerbangan yang hebat, lebih-lebih lagi ke luar negara.


Jadinya… Dari pemerhatian aku, terbang dengan penerbangan AirAsia adalah sangat menarik sebab offer yang ditawarkan memang sangat terbaik berbanding dengan airlines yang lain. Memang excited lah kalau dapat terbang sebab dapat  tiket dengan harga yang murah kan. Korang nak jugak tak nikmati promosi yang ditawarkan ni? Tak susah pon. "Jom klik to book airasia here sekarang juga". Lagi meriah kalau kita bercuti secara beramai-ramai kan.


By the way, kalau korang inginkan flights yang ringkas, Low Cost ticket adalah pilihan yang tepat. Tapi bagi aku, kalau dah alang-alang ada pilihan tiket flights yang lebih selesa dengan harga yang rendah, why not kita just book that offer, betul tak? Kalau korang nak tahu, Premium Flex ticket ni actually sangat fleksibel serta banyak kelebihannya. Antaranya, korang akan dapat peruntukan checked-in bagasi seberat 20 kg dan AirAsia juga allows for 7 kg hand carry bag. Haaa… kira okay juga kan? Lagipun, korang nak pergi backpacking saja bukannya moving. Kira ok lah offer macam tu… Hehehe…


Selain itu, kawan aku kata perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur ambil masa kira-kira dalam lebih kurang 4 jam. So, kalau perut korang jenis cepat lapar macam aku ni, Aku suggest silalah buat pre-booked in flight meal ya. Nanti takdelah perut tu dok main lagu keroncong saja… Hahaha… Lagipun ada pelbagai pilihan hidangan yang disediakan dan semuanya nampak sedap-sedap belaka serta harganya juga sangat affordable. Aku nak try to book Nasi Lemak AirAsia sebab ramai bagi reviews yang positif pasal nasi ni. So, aku nak tahu jugalah apa yang uniknya rasa resipi Pak Naseer ni kan. Then, aku nak order Pai Kotej for extra meal. Mana lah tahu tak kenyang nanti. Aku kan kuat makan. Bagi korang yang suka dengan masakan mamak tu bolehlah try order Mi Goreng Mamak Kamal, siap sekali dengan the tarik lagi. I think it’s really good attraction from Air Asia.


Ini lah dia perancangan aku. Detail tak planning nya. Siap nak order hidangan apa kan… Ngeee… Sebelum aku end up the story, ada info lagi yang aku nak share ialah korang sebenarnya boleh redeem points. Airline ni bukan saja offer the cheapest flights but korang juga boleh menikmati penerbangan secara percuma. Haaa… Mesti korang suka kalau dapat fly ke destinasi impian dengan percuma kan? Bukan sekadar setiap kali pembelian flight tickets saja, malah setiap kali korang berbelanja di tempat lain seperti di shopping malls korang juga masih boleh kumpul points. Best kan? Korang pon tak sabar nak terbang ke Beijing ke? Kalau macam tu, untuk memudahkan pencarian flight korang, let’s book airasia now. Jangan tunggu lama-lama tau, nanti lama-lama tiket dikebas orang. Dah macam lagu pulak… Hahaha…. 




Enchanteur | Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja

$
0
0
Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.  


ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.

ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama. Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan. 

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM terdiri daripada 4 jenis wangian iaitu:


  • ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
  • ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
  • ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
  • ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya. Bagi aku, Enchanteur Paris Petite Parfume ni memang tersangat wangi. Boleh dikatakan semuanya wangi lah. Rasa sayang nak pakai.

Selain daripada itu, packaging nya pon cute. ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak) dan korang boleh dapatkannya di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   


Set Hadiah ENCHANTEUR Memperkenalkan 5 Set Wangian

$
0
0
Bagi mereka yang tidak mahu dihadkan dengan hadiah biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. 


Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan. Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. Ni nak tunjuk set hadiah mini Enchanteur Belle Amour & Romantic.


Packaging nya tersangat cute dan ekslusif. Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu dimana  di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. 


Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 


Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian LAZADA.  

Selain daripada set hadiah mini Enchanteur Belle Amour & Romantic ni, ada 4 lagi set wangian yang berlainan. Antaranya:
  • Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)
  • Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie & Adore)
  • Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris Mon Amie
  • Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie And Charming)

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.


7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah

$
0
0
7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah | Amboiii... Tajuk kemain lagi kan. Saja nak sharing apa yang aku pernah lalui. Ni berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku masa nak beli rumah dulu. Ada dua pengalaman di mana pengalaman nak membeli rumah pertama gagal. Dan pengalaman nak membeli rumah kedua pulak banyak cabaran dan dugaannya. Boleh baca kat [SINI] kalau nak tahu sebabnya. Bermula dari pengalaman-pengalaman inilah yang buat aku tesedar. Bukan mudah nak membeli sebuah rumah dan bukan mudah untuk memiliki sebuah aset tanpa kita ambil tahu keperluan sebelum membeli rumah.


Untuk yang masih bujang, daripada korang beli kereta mahal-mahal, lebih baik beli sebuah rumah. Dah kawin nanti senang. Wife cuci kaki jer masuk rumah... Erkkk... Hahaha... Untuk yang dah berkahwin, buat perancangan. Jenis rumah yang macam mana yang sesuai mengikut pendapatan suami dam isteri. Orang kata ikut budget bulanan lah. Jangan alah membeli menang memakai. Sakit nak bayar bulan-bulan nanti. Di sini aku senaraikan beberapa perkara yang perlu korang ambil tahu sebelum membeli sebuah rumah.

7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah


1) Check Status



Check status ni maksud aku, korang check nama korang dekat Bank sama ada blacklisted atau tak. Bila kita tahu status kita, permohonan jadi smooth dan senang. Bila kita tak tahu status kita tu blacklisted, memang payah lah nak buat loan. Bila kita dah tahu, at least kita boleh ambil langkah seterusnya. Apa lagi kalau bukan selesaikan dulu hutang piutang supaya urusan di kemudian hari di permudahkan.

2) Pembayaran Hutang Biar Cantik



Kalau korang ada buat loan kereta, personal loan atau credit card, monthly payment tu biarlah cantik. Jangan ada delay. Kalau autodebit tak apa. Sebab bulan-bulan dah auto tolak dari account. Jadi payment tu nampak cantik. Kalau korang prefer bayar online atau ke bank, pastikan tak ada delay. Ini pon bank akan tengok. Pengalaman aku masa nak beli rumah pertama dulu. Sebabkan isu ni loan susah nak lulus.

Kalau korang nak tahu, pihak bank akan check record CCRIS atau CTOS. Apa yang dimaksudkan dengan CCRIS? Ok... CCRIS (Central Credit Reference Information System) ialah rekod yang diselia oleh Bank Negara Malaysia dimana ia mengawasi corak pembayaran pinjaman korang termasuklah butiran bank pinjaman dengan setiap institusi kewangan di Malaysia dan rekod pembayaran pinjaman 12 bulan yang lepas termasuk tunggakan.

Manakala CTOS pula ialah kad laporan kredit korang. Terdapat juga syarikat lain seperti RAMCI (RAM Credit Information) yang menyediakan informasi yang sama. Sebarang kegagalan untuk membayar balik pinjaman, bil utiliti ataupun bil telefon, serta apa-apa tindakan litigasi terhadap korang termasuklah status bankrap akan tersenarai dalam laporan CTOS atau RAMCI. Kalau korang ada rekod CCRIS atau CTOS ni, ia akan mengurangkan peluang korang untuk mendapatkan pinjaman. Boleh baca kat [SINI] kalau nak tahu lebih lanjut.

3) House Hunting



Bila dah confirm nama tak ada blacklisted, hutang-hutang yang delay tu dah bayar dan monthly payment nampak cantik, boleh lah korang house hunting. Macam kami dulu, siap ambil cuti demi nak mencari sebuah rumah. Maklumlah... Lepas kahwin duduk dengan mak kan. Sampai bila? Kena lah cari aset sendiri jugak kan. Nak beli rumah teres atau apartment? Bergantung pada kemampuan korang.

Merata jugak lah house hunting. Asal ada banner pasal rumah, kami amik contact. Siap pergi showroom bagai sebab nak tahu project dan nak tengok rumah contoh. Tapi masa tu target kami nak cari rumah apartment yang mampu milik jer. Itu jer yang mampu masa tu sebab tengok gaji jugak kan. Alhamdulillah... Dapat dekat Bangi. Hubs house hunting naik motor sampai ke Bangi. Jumpa apartment yang affordable dengan keluasan yang agak besar. Memang rezeki kami lepas kegagalan rumah pertama dulu.

4) Location and Distance



Nak cari rumah, kena tengok lokasi jugak. Kawasan tu sesak ker tidak? Jarak perjalanan dari tempat kerja ke lokasi rumah yang korang tengah survey tu jauh ker dekat? Kalau dekat, baguslah. Kalau jauh, macam tak berbaloi pulak rasanya. Sebab minyak lagi kan. Belum masuk tol lagi (kalau ada). Banyak duit nak kena keluar tu. Penat pon iyer jugak. Kalau dah jauh dari tempat kerja, dah tentu kena keluar awal dari biasa kan. 

Katakan korang kerja dekat area bangsar. Cari rumah dekat seremban. Memang hazab lah. Dengan jalan sesak lagi kan dekat area bangsar tu. Tapi kalau korang dah berkenan dengan lokasi dan rumah tu serta sanggup hadap semuanya, proceed jer lah. Nanti boleh cari kerja dekat area rumah yang korang beli tu.. ngeeee... Tapi ramai jer yang duduk luar KL tapi kerja dekat KL. Yang duduk seremban, kerja dekat Putrajaya. Betul tak.

5) Environment and Facilities



Yang ini pon penting jugak. Kalau nak cari rumah, kena cari persekitaran yang kalau boleh kawasan tu tak ada lah sunyi sangat. Melainkan kalau korang sejenis yang suka privacy. Macam aku suka kawasan yang agak meriah. Bukan meriah apa, meriah kalau ramai yang duduk kawasan tu. Kawasan yang dikelilingi perumahan. Kalau sunyi sangat rasa tak best. Nak keluar malam pon takut sebab sunyi sepi kan.

Kalau korang mencari rumah teres, tengok jugak kawasannya macam mana. Senang naik air tak. Atau kawasan tu jenis rendah dan senang banjir. Penting tau. Macam aku rumah apartment. Tak risau kalau air naik... hehehe... Tapi kawasan tu bukan kawasan banjir. Lepas tu, facilities banyak. Yang ni kena tengok jugak tau. Make sure kawasan perumahan yang korang nak beli tu dekat dengan sekolah kebangsaan/agama rendah/menengah. Nursery dan tadika pon senang nak cari. Ada kedai runcit/serbanika. Facilities untuk transport pon senang nak dapat. Kalau dapat kawasan yang dekat dengan Komuter atau LRT pon best.

