Quantcast
Channel: SuperMOM With SuperKIDS
Viewing all 283 articles
Browse latest View live

G-Storm 360 Penyelesaian Masalah Gastrik Dan Pedih Ulu Hati

$
0
0
G-Storm 360 Penyelesaian Masalah Gastrik Dan Pedih Ulu Hati | Siapa yang ada masalah gastrik atau pedih ulu hati? So far aku tak ada masalah gastrik. Cuma aku pernah kena pedih ulu hati. Penyakit ni datang bermula dari pregnant anak ketiga kalau tak silap. Kena pedih ulu hati masa masuk 3rd trimester. Lepas tu masa pregnant anak ke empat. Lagi dasyat aku kena. Dari awal pregnancy sampai lah nak bersalin kena pedih ulu hati. Memang stress kalau diingatkan balik. Kesannya… Sampai sekarang ada masanya aku boleh rasa pedih ulu hati. Tapi jarang-jarang lah kena. 


G-Storm 360 Penyelesaian Masalah Gastrik Dan Pedih Ulu Hati


Ada jer ubat yang boleh ubati Gastrik dan juga Pedih Ulu Hati. Antaranya G-Storm 360. Bukan boleh atasi masalah gastrik dan pedih ulu hati jer. Boleh atasi masalah lain jugak. Tapi sebelum tu aku nak tanya. Korang tahu tak apa beza Gastrik dengan Pedih ulu Hati ni? Ok.. Pedih ulu hati ni rasa seperti terbakar atau rasa panas dan pedih pada bahagian dada atau bahagian perut. Boleh rasa naik dari dada ke leher, tekak dan juga rahang. Gastrik pula adalah keradangan pada lapisan perut yang boleh berlaku secara tiba-tiba dalam jangka masa yang pendek ataupun secara berperingkat dan dalam jangka masa yang panjang.

Kelebihan G-Storm 360 


Selain dari merawat masalah gastrik dan juga pedih ulu hati, G-Storm 360 juga boleh atasi masalah lain juga seperti:

  • Melancarkan Peredaran darah dengan sempurna
  • Buang angin dalam Badan
  • Melawaskan sistem penghadaman
  • Memulihkan Luka-Luka dalaman dan Luar dengan Cepat.
  • Memulih dan Memberi Tenaga serta Kesegaran tubuh Badan

Kandungan Yang Terdapat Dalam G-Storm 360


Kalau korang nak tahu, G-Storm 360 ni diformulasi sendiri  oleh Doktor Perubatan, iaitu Dr Zara khusus untuk atasi masalah perut. Kandungan nya pula adalah dari gabungan susu kambing dan 22 makanan tambahan yang beralkali seperti:
  • Peppermint
  • Manna Gum
  • Black Seeds
  • Yogurt
  • Apple
  • Spinash
  • Banana
  • Almonds
  • Aloe Vera
  • Brocoli
  • Whide Kidney Beans
  • Tomato
  • Carrot
  • Clove Flower
  • Tumeric
  • Barley Grass
  • Green Tea
  • Ginger
  • Fennel Seeds
  • F.O.S
  • Stevia
  • Goat Milk
G-Storm 360 merupakan produk keluaran muslim Bumiputera dan produk yang dipercayai. Tak perlu ragu dengan status halal sebab ianya dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012). Pemprosesan pula diroses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI seta diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)

Testimoni Pengguna


Ni antara testimoni dari pengguna yang telah mencuba G-Storm 360. Korang boleh baca kat [SINI] sebab ada banyak testimoni.




Apa Rasa G-Storm 360 Dan Cara Penyediaan


Sebelum ni, kalau kena pedih ulu hati, aku amik Gaviscon. Memang tak lalu nak makan. Tak tahu lah kenapa. Jenis tak suka makan ubat memang macam tu kot... hahaha... Tapi lepas rasa G-Storm 360 ni, ehhhh!!! Sedap lah rasanya. Tak ada rasa hamis susu kambing pon. Rasa mint jer. Memang sedap dan boleh diterima dek tekak. Cara penyediaan pon senang jer. Campurkan 1 sachet G-Storm dalam 120ml air suam/sejuk. Kacau hingga larut. Untuk bancuhan air sejuk, korang kena shake yer. Dan minum sampai habis.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai G-Storm 360 atau product EllVita yang lain atau korang nak  buat pembelian, boleh refer detail dibawah:

Yogurt Fernleaf | Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk

$
0
0
Yogurt Fernleaf | Alternatif Sarapan Sihat untuk Pagi yang Sibuk | Pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting dalam rutin harian kita. Sebab sarapan pagi dapat membantu meningkatkan tahap fokus, kebolehan mental yang lain serta memori. Apa kata mulakan hari anda dengan sihat dan ceria bersama Yogurt Fernleaf baharu, diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand untuk memberikan kebaikan tenusu kepada warga Malaysia yang sentiasa sibuk pada waktu pagi!