6) Status Hartanah



Korang kena check status rumah yang korang nak beli ni Feehold atau leasehold. Apa maksud Freehold dan Leasehold? Ok... Freehold ni bermaksud pegangan bebas untuk tempoh selama-lamanya di mana pemilik tanah pegangan bebas memiliki tanah tersebut selamanya tanpa tertakluk kepada tanah tersebut kembali semula kepada hak milik kerajaan selepas sesuatu tempoh tertentu (kecuali melalui pegambilan balik tanah oleh kerajaan).

Leasehold pula bermaksud pajakan ke atas hartanah untuk suatu tempoh yang telah ditetapkan. Biasanya tempoh pajakan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri / Pejabat Tanah adalah untuk 99-tahun. Tapi kan, apa akan jadi lepas tempoh pajakan tamat? Haaaa... korang kena  memperbaharui atau memanjangkan tempoh pajakan tersebut dengan membayar sejumlah premium mengikut kadaran nilai tanah semasa. Kalau korang nak tahu, bila dah tamat tempoh pajakan, tanah tersebut akan kembali menjadi hakmilik negeri. Nak tau detail, boleh baca dekat [SINI]

Jadi... Korang pilih Freehold atau Leasehold? The choice is yours ☺


7) Siapa Developer



Korang kalau nak beli rumah kena tengok jugak siapa pemajunya. Tengok project apa yang pemaju pernah buat. Kalau pemaju yang dah ada nama macam Sime Darby, Mah Sing, UM Land dan lain-lain, kira ok lah sebab kita dah tahu background diorang macam mana. Tapi kalau pemaju yang korang rasa macam tak berapa familiar, better buat survey. Takut nanti kena tipu. Kang tetiba rumah terbengkalai. 

Banyak dah jadi kes macam ni. Kesian dekat pembeli. Tiap-tiap bulan duit tolak bank. Tapi tanda-tanda rumah nak siap tak nampak-nampak lagi. Tapi tak semestinya developer yang berjenama bagus dan developer yang tak ada nama tak bagus. Macam developer untuk rumah yang kami beli ni. Nampak macam biasa jer. Tapi dah banyak projek rumah yang diorang buat. Trans Loyal Development namanya. Memang boleh dipercayai even nama tak se glamour developer lain. Pernah dengar tak... hehehe... 

Cukup dah 7 Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu Sebelum Membeli Rumah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku. Kalau ada lagi, boleh tambah. Apa-apa pon, semua rezeki ini akan kita dapat hanya dengan izinNYA. Kelancaran proses mencari dan membeli rumah juga adalah atas keizinanNYA jugak. Macam kami ni, rezeki dapat beli rumah sendiri selepas 3 tahun kawin. Dah nak masuk 9 tahun dah usia rumah kami.

Buat yang masih tercari-cari rumah, insyaallah... Ada rezeki tu nanti. Cuma cepat atau lambat saja. Ada juga yang lebih suka menyewa dari membeli rumah sendiri. Mungkin mereka ada alasan  tersendiri. Tak perlu persoalkan mereka kenapa tak beli rumah. Masalah orang bukan kita tahu kan. Jadinya... Diam adalah lebih baik. 

Note: Harga rumah pon dah makin mahal. Baik flat atau pon apartmnet. Rumah teres apatah lagi... hurmmmm...


PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan

$
0
0
[Siapa Nak Join Contest Ini Sila Tekan Banner Diatas]

PolicyStreet Menawarkan Insurans Terbaik di Malaysia Serendah RM5/Sebulan | PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan perkhidmatan insurans untuk sesiapa sahaja yang berkemampuan. Mereka memberikan nama syarikat mereka sebagai PolicyStreet kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda ketika anda melalui waktu – waktu yang kritikal seperti mendapatkan telefon pintar pertama anda, percutian ke luar negara, gadaian yang pertama, perkahwinan anda dan juga menjadi ibu bapa.

No automatic alt text available.

Teknologi telah membantu mereka untuk menjalani komitmen ini tetapi apa yang lebih penting adalah semangat mereka untuk membantu masayarakat telah membuatkan mereka untuk menubuhkan syarikat PolicyStreet ini. Insurans ini ditubuhkan oleh sekumpulan orang dan mereka mahu meneruskan legasi ini. Mereka juga komited dalam menawarkan insurans untuk orang yang tersayang, untuk benda yang anda hargai serta masyarakat dengan cara yang mudah dan berkemampuan.

Image may contain: text

Pakej – Pakej Yang Ditawarkan di PolicyStreet Yang Anda Perlu Miliki
  1. Manulife ManuProtect Term Life Insurance 


Ia merupakan pakej insurans yang digelar sebagai insurans yang paling berpatutan di dalam insurance kehidupan di Malaysia. ManuProtect memberikan bayaran penuh pada waktu kematian atau kecacatan yang disebabkan oleh sebab semulajadi ataupun kemalangan, dengan beberapa pilihan untuk liputan untuk sakit yang kritikal. 

Antara ciri – ciri dan tawaran yang diberikan oleh Manulife ManuProtect adalah;

  • Insurans Premium yang bermula dari RM5/ Sebulan
  • Amaun keseluruhan yang bermula dari RM 50K – RM 600K
  • Amaun kematian dari kemalangan yang berjumlah 2X ganda dari amaun keseluruhan
  • Penyakit kritikal akan menerima 30% dari amaun keseluruhan
  • Umur kemasukan yang terakhir adalah 60 tahun manakala umur yang ditamatkan adalah 80 tahun
  • Tiada kontrak untuk jangka masa yang panjang dan anda boleh membatalkan pada bila – bila masa

Kelebihan yang disediakan oleh ManuLife ManuProtect adalah;
  • Kematian disebabkan oleh faktor semulajadi 
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada penama
  • Kecatatan yang disebabkan oleh faktor semulajadi atau kemalangan
          - Amaun keseluruhan berjumlah RM50K – RM600K
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans
  • Kematian disebabkan oleh kemalangan 
          - 2X ganda daripada amaun keseluruhan
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans ataupun penama
  • Penyakit kritikal 
          - 30% daripada amaun keseluruhan (RM15K – 180K)
          - Dibayar kepada orang yang membayar insurans

Dapatkan ManuLife ManuProtect SEKARANG di https://products.policystreet.com/manulife/manuprotect/overview 


2. AXA 200 Cancer Care 

Image result for axa 200 cancer care

Dengan jumlah pesakit kanser yang ramai pada hari ini, insurans ini ditawarkan untuk melindungi orang ramai daripada penyakit kanser, dengan memberikan bayaran penuh apabila anda dikesan dengan kanser, dan juga bayaran tahunan untuk anda merawat kanser.

Antara ciri – ciri AXA 200 Cancer Care adalah;
  • Ia berada di bawah AXA Affin Life di mana bayaran adalah dijamin kepada pembayar insurans
  • Bayaran premium yang bermula dari RM45/bulan bergantung kepada umur
  • Bayaran Rawatan Terapi yang bermula dari RM30K
  • Bayaran Untuk Kesihatan yang bermula dari RM6K setahun
  • Pendapat Perubatan Kedua yang diberikan secara percuma 
  • Umur terakhir untuk menyertai insurans ini adalah 50 tahun dan perlindungan diberikan selama 20 tahun
  • Pemeriksaan kesihatan yang berjumlah RM 599 di Beacon Hospital
  • Anda tidak memerlukan pemeriksaan kesihatan untuk menyertai AXA 200 Cancer Care

Tujuan insurans ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu jumlah wang untuk rawatan kanser  sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit tersebut. Anda akan diberikan bayaran keseluruhan dan juga bayaran ‘bonus’ sehingga lima tahun untuk setiap tahun anda hidup. Insurans ini akan bertahan sehinga 20 tahun dan apabila tahun tersebut berakhir, anda boleh mendapatkan insurans yang baru sekiranya anda berumur di bawah 50 tahun.

Image may contain: text

Kelebihan – kelebihan yang ditawarkan oleh AXA 200 Cancer Care termasuklah;
  • Manfaat untuk Rawatan Terapi
        - Sekiranya orang yang membayar insurans tersebut didiagnos dengan kanser, mereka akan                   menerima bayaran insurans minimum RM30K.
  • Manfaat Untuk Sembuh
        - Orang yang membayar insurans juga akan menerima bayarann insurans secara tahunan yang                 berjumlah minimum RM6K setahun selama 5 tahun.
  • Pendapat Perubatan Kedua
        - Apbila anda mendapat pendapat untuk terapi atau pembedahan yang pertama daripada seorang             doktor, insurans ini menyediakan pendapat kedua dari doktor panel secara percuma.
  • Manfaat untuk Penama
       - Sekiranya orang yang membayar insurans meninggal sebelum didiagnos dengan kanser, penam            akan menerima bayaran insurans minimum RM1K.
  • Servis Penjaga
      - Orang yang membayar insurans boleh menghubungi AXA untuk mendapatkan penjagaan dari              jururawat, perubatan, ataupun pembuatan rambut palsu.
  • Baucer Pemeriksaan Kesihatan
      - Anda akan menerima baucer pemeriksaan kesihatan bernilai RM599 dengan setiap pembelian              pakej AXA 200 Cancer Care.


Dapatkan AXA 200 Cancer Care SEKARANG di https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

3. MSIG Take It Easy Pet Insurance

Image result for pet insurance

Insurans ini dijamin oleh MSIG, di mana ia adalah satu – satunya insurans untuk haiwan peliharaan anda yang berada di pasaran. Bermula dari hanya RM18/bulan, insurans haiwan peliharaan ini memberikan perlindungan untuk veterinar, bil ER, ubat – ubatan & suntikan dan juga kos untuk pengebumian sekiranya haiwan peliharaan anda sakit, cedera ataupun meninggal. 

Ciri – ciri MSIG Take It Easy Pet Insurance adalah;

Related image
  • Dijamin oleh MSIG
  • Bayaran Premium bermula RM18/sebulan
  • Manfaat Perubatan Haiwan Peliharaan sehingga RM5K
  • Manfaat kematian disebabkan oleh sakit dan juga kemalangan sehingga RM5K
  • Manfaat pengebumian dan pembakaran sehingga RM1K
  • Pengiklanan dan juga kos penembuhan untuk haiwan peliharaan yang hilang sehingga RM1K
  • Boleh didapati untuk anjung dan kucing yang mempunyai mikrocip yang berumur 12 minggu sehingga 9 tahun
  • Insurans ini tidak disediakan untuk haiwan yang larangan ataupun spesis yang diharamkan oleh keraajaan, orang awam, ataupun pihak berkuasa.


Kelebihan – kelebihan yang boleh didapati sekiranya anda mengambil MSIG Take It Easy Pet Insurance termasuklah;
  • Manfaat Veterinar dan juga Pembedahan
Sekiranya haiwan peliharaan anda cedera ataupun sakit, insurans ini akan memberikan perlindungan kepada bil veterinar sehingga RM5K. Sekiranya terdapat pembedahan, ia akan melindungi kos selepas pembedahan sehingga 60 hari.
  • Manfaat Kematian 
Tuan kepada haiwan peliharaan yang mati akan menerima sehingga RM5K untuk mendapatkan haiwan peliharaan yang baru.
  • Manfaat Untuk Pengebumian 
Anda akan menerima sehingga RM1K untuk kos pengebumian ataupun pembakaran.
  • Pengiklanan Untuk Haiwan Peliharaan Yang Hilang 
Anda akan menerima bayaran sehingga RM1K untuk mengiklankan haiwan peliharaan anda yang hilang dan juga untuk membayar ganjaran kepada orang yang menemui haiwan anda.
  • Asrama Untuk Haiwan Peliharaan Anda
Apabila tuan haiwan peliharaan tersebut dimasukkan ke hospital lebih dari tiga hari, haiwan peliharaan anda akan dimasukkan ke asrama dan dibayar sehingga RM 2.5K.
  • Liabiliti Pihak Ketiga
Apabila haian peliharaan anda melakukan kecederaan kepada orang lain ataupun merosakkan harta benda mereka, insurans ini akan memberikan perlindungan sehingga RM100K.

Dapatkan MSIG Pet Insurance SEKARANG di : https://products.policystreet.com/axa/cancercare/overview

Kelebihan Mendaftar Insurans Dengan PolicyStreet 

Image may contain: text

Mudah Digunakan

Policy Street tidak memerlukan anda untuk pening kepala kerana ia menawarkan pakej – pakej yang sesuai untuk anda. Setiap pakej telah diberitahu akan fungsi dan kelebihan masing – masing, jadi anda hanya perlu memilih pakej yang anda perlu gunakan dan mula mengambil insurans tersebut untuk kehidupan, harta dan juga kesihatan anda. 

Pelbagai Pakej Yang Ditawarkan

Image may contain: text

Anda boleh memilih pakej – pakej yang diberikan berdasarkan keperluan dan juga kepentingan anda. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kanser, anda boleh memilih AXA 200 Cancer Care kerana Policy Street akan memberikan perlindungan insuran untuk anda yang mendapat penyakit ini dan juga duit tahunan untuk anda gunakan bagi mengubati penyakit ini. Anda juga boleh memilih pakej untuk melindungi kehidupan, harta dan juga perniagaan anda.

Harga Yang Berpatutan

No automatic alt text available.

Setiap pakej Policy Street akan memberikan anda komitmen bulanan yang amat rendah dan mampu milik di mana anda tidak akan terkesan dengan potongan insurans pada setiap bulan. Anda boleh membayar serendah RM5 / sebulan untuk insurans perlindungan kehidupan anda dan anda akan dilindungi oleh insurans Policy Street.

Dapatkan Insurans Daripada PolicyStreet Sekarang!

PolicyStreet sedang mengadakan promosi sempena Tahun Baru Cina jadi anda perlu mendapatkannya sekarang. Anda boleh menerima Ang Paw bayaran balik sehingga RM 50 dengan menggunakan kod rujukan yang anda akan terima apabila anda melakukan pembelian melalui Policy Street. Caranya adalah dengan menekan link seperti berikut;

Promosi Tahun Baru Cina PolicyStreet: http://campaign.policystreet.com/web/cny/index.html


Merawat Masalah Kewanitaan dan Seimbangkan Hormon

$
0
0
Merawat Masalah Kewanitaan dan Seimbangkan Hormon | Wanita… Kerana dirimu begitu berharga. Tagline ni memang dah sinonim dengan seorang wanita kan. Disebabkan dirimu yang begitu berharga inilah seorang yang bergelar wanita sangat menitikberatkan mengenai ketrampilan diri untuk kelihatan lebih menarik terutamanya dari segi kecantikan. Tapi itu lah, tak lengkap kecantikan luaran kalau kecantikan dalaman tidak di jaga dengan baik. Lebih-lebih lagi bila masalah kewanitaan mula muncul dan hormon jadi tak stabil. Ingat senang ke nak jadi seorang wanita? Setiap inci yang ada pada tubuh badan seorang wanita perlu dijaga dengan sehabis baik. Macam mana nak Merawat Masalah Kewanitaan dan Seimbangkan Hormon ni?


Bila hormon tak stabil, bukan saja masalah dalaman mula menyerang. Ia juga penyebab kita rasa cepat nak marah dan rasa stress. Memang masalah betul bila hormon tak stabil ni kan. Sebab tu pentingnya amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang berkhasiat selain dari supplement yang dapat membantu meng imbangi hormon yang tak stabil tu. Kalau korang nak tahu, aku ada jumpa produk yang diformulas khas dari 7 bahan organik utama serta diperkaya dengan teknologi MPPT (Micro Pine Pollen Tecknology). Bahan-bahan yang 100% dari sumber semulajadi dan organik ini diperkaya dengan agen perangsang hormone terbaik iaitu Debunga Pain (Pain Pollen).

Merawat Masalah Kewanitaan dan Seimbangkan Hormon


Produk yang aku maksudkan ni adalah Femingra. Ianya selamat digunakan bagi wanita yang masih bujang dan juga yang sudah berkahwin. Kecuali untuk wanita yang sedang hamil atau yang sedang menyusukan anak tak sesuai untuk consume. Selebihnya memang sesuai untuk pelbagai peringkat usia lah. Memang Femingra mempunyai pakej lengkap untuk wanita moden yang ingin menjaga kecantikan dalaman tubuh sebab:

  • Kaya dengan pelbagai nutrisi, mineral dan kandungan vitamin termasuk anti-oksidan’
  • Melancarkan sistem pencernaan dan membantu meningkatkan peredaran darah
  • Makanan tambahan untuk anti-penuaan, keseimbangan hormone dan meningkatkan kesuburan
  • Mengetatkan tisu dalaman wanita serta mengelakkan pendarahan Rahim, keputihan dan lendiran abnormal 
  • Membantu mengawal pendarahan dan intensity kitaran bulanan setra mengatasi masalah penghadaman
  • Meningkatkan stamina dan daya tahan semulajadi, mengurangkan stress serta mengawal insomnia
  • Melegakan gejala menapaus, melembapkan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi tubuh


Kandungan  dan Kelebihan 8 Bahan Organik Dalam Femingra


Kalau kita nak cari sesuatu produk tu, isi kandungan nya sangat perlu dititikberatkan. Dalam Femingra ni, bahan-bahan nya terdiri dari sumber semulajadi dan organik seperti:

1. Pine Pollen 

➜ Mengandungi 8 jenis asid amino penting 
➜ Trend terkini dalam Superfood 
➜ Agen anti penuaan 
➜ Pemulihan keinginan seksual 
➜ Menyeimbangkan hormon 
➜ Mengembalikan stamina & kecergasan 
➜ Mencegah penyakit 


2. Buah Markisa 

➜ Kaya dengan nutrisi, mineral dan vitamin 
➜ Tinggi kandungan antioksida 
➜ Membantu meningkatkan peredaran darah 
➜ Melancarkan pencernaan 
➜ Merangsang sistem imun tubuh 
➜ Memperkuatkan tulang 

3. Horny Goat Weed (Epimedium) 

➜ Merangsang libido & daya seksual wanita 
➜ Menggalakkan aliran darah 
➜ Membantu mengimbangi hormon semasa PMS atau menopause 
➜ Mengandungi icariin yang membantu mengurangkan gejala menopause 

4. Akar Maca 

➜ Afrodisiak yang hebat 
➜ Mengimbangi hormon seks 
➜ Meningkatkan keinginan seksual 
➜ Melaraskan gejala menopause seperti panas badan, gangguan tidur, berpeluh ketika malam, dan kemurungan 
➜ Perangsang kesuburan wanita 


5. Manjakani 

➜ Mengetatkan tisu dalaman wanita 
➜ Menegangkan kulit 
➜ Terbaik untuk faraj atau prolaps rahim, gejala pendarahan rahim tidak normal, masalah keputihan dan lendiran tidak normal di dalam faraj 
➜ Menghapuskan bau di kawasan kemaluan 
➜ Membantu menegangkan payudara 6. Habbatus Sauda 
➜ Membantu mengawal pendarahan haid 
➜ Mengawal intensiti kitaran bulanan 
➜ Mengurangkan masalah penghadaman 
➜ Pelembap yang baik untuk kulit & rambut 
➜ Mempunyai ciri-ciri anti-radang 
➜ Sangat tinggi antioksidan 

7. Tribulus Terrestris 

➜ Meningkatkan prestasi seksual dan sensitiviti wanita 
➜ Mengurangkan gejala menopause seperti panas badan, kemurungan dan ketidakstabilan emosi 
➜ Mengawal insomnia, tekanan darah tinggi, cepat marah, dan kehilangan minat seksual 

8. Pueraria Mirifica 

➜ Melegakan gejala menopause 
➜ Merangsang nafsu seks 
➜ Meningkatkan kelembapan faraj 
➜ Meningkatkan saiz payudara 
➜ Menggalakkan penghasilan kolagen
➜ Memberi kesan awet muda

Testimoni Pengguna Femingra


 
Kurang dah masalah senggugut

 
Stress pon makin berkurang, rasa lebih relax dan dapat tidur yang lena

Wahhh... Mengeratkan lagi hubungan suami isteri tu.

Cara Penyediaan Femingra



  1. Bancuh sepeket Femingra bersama 120ml air sejuk atau air suam.
  2. Minum sehari sekali sebelum makan pada waktu pagi atau tengahari. Tak digalakkan minum pada waktu malam.
  3. Amalkan secara konsisten sekurang-kurangnya sebulan. Kesan penggunaan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Femingra ni atau nak buat pembelian, boleh terjah:

WEBSITE

FACEBOOK

INSTAGRAM

Email : info@maxwellhealth.com.my

No.Telefon : +6012-326 3304

ALAMAT

MAX WELL HEALTH SDN BHD (1187418-K)
21-1, Jalan Cempaka SD12/2, Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur, Malaysia

Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!!

$
0
0
Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!! | Berbeza betul belajar masa zaman kita dulu dan belajar di zaman yang serba serbi nya canggih macam sekarang nih.  Dah lah subject makin bertambah. Baru darjah 1, tapi dah kena belajar 10 subject. Kita dulu 5 subject jer kot. Diorang punya silibus pon makin mencabar. Kita dulu silibus simple jer untuk budak sekolah rendah. Tapi sekarang... subject dia memang KBAT. Aku nak mengajar pon macam seram jer sebab kau pon tak berapa nak tahu sangat. Iyerlah... Dah nama pon peredaran zaman. Mesti lah setiap tahun ada jer benda baru kan.