Baru-baru ni dapat surprise dari Fernleaf. Kalau korang nak tahu, Yogurt Fernleaf merupakan keluaran terbaharu dari jenama tenusu ini, yang mempunyai warisan dan dipercayai sebagai Trusted GoodnessTM oleh para ibu di Malaysia untuk keluarga mereka. Semenjak 30 tahun yang lalu, Fernleaf membawakan kebaikan tenusu dari ladang di New Zealand kepada para keluarga di seluruh Malaysia dan menyediakan produk susu yang berkhasiat untuk menyumbang kepada diet yang sihat dan seimbang.


Memang tersangat sedap lah. 1st time rasa Yogurt Fernleaf ni. Dengan tekstur lembut berkrim, rangkaian yogurt baharu ini merupakan pilihan yang lebih sihat dan lazat untuk seisi keluarga. Yogurt Fernleaf mempunyai logo ‘Healthier Choice’ yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan, iaitu rendah lemak dan kurang manis. Just nice sangat rasanya.

Yogurt Fernleaf kurang manis berbanding jenama-jenama yogurt yang lain. Ia begitu digemari ramai sehinggakan satu tinjauan pengguna mendapati bahawa 9 daripada 10 orang yang mencuba Yogurt Fernleaf akan menggantikan jenama yogurt yang biasanya mereka makan dan juga 99% pengguna akan menyarankan Yogurt Fernleaf kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Anak-anak pon suka sangat yogurt ni termasuklah di Harraz. Habis sebekas dimakannya. Memang dah jatuh cinta dengan kesedapan Yogurt Fernleaf ni.


“Waktu pagi boleh menjadi waktu yang paling sibuk bagi kebanyakan keluarga di Malaysia. Kebanyakan orang hanya sempat merias diri buat seketika sebelum bergegas untuk ke sekolah atau tempat kerja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas. Oleh itu, mereka biasanya tidak mengambil sarapan. Namun kita semua juga tahu akan kepentingan sarapan dalam memberikan tenaga untuk memulakan hari.

“Dengan Yogurt Fernleaf, anda dapat memulakan hari anda dengan betul! Walaupun pada pagi yang paling sibuk sekalipun, yogurt merupakan sarapan yang mudah, lazat dan juga tidak mengambil masa yang panjang. Anda tidak perlu lagi mengalami rasa lapar pada waktu pagi! Alternatif yang mudah dan enak ini dapat membantu seisi keluarga menjalani hari mereka dengan penuh bertenaga,” kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia.

Yogurt Fernleaf boleh dinikmati begitu sahaja, namun ianya juga enak apabila digabungkan dengan snek sihat yang lain. Contohnya, anda boleh mencampurkannya dengan oat, bijian, kekacang dan buah beri di dalam sebuah balang untuk menghasilkan oat semalaman yang menarik sebagai sarapan yang mudah dan mengenyangkan. Atau, campurkan muesli yang rangup atau granola dengan Yogurt Fernleaf untuk sarapan yang memuaskan!


Pada waktu pagi di hujung minggu, apabila anda kurang sibuk, berikan keluarga anda suatu kejutan gembira dengan salad telur yang berkhasiat dan lazat, dengan menggantikan mayonis dengan Yogurt Fernleaf yang sememangnya lebih sihat. Sajikan salad tersebut di atas roti gandum penuh dengan taburan kacang walnut, dan ianya akan menjadi permulaan yang baik kepada hujung minggu yang menyeronokkan!

Yogurt lazat tersebut bukan sahaja sesuai sebagai sarapan, malah ianya juga sesuai sebagai snek sepanjang hari! Sebagai pemberi tenaga di waktu siang pula, anda boleh membuat smoothie yogurt dan buah atau sos celup untuk seleri, pisang, lobak, timun atau biskut gandum dengan yogurt. Anda juga boleh menjadikannya sebagai dressing bagi salad anda.