Bila Computer, Printer Dan Internet Jadi Satu Keperluan!!!


Tu baru subject yang banyak. Belum lagi projek sekolah yang diorang kena buat. Memang kesian sangat-sangat. Bagi aku kan, antara cabaran ibu bapa di zaman serba moden ni... Bila sistem pendidikan sekarang memerlukan setiap rumah sebuah Computer, sebuah Printer dan juga talian Internet untuk pembelajaran anak-anak. Mungkin ada yang persoalkan 'perlu ker semua tu? sebab baru sekolah rendah kot'. Bagi aku sangat perlu sebab ada kerja sekolah diorang yang memerlukan semua benda tu.


Kenapa? Sebab baru darjah 1 anak kau dah kena buat Folio. Sekolah lain aku tak tahu lah. Tapi sekolah anak aku kat Bangi ni kena buat. Kita dulu sekolah menengah baru start buat kajian/tugasan/folio. Tapi sekarang ni darjah satu dah kena buat macam-macam. Agak tough jugak lah bagi aku. Nak cari info dan gambar kau memerlukan computer, printer dengan internet jugak kan. Gigih ker kau nak cari gambar dalam majalah atau surat khabar satu-satu? 

Honestly... Kat rumah aku memang tak ada surat khabar pon. Majalah pon yang ada Pa & Ma yang dah berkurun. Zaman teknologi sekarang orang membaca melalui internet jer. Jadinya... Untuk kerja folio anak-anak memang search dari internet jer. Macam aku, kat rumah ni memang dah ada computer dengan printer. Tapi talian internet tak ada lagi. Harap kan Handphone jer lah. Tapi mana puas search pakai Handphone kan. 

Macam mana dengan parents yang tak berkemampuan. Iyerlah.. Tak ada computer, printer dan sebagainya. Boleh jer buat manual. Cuma kekemasan pon diambil kira jugak. Untuk tugas sekolah anak-anak ni kan, ianya termasuk dalam peperiksaan tau. Tapi tu lah. Bila kena buat folio ni, ibu dia lah yang over. Nak kena cari info and gambar semua. Bukan aku buat 100% tau. Ada part yang anak-anak kena buat jugak. Amboiiii... Banyak cantik nak suruh ibu buat semua kan. Selain dari tu kau kena standby jugak A4 paper, fastener for paper dan yang sewaktu dengannya jugak tu.


Jadinya... Bersiap sedia lah untuk tahun ni punya folio. Selain daripada tu kan, ada sesetengah sekolah yang dah start sistem VLE FROG. Apa pulak VLE FROG ni. Ianya adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Kiranya kerja sekolah kau boleh buat secara online pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Setiap pelajar akan diberikan password untuk masuk dalam sistem VLE FROG ni. 

Nanti aku citer detail pasal sistem VLE FROG ni. So far, anak-anak buat kat sekolah jer. Tak pernah lagi lah cikgu suruh buat dalam sistem lagi. Mungkin masih dalam percubaan. Tapi kan... Memang kena ada pon 3 benda ni dekat rumah. Sebab macam satu keperluan jugak dan penggunaannya berterusan sampai anak-anak membesar kan. Bukan setakat masa anak sekolah jer nak pakai. Dah masuk Universiti pon nak kena ada jugak kan. Tak tahulah bila ada rezeki nak amik line internet ni.

Note: Bila mood blogging dah start merudum. Seminggu 2-3 entry jer. Tak boleh jadi nih... huhu..



Kulit Bermasalah? Jom Buat Treatment Di Dr Medispa & Wellness

$
0
0
Kulit Bermasalah? Jom Buat Treatment Di Dr Medispa & Wellness | Bila last korang buat facial? Ni nak share dengan korang tempat paling best kalau nak buat facial. Perkhidmatan yang disediakan bukan setakat facial treatment jer tau, ada juga disediakan pregnancy massage, foot scrub & massage, weight loss treatment dan macam-macam lagi lah. Korang boleh dapatkan treatment ni di Dr Medispa & Wellness yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Tak susah pon nak cari tempat ni sebab dekat dengan Econsave jer. Terletak dekat shop lot kedai. Kalau nampak KK Mart, atas tu (tingkat 1) lah Dr Medispa & Wellness.


Kulit Bermasalah? Jom Buat Treatment Di Dr Medispa & Wellness


Sekarang ni kan, bukan perempuan jer yang mementingkan penjagaan wajah, lelaki juga tak terkecuali tau. Ingat perempuan jer nak kulit yang cantik berseri dan licin? Orang lelaki pon nak jugak. Jangan terkejut kalau lelaki pon dah ramai yang buat facial treatment untuk merawat kulit yang bermasalah. Untuk penjagaan kulit muka ni kan, bukan sesuatu yang mudah tau. Kena cari produk pencuci yang sesuai dengan kulit muka. Selain daripada itu, korang kena rajin buat facial jugak yer.

Kalau korang nak tahu, Dr Medispa & Wellness ni milik seorang Doctor tau. Bukan sembarangan orang yer. Doctor pakar dalam bidang O&G tapi berpengalaman dalam Aesthetic iaitu Dr. Azirawaty Tadzri. Last month aku ada appointment dengan Dr Medispa & Wellness ni. Tapi facial treatment ni bukan untuk aku. Tapi khas untuk husband. Treatment yang disarankan adalah Hydradermabrasion Facial @ Hydra Facial dimana setiap rawatan adalah "personalized" untuk keperluan kulit setiap customer. Rawatan akan dibuat oleh Doctor sendiri. Tapi haritu Doctor ada urusan. Jadinya pembantu doctor yang buat.


Macam Mana Rawatan Hydra Facial Dibuat


Ada beberapa steps yang diorang buat. Masa rawatan juga bukan sekejap-sekejap yer. Ambil masa dalam satu jam setengah jugak lah. Memang sangat berbaloi dan puas hati. Boleh refer gambar kat bawah ni step by step untuk rawatan Hydra facial:

Untuk step pertama, muka akan dibersihkan terlebih dahulu. Sambil bersih sambil urut gittew.

Lepas dah bersihkan tu, muka akan ditonyoh dengan berus tu pulak. Bukan sebarang berus yer. Itu berus khas untuk rawatan muka.

Dah selesai ditonyoh dengan berus, muka akan disapu dengan masker khas untuk rawatan ni dan akan diwapkan dengan air sejuk yang mengandungi serum. Bila muka jadi lembap, ruang pori akan terbuka dan serum akan menyerap sekali.

Part ni yang paling best, picit whitehead dan blackhead. Memandangkan mesin sedut ada problem. Jadinya pakai alat manual jer lah. Berair mata dibuatnya. 

Lepas tu barulah start Hydradermabrasion @ hydra facial dimana ia menggunakan alatan khas untuk masukkan lagi serum dalam kulit muka. Memang banyak lah serum yang dimasukkan tu.

Selesai Hydra facial, sejenis gel akan disapu. Katanya untuk tutup pori. 

Dan muka akan diurut dengan mesin ni sampai gel tu meresap masuk dalam kulit muka tu.

Step terakhir, korang akan dipakaikan dengan mask Omega LED light therapy ni untuk meningkatkan sel kulit.

Overall... Memang aku puas hati dengan cara rawatan dekat Dr Medispa & Wellness walapon bukan aku yang buat rawatan. Memang nampak perbezaan sebelum dan selepas rawatan. Sebelum rawatan, kulit muka husband nampak kusam dan sedikit kasar. Lepas buat rawatan, kulit muka nampak lebih sihat, flawless, lembut dan tegang. Harga rawatan pon sangat affordable. Korang boleh tengok list nih.


Nampak tak? Macam-macam treatment yang disediakan. Korang pilih jer nak treatment yang mana. Yang pasti, korang akan dapat rawatan dari doctor sendiri kecuali kalau doctor ada hal. Yang best dengan Dr Medispa & Welness ni kan, korang akan rasa macam dekat rumah jer. Sebab dekorasi dia yang simple dan menarik. Tenang jer bila duduk dalam tu. Tempat pon bersih tau. Dan korang akan dihidangkan dengan air selepas buat rawatan. Best kan.


Kalau korang sedang mengalami masalah kulit atau sedang mencari tempat facial yang affordable price atau nak hadiahkan girlfriend/boyfriend untuk buat facial treatment ni, korang boleh call Dr Medispa & Wellness ni dan buat appointment. Kena call dulu tau. Jangan main terjah jer yer. Memang highly recommended. Ni detail nya:

Facebook

Instagram

DR MEDISPA & WELLNESS
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor

Dr Azira: 016-937 7392 / 013-770 6708




Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!!

$
0
0
Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!! | Jarang nak jumpa perempuan yang suka lipat baju kan. Memang ada. Tapi jarang sangat nak jumpa. Yang banyak dijumpai adalah... Perempuan yang tak suka lipat baju. Dalam erti kata lain, perempuan yang malas lipat baju. Aku tergolong dalam sekumpulan yang tak suka atau malas lipat baju ni. Kerja rumah lain aku ok lagi. Tapi bab melipat kain baju ni... Hurmmm... Paling tak suka. Tapi kau kena buat jugak.


Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!!


Sebenarnya ada jer cara macam mana tak nak bagi kain baju bertimbun tak di lipat dan cara macam mana nak jimatkan masa melipat baju. Sebelum ni aku pernah share. Tapi nak share lagi sebab ada pertambahan. Let's check it out ☺


1) Angkat Baju Terus Lipat


Kalau baju dah kering kat ampaian tu. Angkat dan terus lipat. Jangan letak dalam bakul baju. Kau amik letak atas katil pastu lipat terus. Baju pon cantik tak berkedut. Kalau kau letak dalam bakul, memang selamat lah baju tu dalam bakul tak berlipat. Kedut seribu baju kau dibuatnya. Nak pakai pon kena gosok dulu.

2) Lipat Baju Depan TV


Hiburan di kala melipat baju gittew. Tak der lah bosan sangat kan. Sambil lipat baju, sambil nengok TV. Mata kat TV tapi tangan buat kerja. Untuk korang yang tak ada anak kecik boleh lah. Tapi kalau ada anak kecik macam aku ni memang tak boleh. Kau lipat dia punggah jadinya. Melainkan kau letak dia dalam baby cot dan letak segala mainan dalam tu bagi dia leka. Kau pon kena lah cepat-cepat lipat baju bajan tu. Jangan mata ke TV tangan tak jalan.

3) Ajak Anak-Anak Lipat Baju


Time diorang kecik ni lah nak kena ajar buat kerja rumah. Melentur buluh, biar dari rebungnya kan. Ajak anak-anak lipat baju sekali. Kau asingkan baju anak-anak. Biar diorang lipat sendiri. Tak kemas pon tak apa. Lama-lama nanti ok lah. Tapi kan, jenis macam aku yang ada sipi-sipi OCD ni agak payah jugak. Aku sejenis yang suka lipat baju ikut turutan. Baju yang besar kena letak bawah. Ikut susunan. Kalau baju anak-anak, aku suka lipat sekali dengan seluar. Pairing gittew kan. Biar baju yang aku lipat tu nampak cantik tersusun. 

Bila anak dah tolong kau lipat baju, kau lipat balik baju tu sebab tak kemas. Jangan tiru macam aku... hahaha... Kena buang tabiat nih. Nak anak tolong, tapi bila anak dah tolong kau punggah balik... ppffttt... Kemas atau tak lipatan baju si anak, abaikan saja. Ajar step by step macam mana nak lipat baju. Lama-lama bila dah biasa lipat nanti ok lah tu. Practice make perfect gittew kan. 

4) Off kan Hand Phone



Aku tahu. Korang sambil lipat baju sambil layan FB, IG, Blog and Twitter kan. Mengaku jer lah sebab aku pon macam tu.. muahahaha... Lipat baju sehelai dua lepas tu tengok HP. Baca newsfeed FB. Tengok gambar-gambar kat IG. 30 minit nengok HP. Sambung lipat sehelai dua lagi dan sambung nengok HP balik. Dah kalau asyik belek HP jer yang lama ater bilanya nak habis kerja melipat baju?? Jadinya... Kau kena OFF kan handphone tu dulu. Baru lah cepat kerja melipat baju kau siap. Dah siap semua barulah kau ON kan balik HP tu. Boleh sahut tak cabaran ni... ekekeke...


5) Sediakan Bakul Baju Untuk Setiap Anak


Kalau anak kau ada 4, kau kena beli empat bakul. Beli yang saiz sederhana sudah lah. Asingkan baju anak-anak dalam bakul masing-masing. Senang sikit kau nak cari baju anak-anak kalau tak sempat nak lipat kan. Bila kau dah asingkan baju anak-anak ni, nampak lah kemas sikit. Lepas tu kebarangkalian kau rajin nak melipat baju tu datang sebab nampak baju tak banyak sebab dah susun dalam setiap bakul. Cuba kalau kau letak semua baju-baju tu dalam bakul besar? Perghhhh... Perasaan malas kau makin menjadi-jadi. Ini semua permainan psikologi. 


6) Asingkan Baju


Ok… Kalau malas nak beli bakul banyak-banyak dan tak nak semakkan rumah dengan banyak bakul, kau asingkan saja baju bajan tu. Asingkan baju tu maksud aku kau asing-asingkan baju t-shirt, seluar, seluar kecik dan baju bajan anak-anak. Ni pon aku selalu buat jugak. Tak ada lah bersepah sangat katil tu dengan baju yang menimbun. Bila kau dah susun nampak kemas lah sikit. Lepas tu kau lipat lah. Jangan kau tenung jer.

Proses melipat pon jadi senang bila kau dah asingkan baju bajan tu. Mula-mula lipat seluar. Dah habis lipas seluar, lipat lah t-shirt pulak dan seterusnya. 

7) Beli Hanger Banyak dan Gantung

Sumber gambar: Google

Apa susah, kau beli jer hanger banyak-banyak. Lepas basuh baju yang menimbun tu, terus sidai. Bila dah kering, kau sangkut jer terus baju yang menimbun tadi dalam almari. Tak payah peming kepala nak lipat baju  kan. Kalau almari kau roboh sebab muatan baju yang tergantung melebihi kapasiti yang ditetapkan, mohon insof… kahkahkah… Agak-agaklah nak gantung semua baju dalam almari. Kan ada tempat gantung baju macam ni:

Sumber gambar: Google 

Atau buat penyidai yang tebuk kat dinding tu. Macam ni:

Sumber gambar: Google 

8) Clothes Folder


Sumber gambar: Google 

Sekarang  ni dah ada yang jual tempat lipat baju yang dipanggil Clothes Folder. Nak memudahkan dan mempercepatkan proses melipat baju, korang beli jer lah clothes folder ni. Berapa harganya aku tak sure. Korang boleh search. Kalau rajin nak buat sendiri pon boleh. Pakai cardboard jer. 

9) Jadikan Melipat Baju Sebagai Hobi


Iyer... Nak rajin lipat baju, kau jadikan lipat baju tu sebagai hobi. Macam hobi kau baca novel. Selagi kau tak habis baca selagi tu lah kau tak boleh tidur. Macam ada benda tak kena. Sanggup berjaga sampai pagi sebab nak baca sampai habis. Cuba kau anggap Melipat Baju pon macam tu jugak. Selagi tak habis selagi tu kau rasa tak boleh tidur, Sanggup berjaga malam sebab nak habiskan lipat baju. Amacammm... Ada berani jadikan melipat baju sebagai hobi... ngeeee... 

10) Hantar Dekat Sevice Lipat Baju


Ini paling sadis. Kalau tips-tips yang aku bagi ni tak jalan. Kau hantar jer lah dekat service lipat baju. Habis cerita. Dah banyak service lipat baju sekarang ni. Kau mintak tolong pakcik google carikan. Dia boleh bagi kau contact untuk service lipat baju... Nampak sangat kau pemalas kan... muahahaha...

Ini lah dia Nak Jimat Masa Melipat Baju? Amalkan 10 Cara ni!!. Aku baru jer selesaikan segunung kinabalu baju yang tak berlipat. Sedap mata memandang bila tak ada lagi baju bajan yang tak berlipat. Tapi tu lah. Dah nak start bertimbun balik ni. Aku tengah cuba istiqomah melipat baju. Kalau boleh tak nak biar baju tak berlipat lama sangat sebab sikit-sikit lama-lama ianya membukit. Baju untuk 6 orang aku nak kena lipat tu. 

Note: Korang punya baju bajan dah lipat ker belum??? ☺☺☺


Berry Bright Eye Nourishing Drink | Dilengkapi Dengan Nutrisi Dari Bahan Semulajadi

$
0
0
Berry Bright Eye Nourishing Drink | Dilengkapi Dengan Nutrisi Dari Bahan Semulajadi. Selain dari wajah yang cantik berseri, mata yang sihat dan bersinar juga antara idaman dan ianya boleh  menjadi daya penarik seseorang individu. Mata juga merupakan organ deria yang sangat penting pada manusia. Sebab tu lah kita kena jaga kesihatan mata kita jugak sebab ianya meliputi keseluruhan fungsi penglihatan. Korang tahu tak sekarang ni ada minuman kesihatan untuk mata iaitu Berry Bright Eye Nourishing Drink | Dilengkapi Dengan Nutrisi Dari Bahan Semulajadi untuk membantu mengekalkan kesihatan mata?


Aku pon 1st time baru tau pasal produk Berry Bright ni. Memang tak pernah dengar lagi supplement untuk mata. Sangat sesuai lah dengan orang rabun macam aku ni yang kerjanya hari-hari menghadap computer. Banyak lagi kegunaan  Berry Bright Eye Nourishing Drink ni sebenarnya. Tapi sebelum tu, meh nak share tentang Berry Bright Eye Nourishing Drink nu dulu.

Berry Bright tu Apa?


Minuman kesihatan mata Berry Bright merupakan supplement mata yang dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan dan penglihatan mata. Terdapat empat jenis antosianin yang unik dalam beri Cassis (Blackcurrent) yang terbukti secara klinikal mampu meningkatkan penjanaan semula sel mata, meningkatkan kelembapan mata dan meningkatkan tahap penglihatan.


Disyorkan Untuk Siapa?


Banyak kegunaan Berry Bright ni dan ianya sangat disyorkan untuk mereka yang mengalami masalah-masalah seperti dibawah:

  • Pengguna Contact Lens 
  • Berhadapat dengan skrin untuk jangka masa Panjang
  • Mata yang kering/letih
  • Lingkaran hitam bawah mata
  • Memandu untuk jangka masa Panjang
  • Membaca untuk jangka masa Panjang
  • Pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari
  • Kemerosotan tahap penglihatan
  • Rabun malam
  • Semua peringkat umur

Berry Bright Eye Nourishing Drink ni terdiri dari 2 jenis. Iaitu:

1. Berry Bright Original


mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula adalah bersamaan dengan setengah biji epal. 38 kalori setiap hidangan. Sesuai untuk semua peringkat umur.  

2. Berry Bright Stevia 


Tidak mengandungi gula tambahan, menggunakan Stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Diperkaya dengan antosianinn Bilberi Eropah dan beri campuran. Sesuai untuk semua peringkat umur.  Tetapi disyorkan untuk individu yang ingin mengurangkan pengambilan gula dan pesakit kencing manis.

Untuk kedua-dua jenis Berry Bright ni, korang tak perlu risau dengan isi kandungannya sebab bahan-bahan utama nya diperbuat dari sember semulajadi seperti:


  • NZ Antosianin Blackcurrent - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam pada mata. Merangsang regenerasi rodopsin (sel mata) untuk meningkatkan penglihatan.
  • Ekstrak Eyebright - Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional. Digunakan untuk merawat penyakit mata dan membantu melegakan mata kering
  • Ekstrak Marigol - Sumber yang kaya dengan beta-karotin, lutein dan zeaxanthin. Melindungi retina mata dan melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya
  • Vitamin C - Antioksidan larut air. Melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas serta meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata.
  • Ekstrak Billberi Eropah - Kaya dengan antioksidan dan flavonoid. Menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah (Note: Bahan ini hanya terkandung dalam Berry Bright dengan Stevia)
  • Stevia - Pemanis tanpa kalori yang 100% semulajadi. Terbukti selamat untuk penghidap kencing manis (Note: Bahan ini hanya terkandung dalam Berry Bright dengan Stevia)


Kalau korang nak tahu, produk Berry Bright Eye Nourishing Drink ni telah memenagi beberapa anugerah dan pensijilan tau. Antaranya pemenang untuk kategori"Makanan Kesihatan" (Helath Food daripada Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017, dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pernah juga memenangi "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik“ (Best Natural Eye Care Supplement) dari Natural Health Readers’ Choice Awards 2017, 2015, 2014 dan juga pemenang untuk Kategori “Penjagaan mata” (Eye Care) dari Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014. Hebat kan. Dan yang penting... HALAL ☺

Cadangan Penggunaan dan Cara Penyediaan 


Bagi penjagaan umum, 1 hingga 2 sachet sehari sebelum makan. Manakala cadangan untuk pesakit yang mempunyai penyakit mata serius adalah 2 hingga 4 sachet sehari. Cara penyediaan pon senang jer. Ikuti langkah ini:
  1. Sediakan 150ml air pada suhu bilik atau sejuk.
  2. Tambah 1 sachet Berry Bright.
  3. Kacau, gaul rata dan minum segera bagi mengelakkan pengoksidaan.