Yogurt Fernleaf boleh didapati dalam beberapa perisa yang lazat – asli, strawberi, beri campuran dan mangga, setiap cawan adalah seberat 110g dan berharga RM1.50. Mulakan hari anda dengan betul bersama Yogurt Fernleaf yang lazat dan mudah untuk gaya hidup anda yang sibuk! Ia boleh didapati di pasaraya dan kedai di seluruh negara.

Tentang Fernleaf


Sepanjang 30 tahun yang lalu, Fernleaf memberikan khasiat tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Dengan pengalaman dalam industri ini selama lebih daripada seabad lamanya, Fernleaf percaya bahawa kualiti datangnya secara terus dari sumber. Hanya susu segar daripada lembu yang diberi makan rumput, digabungkan dengan sistem perladangan yang canggih dan ketelitian dalam setiap langkah pengeluaran, dapat menjanjikan anda salah satu standard khasiat tertinggi dalam produk tenusu.    


Pakej Lengkap Perkahwinan Dan Pelbagai Pakej Lain Dari MZ Catering

$
0
0
Pakej Lengkap Perkahwinan Dan Pelbagai Pakej Lain Dari MZ Catering | Ppssttt… Tengah survey tempat untuk majlis perkahwinan ker? Atau ada pasangan yang sedang merancang majlis pertunangan? Tak lupa juga untuk parents yang bercadang nak buat kenduri untuk akikah dan berendoi anak? Atau nak buat Birthday party anak? Dan macam-macam lagi lah. Penat jugak tau kalau fikirkan pasal nak buat majlis ni. Tak kira lah majlis apa sekali pon bila ada benda yang kau kena fikir dan buat sendiri.


Antaranya nak kena survey sana sini. Nak cari yang the best dalam masa yang sama dengan harga yang berpatutan. Tapi tu zaman dulu tak sama macam sekarang ni. Sekarang ni dah tak susah nak mencari perkhidmatan yang lengkap untuk apa jua jenis majlis sebab ramai peniaga yang sediakan perkhidmatan macam ni. Cuma kena pandai cari mengikut budget jer. Antaranya Pakej Lengkap Perkahwinan Dan Pelbagai Pakej Lain Dari MZ Catering ni. Boleh dikatakan untuk apa saja majlis dia orang boleh sediakan.

Tentang MZ Catering


Untuk meyakinkan korang dengan perkhidmatan dari MZ Catering ni, meh baca latar belakang nya dulu. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006, MZ Catering adalah sebuah syarikat 100% dimiliki oleh Bumiputera. Mula mengorak dalam bidang catering apabila mendapat peluang menyediakan perkhidmatan katering di pusat-pusat latihan perindustrian, badan kerajaan dan swasta, institut pengajian tinggi dan lain-lain. Mereka kini melangkah lebih kehadapan dengan mengembangkan kepakaran dalam menyediakan perkhidmatan catering khususnya untuk majlis perkahwinan dengan harga yang berpatutan serta pakej-pakej perkahwinan mengikut kesesuaian bajet dan citarasa pelanggan yang pasti akan memikat hati serta menjanjikan kepuasan.

Antara Pakej Dari MZ Catering


Ada banyak pakej yang ditawarkan oleh MZ catering ni. Untuk pakej Perkahwinan, ada 4 pakej yang ditawarkan mengikut kemampuan dan budget bakal pengantin iaitu Pakej Eksklusif Perkahwinan, Pakej Lengkap Perkahwinan, Pakej Ekonomi Perkahwinan dan juga Pakej Bajet Perkahwinan bermula dengan harga serendah RM13.50 sahaja. Pakej-pakej ni termasuk sekali dengan dewan / kanopi dengan minimum 1000 tetamu. Menarik dan berbaloi sangat tau.