Apa Rasa Berry Bright?


Rasanya memang tersangat sedap sebab setiap sachet tu memberikan faedah yang sama dengan memakan 100 buah blackcurrant. Macam rasa ribena lah lebih kurang. Anak-anak pon suka. Dah lah tinggi kandungan VItamin C - 500mg per sachet bersamaan dengan 10 buah oren tau. Tiada pewarna dan penyawet yer dan sangat sesuai untuk Vegetarian. Yang best nya... Seisi keluarga boleh minum Berry Bright ni. 

Kalau korang nak mencuba produk Berry Bright Eye Nourishing Drink ni, ada berita baik untuk pembaca blog Supermom With Superkids sebab korang akan dapat diskaun sebayak 15% untuk pembelian Berry Bright Eye Nourishing Drink. Pembelian boleh dibuat secara online. Promosi diskaun ni sah sehingga 15 March 2018 tau. Masukkan discount code ni during checkout:

>> afizahdc01 <<

Harga Berry Bright Eye Nourishing Drink

BerryBright® Eye Nourishing Drink 10s (10G X 10S) = RM44.90
BerryBright® Eye Nourishing Drink with Stevia 10s ( 8G X 10S) = RM49.90

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Berry Bright Eye Nourishing Drink dan nak buat pembelian. Boleh layari:




Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari

$
0
0
Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari | Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 


“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Senarai Kategori Popular Sepanjang Tempoh Penerimaan Gaji


Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
  1. Mobil & Gajet - Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri 
  2. Kesihatan & Kecantikan - Produk Kecantikan Kulit - Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek
  3. Permainan, Kanak-kanak & Bayi - Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan
  4. Pakaian Wanita - Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun 
  5. Perabot & Perhiasan Rumah - Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 


Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 


Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play. 

Pakej Berpantang Mampu Milik Dengan Traditional Confinement Service

$
0
0
Pakej Berpantang Mampu Milik Dengan Traditional Confinement Service | Ada mommy to be yang bakal bersalin dan sedang mencari confinement service dan juga tukang urut ker? Ni nak share dengan korang semua dengan perkhidmatan berpantang mampu milik dari Traditional Confinement Service. Bukan setakat urutan, penjagaan dan memasak untuk orang bersalin jer tau. Boleh juga untuk korang yang sedang menghadapi masalah lenguh-lenguh badan, sakit badan dan yang sewaktu dengannya lah untuk dapatkan khidmat tukang urut ni. Tapi untuk perempuan sahaja yer. Kalau korang nak tahu apa yang best dengan Pakej Berpantang Mampu Milik Dengan Traditional Confinement Service ni. Meh baca dulu apa yang aku nak share ni.


Teringat masa zaman bersalin anak pertama dulu. Memang tak pernah dengar atau jarang ada perkhidmatan confinement service ni. Tapi lately dah banyak confinement service yang korang boleh pilih. Bila tengok confinement service ni rasa macam teringin jer nak try sebab diorang akan buat semua. Dari penyediaan mandian ibu dan anak disediakan. Lepas tu berurut, bertungku, berbengkung dan masak lauk untuk berpantang pon ada jugak. Tapi tu lah, tak ada orang nak sponsor.. erkkk… hehehe…

Untuk confinement service ni kan, korang kena survey dan buat perbandingan harga mengikut kamampuan poket korang tau. Atau kalau korang dah berniat nak dapatkan confinement service, boleh lah menabung dari sekarang sebab harga untuk confinement service ni boleh tahan jugak harga nya tau. Especially yang dah pernah sponsor artis-artis yang baru lepas bersalin tu. Tapi kalau korang mampu, boleh jer ambil sebab ada beberapa package yang disediakan. Tapi tak semua confinement service ni mahal. Ada yang affordable jugak. Macam Traditional Confinement Service ni. 

Pakej Yang Disediakan Oleh Traditional Confinement Service


Note: Pakej tidak termasuk kos pengangkutan.

Untuk dapatkan service dari Traditional Confinement Service ni, korang kena pilih pakej yang disediakan ni. Ada 8 pakej kesemuanya bermula untuk pakej 1 hari hingga 14 hari. Tengok dari harga yang ditawarkan mengikut pakej ni sangat berpatutan tau.

Antara Masakan Berpantang


Untuk masakan berpantang pulak, ada macam-macam menu yang disediakan. Cuma untuk pengetahuan korang yang nak ambil pakej sekali dengan lauk berpantang, bahan-bahan basah korang kena beli sendiri tau. Confinement lady yang akan masak kan nanti. Kalau tengok gambar-gambar ni, kau yang tak berpantang pon boleh terliur.


Kalau korang nak tahu, confinement lady ni memang pandai masak dan masakannya sangat sedap. Mana tahu sedap? Sebab dah pernah merasa masakan nya lah aku kata sedap. Memang expert memasak dan memasak pon laju. Kiranya pantas dan cepat buat kerja lah. Memang tak rugi kalau korang ambil pakej sekali dengan masak untuk lauk berpantang.

Testimoni Pelanggan


Ok… Dah share pasal pakej dan juga masakan untuk berpantang. Ni nak share testimoni pulak. Nak yakin kan orang untuk amik sesuatu perkhidmatan tu, kenalah ada testimoni kan. Baru lah pengguna rasa yakin nak ambil service yang disediakan. Macam testimoni untuk Traditional Confinement Service ni. Ramai pelanggan yang pernah mendapatkan perkhidmatan confinement service dari Traditional Confinement Service ni sangat gembira dan berpuas hati dengan pakej yang diambil. 

Feedback yang positive

Pelanggan dari pelbagai bangsa. Bukan orang kita jer yang ambil ☺

Selain dari pakej urutan dan confinement service. Ada juga disediakan pakej penutup pantang. Kita orang uang baru lepas bersalin ni memang kena buat urutan masa awal bersalin dan seeloknya buat penutup pantang juga selepas 44 hari. Untuk pakej penutup pantang ni, apa yang akan dilakukan ialah bertangas, segkak Peranakan, sengkak punggung, sengkak vagina/pulih dara (Perapat) dan urutan aromatherapy. Sangatlah menarik. Siapa yang tak buat penutup pantang dulu bolehlah ambil pakej ni.

Bahan-bahan yang digunakan untuk bertangas

Buat bakal-bakal bapa tu, hadiahkan lah confinement service ni untuk isteri tercinta. Untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak tak lama lagi, kalau nak tahu lebih lanjut dan nak mencuba confinement service yang ditawarkan ni, korang boleh contact:



Call / WhatsApp
Liza: +60 19-381 3225

Facebook



Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken

$
0
0
Bersih Dan Segar Di Mana Sahaja Dengan Tisu Lembap Antibakteria Aiken | Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken. 

Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda. 

Terdapat 2 Jenis Tisu Lembap Antibakteria Aiken


Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  – PERLINDUNGAN EKSTRA


Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA


Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM6.50 (Semenangjung)/ RM6.80 (Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.


How to keep a trusty bike...trusty?

$
0
0
How to keep a trusty bike...trusty? | Spent thousands on a beautiful bike for that ultimate feeling in bike-riding experience? Here's the thing: 


while you enjoy the smooth ride, don't forget to do three important things to keep that machine in a tip-top condition. We're talking about CLEAN. LUBE. PROTECT. Each step is important, and each step goes a long way towards keeping your bike the powerful machine it is, just like when you first bought it.

That's why at WD-40®, we have developed a comprehensive line of bike care products that have been meticulously tested to provide superior cleaning, lubrication and protection for your beloved machines. There are five specially crafted products under this bikWD-40e care range, to meet different biking conditions and maintenance needs. They are: 

1)WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash


A powerful surfactants that dissolve tough grease and grime, leaving it sparkling clean. It's safe for all bike surfaces, including carbon fibre, titanium, chrome, steel aluminium, rubber, and plastics.

2)WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser 


A fast-acting foam that clings to surfaces which would work -- in seconds -- to remove stubborn grease and grime. Safe for bike finishes and components, with no citrus solvents or acids.

3)WD-40® BIKE Dry Chain Lube 


This contains an exclusive polymer formula that creates a dry film to repel dust and dirt; suitable even for extreme dry and dusty conditions.

4)WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube 


A high-performing and long-lasting lubrication for any dry,wet or varying conditions; it’s great to prevent friction damage and extend chain life.

5)WD-40® BIKE Wet Chain Lube 


Suitable for extreme wet and snowy conditions, this exclusive formula creates a durable coating to repel water and mud.

And here're some tips to maintain your bike in top condition:
  1. If you want to clean your chain, do so with it whist the bike is on static position, as braking the chain repeatedly would weaken the link and over time can lead to failure. 
  2. To properly degrease a chain, put your bike on a work stand and shfit into the largest chain ring and the middle of the cassette. Spray it with WD-40® BIKE 
  3. Chain Cleaner & Degreaser on the chain and chain rings. Scrub off deep-set grime with a stiff brush. Rinse or wipe dry.
  4. When lubing your chain, drip the lube onto each individual roller, instead of just applying a stream along the entire length of the chain. However, the lube does nothing for the outside of the chain as it only works to reduce friction and keep dirt out of the inside of the rollers. So make sure to rub a cloth over the chain after letting the lube set for a while, because any lube left on the outside of the chain will be a magnet for dirt and grime.
  5. When washing your bike, don't forget the underside of the frame and fork, where the heaviest gunk usually gets stuck. Spray your entire bike with WD-40 BIKE® All-Purpose Wash, then use a soft brush and work the spray into all the nooks and crannies to get the dirt out.
As with any tool, toy or possession, maintenance is the key to keeping it working for a long time to come. On that note, do head on to wd40.asia for more tips and pointers on how best to keep your ride smooth or contact WD-40’s Bike Series representative at sales@2escape.bike or call 03 2724 3808.

ABOUT WD-40 Company


WD-40 Company is the maker of the widely trusted WD-40® Multi-Use Product, an essential in every toolbox and household worldwide. The American brand was created in 1953 as an anti-rust, anti-corrosion protectant for the outer layer of the Atlas Missile and has since transformed into the quick-fix solution to cleans and protects, loosens rusted parts, drives out moisture, frees sticky mechanism and stops squeaks.

Maintenance professionals and DIY amateurs alike find diverse applications for WD-40® in their works with hardware, industrial, automotive, cycling, sporting and mass retail goods. Today, WD-40® is available around the world in a variety of sizes, and it has diversified into a new range of specialised products – WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive.


Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!!