Selain dari pakej Perkahwinan, MZ Catering juga turut menyediakan tempahan untuk pelbgai majlis-majlis lain seperti:

  • Pertunangan
  • Akad nikah
  • Kenduri kesyukuran dan doa selamat
  • Majlis cukur jambul
  • Majlis hari jadi
  • Majlis korporat  
  • Dan lain-lain

Kenapa Perlu Pilih MZ Catering Untuk Majlis Perkahwinan atau Majlis-Majlis Lain


Baru-baru ni aku dan keluarga berpeluang untuk hadir ke majlis anjuran MZ Catering dan mencuba sendiri aneka masakan dan makanan yang disajikan. Memang suasana nya sangat selesa dan Kenapa Perlu Pilih MZ Catering Untuk Majlis Perkahwinan atau Majlis-Majlis Lain? Ini lah sebab nya:

Dewan yang Besar, Luas dan Banyak Kemudahan


Untuk majlis perkahwinan, ianya dibuat didewan yang dipanggil MZ Garden Hall. Dewan berhawa dingin yang memang luas, selesa dan sangat nyaman dengan keluasan 15,000 kaki persegi. Pentas nya pula seluas 30’ x 40’. Kapasiti untuk MZ Garden Hall ni boleh memuatkan sehingga seribu lebih tetamu dalam satu masa. Surau yang selesa juga ada disediakan dengan Kawasan parking yang luas.

Dewan yang luas


Pelbagai Pilihan Makanan


Antara menu pada hari itu ialah nasi beriani, nasi putih, ayam masak merah, daging masak jitam, acar jelatah, buah tembkai, air cordial dan air kosong. Memang semua sedap-sedap. Selain daripada itu, terdapat juga kuih muih, laksa dan juga soto. Tambah menarik, ada beraneka jenis kek. Memang tersangat sedap lah kek-kek dia. Lembut dan gebu. Ice-cream dan juga cendol pon ada.

 Ayam masak merah

 Daging masak hitam. Sedap 

 Daging salai masak lemak

Dalca sayur

Buah tembikai

Aneka kuih muih, laksa dan soto

Aneka jenis kek. Sedap sangat

Aikrim dan cendol. Pon sedap

Selain dari makanan-makanan di atas ni, MZ Catering juga ada menawarkan Pakej Kambing Golek  yang berharga RM1,300 seekor bersama dengan soso black pepper, kentang putar dan juga coleslaw. Memang tersangat sedap lah kambing golek ni. Sos black pepper dia pon sedap sangat. Semua sedap lah. Memang tak rugi kalau korang ambil pakej kambing golek nih.


Photobooth Disediakan

Lupa pulak nak amik props ☺

Memang dah jadi trend orang kahwin sekarang ni kan. Mesti ada Photobooth dengan props nya sekali. Yang ni korang tak perlu risau pasal Photobooth sebab ianya termasuk dalam pakej perkahwinan yang korang pilih. Memang cantik dan menarik photobooth yang disediakan oleh MZ Catering ni. 

Bouncy Castle

Seketul Iman Harraz disitu ☺
Pernah tak korang pergi majlis perkahwinan yang ada bouncy castle dalam dewan ni? Sepanjang aku pergi majlis kahwin dalam dewan. Tak pernah lagi jumpa yang ada bouncy castle ni. Tapi dengan MZ Catering, diorang ada sediakan Bouncy Castle ni especially untuk anak-anak kecil. At least selesa sikit nak makan dengan aman kan sebab anak tak kacau... hehehe... Tapi bagi lah anak makan dulu baru suruh dia orang main. Tahap keselamatan pon terjamin sebab Bouncy Castle ni dalam dewan jer. 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Pakej Perkahwinan dan juga pakej-pakej lain yang ditawarkan oleh MZ Catering atau nak buat penempahan, korang boleh pergi sendiri ke pejabat MZ Catering yang terletak di: 

Alamat

Lot 5057, Jalan Utama 
Kg. Dato Abu Bakar Baginda
43650 Bandar Baru Bangi

Waktu Operasi: 8.30 am - 5.30 pm

HP/WhatsApp: 014-3180070 (En. Fazrul)

Atau korang boleh layari laman sesawang MZ Catering di:





Kena Saman Dengan RHB Bank Dan Rumah Nak Kena SIta | Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

$
0
0
Kena Saman Dengan RHB Bank Dan Rumah Nak Kena SIta | Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’ | Makin menjadi-jadi penggilan dari scammer sekarang ni. Sebelum ni pernah beberapa kali aku terbaca pasal orang yang dah terkena dengan scammer ni. Diorang akan buat panggilan dan menyamar sebagai lawyer, pihak bank, polis dan sebagainya lah untuk menipu orang. Tapi tak sangka pulak, dalam baca kisah-kisah orang yang kena tipu ni, sekali boleh terkena dekat diri sendiri miggu lepas @ 20 March 2018

Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Apa perasaan kau bila dapat panggilan dari seseorang yang mengatakan dia nak datang rumah dan nak sita semua barang-barang dalam rumah? Gila berderau darah aku semalam jangan cakap lah kan. Allah jer yang tahu. Kisahnya… Aku dapat call dari nombor 011-23728164. Chinese guy yang call. Tapi macam tak berapa fasih sangat lah cakap Bahasa Melayu. AKu pon tak berapa nak faham sangat. Lepas tu dia pass dekat Malay guy untuk explain dekat aku. Nama budak tu Ahmad Tajudin. Tak tahu lah nama betul atau nama menyamar. Antara dialog:

Scammer: Hello! Ini Puan Afizah Binti Abd Rahman?

Aku: Iyer saya

Scammer: Ic nombor xx0707-14-xx86

Aku: Iyer betul

Scammer: Alamat rumah Ax-xx, Apartment Kajang Impiana, Taman Kajang Impian

Aku: Betul

Scammer: Saya dari bahagian logistik Makhmah Tinggi Kajang. Nak datang rumah puan dalam pukul 12.00 tengah hari untuk sita barang-rumah puan.

Aku: Haaaaa!!! Kenapa pulak nak sita rumah saya? Tak ada surat taka da apa nak sita rumah saya kenapa?

Scammer: Itu bukan masalah saya. Saya Cuma dapat arahan dari mahkamah untuk buat report polis dan sita barang-barang rumah puan. Kalau puan nak tahu, puan boleh call lawyer kami En. Azhar nombor HP 016-6980788

Aku: Betul ke ni? Ker awak scammer? Scammer kan?

Scammer: Terpulanglah pada puan. Kalau scammer kita akan terus sambung ker IPD and mahkamah terus.

Aku: Ok lah (Terus letak call padahal dia tak habis cakap lagi)

Memang WTFish betul lah kan... Notis semua tak ada tiba-tiba kau call cakap nak sita rumah nak buat report polis bagai. Bila tanya atas sebab apa? Tak boleh nak jawab. Suruh call lawyer. Setahu aku, hutang semua dah bayar.!!!! Lepas dia ada sebut pasal sambung line pada IPD and mahkamah tu, aku dah agak dia ni penipu. Memang scammer nak menipu kan. Letak jer HP aku terus search nombor 011-23728164 dan keluar lah link pasal ‘scammer’ ni. Rupanya ramai yang kena. Memang dasar penyamun. Tak hilang lagi debar aku ni woihh!!! Bongok betul 😡😡😡

Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Lepas tu aku call husband. Cerita semua. Yang buat aku risau, anak-anak ada dekat rumah. Dah lah alamat semua betul. Buatnya diorang tu scammer gila yang sanggup buat apa saja dan datang betul-betul, memang mengundang padah. Sampai macam tu sekali lah aku fikir. Scary sangat. Terus husband cakap dia akan balik rumah. Lega lah sikit kan.

Tak lama lepas tu, aku dapat call dari nombor pejabat 03-26982537. Aku tak call pon lawyer azahar tu. Tapi dia sendiri yang call aku. Lawyer lah sangat kan. Dia explain lah kenapa rumah aku nak kena sita. Katanya aku kena saman dengan RHB bank sebab hutang kereta dah lama tertunggak. Dia dapat arahan dari pihak RHB untuk saman aku pasal duit kereta yang dah lama tertunggak tu. Aku pon saja lah dengar and layan sebab aku tahu dia penipu. Berlawan-lawan lah cakap. Tapi jenis penipu ni memang dah biasa susun ayat. Tak nak kalah tu. Nak tunjukkan yang dia tu bukan scammer.
 Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

Hello!! Hutang kereta dah lama selesai beberapa tahun lepas. Aku dengan husband pergi sendiri RHB untuk bayar baki tertunggak and geran kereta pon dah dapat on the same day selesaikan semua hutan kereta tu. Surat dari RHB pon ada aku simpan mengatakan aku dah buat full settlement. Ada kisah pasal kereta tu. Korang boleh baca dekat [SINI]. Bila dah cakap macam tu boleh pulak dia kata nak semak balik kan. Kenapa sebelum nak menipu tu tak semak dulu? 