$
0
0
Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!! | Dah tak baby lagi dah. Sebab dah bertukar jadi toddler. Umur pon dah bertambah. Masa memang begitu pantas bergerak kan. Special day untuk budak yang lahir tahun lompat. Boleh pilih tarikh 28/2 atau 1/3. Jadinya... Harini kita perasan tarikh 29 February lah yer. Lagi 2 tahun baru merasa tarikh yang betul. Siapa suruh pilih tarikh lahir 4 tahun sekali kan. Tu lah... Tak sabar sangat nak keluar. Kalau nak ikutkan, tarikh awak dijangka lahir bulan March tau. Tapi semua Allah dah tentukan. 


Baby Leap Year Dah 2 Tahun!!!


Happy Birthday To You Iman Harraz Bin Hussaini. Anak istimewa dari adik beradik yang lain. Istimewa sebab apa? Abang-abang dan Kakak awak lahir dekat labour room. Tapi awak memilih untuk lahir di dalam kereta pukul 3.13 pagi. Pengalaman yang tak boleh ibu lupakan. Pengalaman pertama seumur hidup selepas 3 kelahiran. Masih terbayang betapa kelam kabutnya abah dan semua nurse-nurse kat situ. Tarikh lahir pon rare. Hanya ada 4 tahun sekali jer. 


Semoga Iman Harraz menjadi anak yang soleh. Diberi akal yang bijak pandai dalam membuat apa jua perkara dan keputusan. Diberi kesihatan yang baik. Dan menjadi penyejuk mata ibu dan abah. Ibu tak boleh lupa betapa fragile nya awak. Hari ke 6 awak dah admitted due to bacaan jaundice yang tinggi. Rupanya Prolonged jaundice due to UTI (Urinary Tract Infection) kat saluran kencing. Lepas tu admitted lagi due to Pneumonia pulak. Tangan tu dah banyak kali kena cucuk and badan pon dah banyak masuk ubat. Alhamdulillah.... Sekarang ni awak membesar dengan sihat. 

Bab susu pulak. Masih lagi merasa nikmat susu ibu walau pon dah campur susu. Tak ada tanda-tanda nak berhenti menyusu. Lagi galak menyusu adalah. Bangun tengah malam banyak kali dah macam awak tu baby dalam hari. Geram jer rasa tau. Ibu tak nak paksa. Just follow the flow sampai awak berhenti sendiri ok. Pengalaman dengan abang-abang awak. Macam-macam ibu buat tapi tak jalan. Last-last sendiri yang tak nak. 


Development pulak sama macam budak-budak lain yang sebaya macam Harraz. Setakat simple words tu boleh dah sebut. Faham bahasa dan faham arahan. Hobi Harraz kalau korang nak tahu dia suka menyapu. Pantang aku sebut 'sapu rumah'. Mula lah dia pergi amik penyapu dan penyodok. Melasak tu biasalah. Budak tengah membesar. Ibu pon tak sempat nak buat kek. Tengok lah weekend ni kalau rajin. Nanti kita potong kek yer 🎉🎂🎊

Note: Makin membesar ni makin susut dah badan tu. Rindu dengan Harraz yang montel ☺

.

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘Sukan Ria’ Carrie Junior

$
0
0
Keseronokan  Bersukan Dengan Koleksi ‘Sukan Ria’ Carrie Junior | Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.


Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran sosial dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.


Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah me reka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.

Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.


Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh didapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml

Tentang CARRIE JUNIOR 


CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.


Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids

$
0
0
Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids | Tu dia… Tajuk bukan main panjang lagi kan. Punyalah Jenuh memikir nak letak tajuk yang sesuai.  Ingat senang nak jadi blogger? Pilih tajuk pon pening… Hahaha.. Ok… Back to the topik. Korang tahu kan, sebagai ibu, pemilihan mandian untuk anak antara perkara yang perlu diambil kira. Kita kena alert dengan kandungan yang terdapat dalam mandian kerana kebanyakan product mandian mengandungi Paraben, Alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Jadinya.. Marilah kita Bersatu Menentang Kuman Dengan Adiwira Justice League Daripada Mandian Beaudex Kids ni.


Apa Yang Best Dengan Mandian Beaudex Kids


Yang bestnya dengan mandian Beaudex Kids ni kan ialah karektor adiwira Justice League seperti Superman, Batman, Supergirl dan Wonderwoman yang terdapat pada packaging mandian. Sangat menarik. Memang anak-anak teruja lah bila tengok. Seperti yang kita tahu, anak-anak kan suka dengan watak-watak adiwira ni. Pastinya waktu mandi lebih menyeronokkan dengan bantuan adiwira daripada Justice league ni… Gittew kan. Tapi memang betul pon. Si anak soleh Harraz ni excited bila dapat main air dengan mandian ni.

Pandai dah picit sabun. Ni kalau nak pantau memang cepat habis sabun ni ☺

Antara Produk Yang Ditawarkan Beaudex Kids


Untuk mandian Beaudex Kids ni, antara produk yang ditawarkan ialah Syampoo 2-dalam-1, Bubble Bath, Head-to-Toe Wash dan Yogurt Body Wash. Dalam rangkaian produk ini pula, terdapat dalam empat varian dengan karektor adiwira Justice League iaitu Superman Smashing Citrus Zest, Batman Awesome Apple Punch, Wonderwoman Sparkling Mango Mania dan juga Supergirl Dazzling Summer Berries yang melindungi si manja daripada kuman-kuman yang jahat dan menjadikan si manja lebih bersih dan segar.

Batman Awesome Apple Punch... Mandian Head-to-Toe Wash yang wangi. Jimat kalau beli yang ini sebab boleh pakai untuk shampoo rambut sekali kan.

Superman Smashing Citrus Zest.. Mandian yang bagus bukan hanya membersihkan kulit secara perlahan tetapi juga melembapkan, menjadikan kulit berasa lembut, selesa dan berbau harum.

Wonderwoman Sparkling Mango Mania.. Masa mandi menjadi lebih menyeronokkan dengan bubble bath. Boleh buat mandi buih ni.

Supergirl Dazzling Summer Berries.. I is jatuh cinta dengan shampoo ni sebab baunya yang tersangat wangi. Bau strawberry yang sangat kuat. Rasa maca nak makan jer.. hahaha... 

Kandungan Beaudex Kids


Haaaaaa… Yang ni korang tak perlu risau sebab produk-produk daripada Beaudex Kids ni bebas daripada paraben, SLE/SLS dan sabun dimana ia direka khusus untuk memelihara kulit si manja yang sensitive dan halus serta selamat digunakan. Mandian ini juga turut diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat, Susu Soya dan Susu Beras dengan menjadikan kulit si manja sentiasa lembut dan lembap. Mana ibu-ibu yang tercari-cari produk mandian yang bebas dari bahan kimia, boleh cuba produk  Beaudex Kids ni.

Model tak berbayar ☺

Anak-anak kan suka main dekat taman dan explore benda-benda baru kan. Kadang-kadang bila balik rumah muka berpeluh dan badan berlengas. Entah apa yang di main kat taman pon tak tahu lah. Dah tentu kuman pon banyak melekat kan. Jadinya... Sila mandi dan sabun badan bersih-bersih dengan Batman Awesome Apple Punch ni. Si harraz ni pon sama, even duduk rumah, ada jugak kuman yang kita tak nampak kan. Dah lah suka usik kucing. Memang kena sental lah dengan mandian ni. Memang tersangat wangi baunya. Kalau bebudak ni mandi, dari luar dah boleh bau sabun ☺

Mengenai Beaudex Kids


Beaudex Kids merupakan jenama penjagaan yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan seperti kejujuran, berdedikasi dan komuniti. Produk ini bukan sekadar selamat digunakan, malah mudah untuk dimiliki selain dari produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dengan kesedaran untuk memberikan hanya yang terbaik, lalu tercetuslah idea untuk menghasilkan Beaudex Kids.

Mengenai Bath & Kids


Bant & Kids baru saja dibuka dan dilancarkan pada 5 Januari 2018 yang dimiliki oleh AmLion, pengilang kepada lebih daripada 80 jenama produk penjagaan diri bagi lebih 30 negara. Merupakan kedai yang berkonsepkan penjagaan kebersihan diri. Ia menawarkan rangkaian menyeluruh produk Justice League seperti alat tulis, kasut, pakaian dan penjagaan kebersihan diri. Rangkaian penjagaan kebersihan diri merupakan produk di bawah jenama Beaudex Kids, yang mempunyai hak terhadap karektor Justice League di Malaysia. Tak lama lagi, Bath & Kids akan memperkenalkan karekter-karekter daripada Nickelodeon seperti Teenage Mutant Ninja Turtles, Paw Patrol, Blaze and the Monster Machines, Shimmer & Shine, Dora the Explorer dan Spongebob Squarepants. Wah... Bestnya.


Korang boleh kunjungi Bath & Time yang terletak di Pusat Membeli Belah 1Utama, ditingkat 2 Lot 5212. Boleh juga mendapatkannya di farmasi dan pasar raya utama untuk mendapatkan adiwira kegemaran anak-anak. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook


Instagram




5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus!!

$
0
0
5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus!! | Apa yang korang bayangkan bila sebut pasal susu kambing? Dah tentu baunya yang hamis kan. Tapi bukan kerana kambing tak mandi yang jadi penyebab susu kambing bau agak hamis yer… Hahaha… Tapi dah kejadian susu tu memang bau dia macam tu kot.  Tapi hamis-hamis bau susu kambing pon, banyak khasiat yang terkandung didalamnya tau. Kalau dulu mungkin susu kambing belum divariasikan dalam pelbagai perisa. Tapi sekarang dah ada macam-macam perisa susu  kambing. Ni nak share 5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus.


Teringat masa dalam pantang anak ke empat dulu. Anak kena jaundice. Antara petua untuk turunkan bacaan jaundice adalah dengan minum susu kambing. Allahu… Demimu anak, ibu sanggup minum pure susu kambing. Memang terasa hamis dan bau nya agak kuat jugak lah. Time tu tak jumpa pulak susu kambing ada ada perisa… hahaha… Sekarang ni banyak dah produk yang keluarkan susu kambing. Antaranya dari jenama EllVita Susu Kambing. Aku dah pon mencuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni. Kalau korang tak boleh nak minum susu kambing pure tu, korang boleh cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus sebab:

5 Sebab Kenapa Kena Cuba EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus

EllVita... Tasty, Tested & Trusted

1)Tak Hamis


Serious… Pertama kali kau minum rasa macam tak percaya yang itu ada lah susu kambing. Tapi perasa coklat lah. Sebab tak ada bau hamis dan tak ada rasa macam susu kambing, Kalau yang pernah minum susu kambing, korang boleh bezakan macam mana rasa susu kambing dan susu lembu. Tapi EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni memang tersangat sedap. 