Sampai hari ni tak ada pon scammer penyagak tu call. Husband tanya.. Kenapa tak kenakan scammer tu balik? Dia nak kenakan kita, biar kita kenakan dia balik. Tak terfikir pulak aku sampai ke situ. Aku ni jenis cepat menggelabah. Bila dah dapat call macam tu, memang kau rasa blank kepala. Badan dah gigil. Jantung dah berdebar-debar sebab 1st time kena macam ni kan. Tak expect pon nak kena. 

Cuma aku kesian dekat orang yang dah terkena. Ditipu beribu-ribu. Mungkin jenis cepat menggelabah dan tak tahu nak buat apa dan tak pernah dapat info pasal scammer ni. Especially makcik pakcik dan orang kampung. Siapa tak menggelabah bila dapat call macam ni dengan membabitkan mahkaman, polis dan lawyer kan. Yang kau perasan, kebanyakan yang kena ni orang perempuan. Mungkin sebab orang lelaki ni tak mudah nak kena tipu kot. 

Kalau nak tahu, mula-mula dapat call ni yang cakap chinese guy (tak ingat nama sebab dah gelabah sangat). Lepas tu dia pass dekat malay guy untuk explain. Nama dia Ahmad Tajudin dari nombor HP 011-23728164. Nombor lawyer pulak 016-6980788 (azhar). Tapi aku tak call pon. Dia sendiri yang call dengan nombor pejabat 03-26982537

Taktik Panggilan Dari ‘Scammer’

So…  beware semua. Kalau naik nombor-nombor 011-23728164, 016-6980788 dan 03-26982537 dekat HP korang, sila abaikan penyangak-penyangak ni. Antara modal diorang… hutang kad kredit, hutang kereta, loan bank, personal loan dan macam-macam lagi. Kalau nak elak dapat call dari scammer ni, korang boleh download apps Truecaller. Aku dah tahu lama pasal apps ni. Tapi dok bertangguh nak download. Bila dah kena, terus download. Beringat sebelum kena.

Note:Kadang-kadang kan, benda yang kita tak expect tu lah boleh jadi dekat kita. 



Vivo V9 FullView™ Baharu Menghasilkan Imej Sempurna dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI)

$
0
0
Vivo hari ini melancarkan telefon pintar V9 FullView™ yang serba baharu, dengan keluasan skrin 90 peratus dengan ciri dan reka bentuk yang anggun dan bergaya. Dari fotografi ke prestasi mudah alih yang dipertingkatkan, V9 sesuai untuk keperluan golongan tertentu yang mahu menghasilkan imej sempurna dan menyeronokkan melalui telefon bimbit. Vivo juga menggiatkan usaha mendekati pelanggan tempatan dengan mengumumkan Alvin Chong sebagai Ikon Muzik Vivo,  wajah terbaru dalam barisan  personaliti jenama Vivo.


"Perkembangan pesat dalam teknologi mudah alih sentiasa mengubah gaya hidup dan cara kita berkomunikasi. Perkembangan ini menjadikan telefon pintar sebagai satu keperluan dalam rutin harian. Ini telah memberi inspirasi kepada Vivo untuk terus berinovasi. Vivo V9 direka untuk meningkatkan pengalaman telefon pintar para pelanggan, termasuk merakam imej yang menarik, menikmati hiburan terus-menerus dan melakukan tugasan harian mereka melalui telefon pintar," kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia.


FullView™ berikan keseronokan tanpa had


V9 menawarkan reka bentuk kompak yang lebih luas dengan 6.3 inci paparan skrin berbanding ciri sebelumnya dengan keluasan 5.5 inci namun ianya masih selesa dipegang. Vivo V9 mengaplikasikan nisbah 19:9 bagi meningkatkan saiz skrin sebanyak 5.2% berbanding generasi sebelumnya V7 +, dan bezel sisi dikurangkan sebanyak 19% kepada hanya 1.75mm. Bagi menghasilkan reka bentuk telefon yang lebih elegan, setiap bucu dibentuk dengan teliti untuk memastikan keselesaan mutlak di telapak tangan anda.

Imej Sempurna dengan fungsi Al Fotografi



Fungsi baru kamera 'AI-powered' meneruskan objektif Vivo untuk menyediakan kamera telefon bimbit dengan V9 crystal-clear 24MP bagi kamera depan dan 16MP+5MP bagi dwi kamera. Melalui kajian dan penyelidikan yang mendalam, Vivo menggunakan teknologi AI bagi membantu pengguna mendapatkan imej bagi menyerlahkan kecantikan mereka.