2)Gabungan Vanilla dan Chocolate


Bila perasa Vanilla dan perasa Chocolate bergabung, memang bergandalah kesedapannya. Susu dengan dua rasa gittew. Siapa peminat minuman vanilla dan chocolate memang patut cuba ni. Rasa sekali pasti nak lagi sebab sedap. Rasa tak cukup minum secawan.

3)Diperkaya dengan 10 makanan sunnah dan bahan semulajadi


Terdapat 10 jenis kandungan makanan sunnah yang terdapat didalam EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus seperti Ginko Biloba, Buah Delima, Buah zaiton, Kurma, Buah Tin, Kismis, Badam, Saffron, Habbatus Sauda dan Manna. Selain daripada itu, ianya 100% organik dan tanpa pewarna tiruan.

4)Kaya Dengan Nutrisi


Seperti yang kita tahu, susu kambing kan berkhasiat sebab ianya kaya dengan kalsium untuk tulang dan gigi. Mengandungi DHA untuk minda. Terdapat Vitamin untuk ketahanan badan, imunisasi dan fungsi organ serta sumber yang kaya dengan Protein, Iron, Folate, Omega dan Energy untuk kita kekal bertenaga ketika waktu bekerja dan waktu belajar.

5)Banyak kelebihan dan Khasiat


Kalau korang nak tahu produk EllVita ni di formulasikan oleh Dr perubatan. Tak perlu risau ok. Antara kelebihan dan khasiatnya ialah:
  • Meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran. 
  • Baik untuk sistem penghadaman dan usus.
  • Bersifat alkali dan tidak menyebabkan alahan
  • Meningkatkan daya ingatan dan kecerdasan minda
  • Menguatkan daya ketahanan seperti tulang, gigi, otot, sel kulit, saraf dan sistem imunisasi tubuh badan

Siapa Boleh Minum EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus?



Jangan risau sebab ianya sesuai untuk seisi keluarga dan sangat sesuai untuk pelajar-pelajar yang masih belajar untuk perkembangan minda dan kecergasan badan ketika belajar serta untuk yang kuat bekerja supaya kekal bertenaga. Untuk yang sedang ikhtiar untuk hamil, boleh juga mencuba. Yang menyusukan anak. Untuk bayi dan kanak-kanak pula, disarankan oleh doctor untuk minum selepas setahun yer.

Antara Testimoni Pengguna


Banyak testimoni dari penggua yang berpuas hati lepas mengamalkan EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni. Korang boleh baca dekat [SINI]. Banyak sangat kalau nak letak testimoni dalam blog ni... hehehe... 

Dah amalkan since mengandung. Alhamdulillah... Anak bebas jaundice ☺

Mengekalkan tenaga masa belajar ☺

Wahhhh... Boleh meningkatkan penghasilan susu ibu juga ☺

Selain dari boleh dimunum begitu sahaja, korang boleh variasikan dengan masakan. Haaaa!!! boleh masak apa dengan EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni? Memagn best sangat lah. Meh tengok kat [SINI] apa yang boleh korang buat selain dari diminum:

Kek Pisang Vachoc

Kek Choc Brulee (Vachoc + Orgalac)

Vachoc Milk Shake

Cara Penyediaan



Tak susah pon nak bancuh EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus ni. Cuma masukkan 4 skop atau 1 sachet VaChoc (25g-30g) ke dalam 180ml - 200ml air suam dan kacau hingga larut. Kalau nak sejuk, boleh tambahais ikut citarasa sendiri. Cuma perlu di ingat, elakkan dari menggunakan air panas mendidih bagi mengekalkan khasiat susu kambing VaChoc ok. Mana-mana susu tepung pon tak boleh bancuh dengan air panas kan. 

Untuk produk Ellvita ni, terdapat perasa lain juga selain dari EllVita Susu Kambing VACHOC 10Plus, iaitu Orgalac Asli, Orgalac Vanilla dan Premium Berry. Terdapat 20 sachet x 25g dengan berat bersih 500g dalam setiap kotak. Pengambilan pula sebanyak 2 kali untuk 1 cawan pada waktu pagi dan 1 cawan lagi pada waktu malam. 

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai product EllVita yang lain atau korang nak mencuba product  EllVita Susu Kambing dan nak buat pembelian, boleh refer detail dibawah:



Bakal Petani Berjaya??

$
0
0
Bakal Petani Berjaya?? | Iyer.. .Tak percaya? Tak lama lagi seorang Afizah bakal menjadi calon untuk petani berjaya. Contoh nya dah nampak tu. Bawang dah mula bercambah dengan jayanya. Bertani cara moden kaedahnya. Sebab tak perlu pakai tanah. Hanya sediakan sebuah bakul untuk meletak bawang sahaja dan letakkan bawang ke dalam bakul tersebut dan ppfftttt... Bawang pon mula bercambah seperti gambar dibawah ini... Kahkahkah... Memang Bakal Petani Berjaya 😄

Bakal Petani Berjaya??

Hebat betul petani versi moden ni. Biasalah kan. Macam aku ni kalau blender bawang memang tak blender semua sebab nak tinggal kan sikit kot nak buat cili kicap atau sambal. Biasa kalau masak sambal tumis kan kita letak sikit bawang potong. Sekali terlupa pasal bawang yang ditinggalkan. Tu yang bercambah dengan jayanya. Tu baru cerita pasal bawang, belum cerita pasal sayur mayur lagi. Bukan setakat bawang bercambah. Sayur mayur habis kering dan lembik kau kerjakan.

Masa beli bukan main lagi kan. Bila dah tengok resipi tu biasalah kan. Rasa macam nak buat jer. Contohnya berangan nak buat nasi lemak. Beli lah timun. Sekali lupa beli santan and daun pandan. Last-last postpone sampai ke sudah. Timun sampai lembik kau simpan. Tapi bayang nasi lemak sampai sekarang tak nampak. Lepas tu beli daun sup / daun kari. Masaknya macam nak makan besar. Beli kemain banyak konon nanti senang kalau buat masakan yang memerlukan daun sup / daun kari. 

Sama jugak nasib macam timun. Habis kering dan layu ditasik madu kau buat daun-daun tu. Kalau husband dah start buat 5S kat feezer tu memang aku ada sedikit cuak jugak lah. Biar aku yang kemas dari husband yang kemas sebab dia akan jumpa macam-macam khazanah dalam tempat sayur tu. Timun lembik. Sayur layu. Daun kering. Bukan itu saja. Leftover food konon nak panaskan pon kau simpan. Dan kau pon faham-faham lah apa reaksi dia kan bila nampak semua benda-benda tu... ngeeee... 

Maaflah suami. Dah pe'el isterimu memang macam ni. Suka membeli tapi masaknya entah bila. Cepat sangat terpengaruh dengan resipi baru. Tengok resipi tu, rasa nak buat. Terus screenshot simpan dalam HP. Jumpa lagi resipi kek simple dan senang, screenshot lagi. Selain handphone penuh dengan gambar anak-anak, Handphone juga penuh dengan resipi yerp. Bukan handphone aku jer, handphone korang pon sama kan. 

Sumber: Google pic

Macam ni lah kadang-kadang wanita bekerjaya. Kadang terlupa satu perkara. Masa yang amat mencemburui kita. Siang bekerja dan malam uruskan rumahtangga. Macam kudrat kau ada nak  buat masak semua benda. Weekend pon belum tentu masak beria sebab kerja rumah tak pernah habis. Bila dah penat, masak se simple jer lah. Apa yang terfikir nak masak dan bahan yang dah dibeli tu, simpan dulu. Masaknya belum tentu... Ngeeee... 😁

Note: Aku tak berseorangan dalam hal ni. Rasanya bukan aku sorang jer bakal petani. Ramai yang macam ni jugak kan ☺


Kleenex Facial Tissue Skincare | Tisu Dengan Ekstrak Shea Butter Dan Vitamin E

$
0
0
Kleenex Facial Tissue Skincare | Tisu Dengan Ekstrak Shea Butter Dan Vitamin E | Perasan tak? Yang kita ni kadang-kadang suka sangat menyentuh wajah kita. Aku mengaku yang aku memang ada habit macam ni. Tengah buat kerja, usap-usap muka. Tengah menonton TV, usap-usap lagi muka. Sambil baca novel sambil usap-usap muka. Kalau kulit muka sehalus selembut kulit bayi, memang seronok betul lah dok belai-belai kulit muka tu kan. Kalau kulit muka tu bermasalah, mulalah mengomel.. “kenapalah kulit aku tak licin dan berminyak ni”. Agak-agak lah kan korang boleh kira tak dalam sehari berapa kali korang pegang kulit muka tu? 


Kleenex Facial Tissue Skincare | Tisu Dengan Ekstrak Shea Butter Dan Vitamin E


Tak dapat jawapannya atau tak terkira berapa kali? Ni nak bagitahu. Kalau korang nak tahu, dalam sehari di anggarkan lebih daripada 350 kali sehari kita akan menyentuh wajah kita. Bagus ker tak bagus habit tu? Agak-agak tangan korang bersih tak walau sudah di cuci dengan sabun? Tahu tak, menyentuh atau memegang kulit muka dengan tangan yang kotor akan mengakibatkan jerawat dan mengakibatkan kuman merebak.


Sekarang korang dah dapat jawapan kan kenapa jerawat kat muka tu cepat sangat naik kan. Jadinya… Jangan menyentuh muka kecuali kalau nak mencuci muka. Apa kata korang ubah rutin suka menyentuh wajah tu dengan mencuba tisu muka kleenex baru @ Kleenex Skincare Facial Tissues dimana ianya diperkaya dengan ekstrak Shea Butter & Vitamin E serta tisu yang paling lembut. 

Keistimewaan Kleenex Skincare Facial Tissues


Selain dari dilengkapi dengan ekstrak Shea Butter & Vitamin E serta paling lembut, Kleenex Skincare Facial Tissues juga telah diuji dan disyorkan oleh Dermatologi dan 100% Virgin Fiber yang memberikan korang dengan tiga kelembutan dan rasa yang lembut pada kulit. Ianya 100% Virgin Fiber yang diimport. Selain daripada itu, Kleenex Skincare Facial Tissues adalah yang terbaik untuk pembersihan muka dan boleh juga digunakan untuk menaggal make-up atau make-up remover.


Menarik sangat kan. Kalau korang rasa tertarik untuk mencuba Kleenex Skincare Facial Tissues ni, korang boleh membeli dengan membuat pembelian dekat Lazada di pautan ini: 


Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai produk Kleenex Skincare Facial Tissues dan juga produk-produk Kleenex yang lain, korang boleh layari:

Website

Facebook:



Viewing all 283 articles
Browse latest View live