V9 dilengkapi ciri-ciri Super HDR- AI secara automatik mengesan dan menghasilkan foto yang lebih jelas, warna yang lebih menarik, dan nada yang lebih jelas. Super HDR merakam dan menggabungkan bingkai bagi menghasilkan pencahayaan yang lebih optimum. Super HDR menggunakan pengesanan pemandangan pintar untuk mengimbangi pencahayaan orang dan latar belakang untuk mewujudkan rasa semula jadi.

AI Face Beauty mampu mengenal pasti umur, jantina, warna kulit dan tekstur pengguna, dengan persekitaran. Hampir satu juta pangkalan yang mewakili satu juta imej wajah dari seluruh dunia telah digunakan untuk melatih algoritma AI. Ini menghasilkan AI Face Beauty untuk disesuaikan dan menggunakan algoritma yang ideal untuk menghasilkan imej yang lebih optimum. Apabila penggunaan meningkat, AI akan mempelajari pilihan tetapan anda yang paling sesuai secara automatik dalam mewujudkan imej ideal yang anda mahukan.

Ciri pencahayaan AI Selfie yang baru juga membolehkan pengguna membuat karya seni artistik pada bila-bila masa di mana-mana tanpa persediaan peralatan yang rumit. Algoritma AI V9 mengubah profil wajah dalam foto asal 2D menjadi model 3D untuk memproses cahaya secara autentik. Pengguna boleh memilih dari pelbagai kesan seperti Latar semulajadi, Lampu Studio, Latar Belakang Stereo dan Latar Monochrome. Apabila digabungkan dengan Pelekat AR yang menyediakan pelbagai kesan untuk menghiasi diri sendiri, V9 membantu pengguna mengambil gambar diri yang mencerminkan gaya unik mereka dengan hanya beberapa klik.

Kamera VN 16MP + 5MP belakang mencipta rakaman imej menakjubkan yang menyamai imej yang dirakam menggunakan kamera DSLR.  Menggunakan algoritma AI Bokeh yang telah dioptimumkan berdasarkan pembelajaran mesin, sehingga dapat mencapai ketepatan tinggi dalam mengenal pasti subjek utama untuk memastikan fokus optimum dalam foto.

AI mengoptimumkan pengalaman telefon bimbit


AI V9 juga memastikan prestasi mudah alih dan daya tahan terbaik dengan Enjin Pintar AI Vivo. Dengan mempelajari ciri dan pilihan penggunaan anda, AI Smart Engine mengutamakan sumber pemprosesan dan penyimpanan untuk pengalaman optimum. Tidak hanya memastikan operasi yang lancar dan menjimatkan kuasa, AI juga mengenalpasti tabiat penggunaan anda. Smart Engine mampu meramalkan pergerakan anda dengan tepat dan mempunyai aplikasi kegemaran anda sebanyak 20% lebih cepat.


Dengan teknologi AI Face Access yang dinaik taraf, V9 dapat mengesan refleksi kulit semula jadi dan pergerakan muka yang halus untuk mengurangkan kemungkinan membuka kunci melalui gambar atau video. Akses Wajah AI untuk App-Lock juga membantu memastikan data dan privasi anda untuk aplikasi individu.

Pengesan Deria AI V9 juga mampu mengenalpasti anda apabila melihat telefon untuk mengurangkan gangguan secara automatik  dengan mengurangkan nada mesej, panggilan masuk dan penggera secara automatik, ketika anda melihat skrin.

Hiburan dan Kuasa



Mod kemaskini permainan memberikan lebih tumpuan kepada peminat permainan video untuk menumpukan perhatian dengan fungsi yang menyekat semua mesej, panggilan dan makluman semasa permainan. Anda juga boleh membuat tetapan untuk memaparkan panggilan telefon dari kenalan yang dipilih sahaja. Paparan bergambar juga disediakan supaya anda tidak perlu keluar dari permainan untuk membalas mesej penting. V9 dilengkapi dengan Android OS terbaru 8.1 dan dikuasakan oleh pemproses okta Qualcomm Snapdragon 626, 4GB RAM dan 64 ROM.

Personaliti Baharu Vivo


Dalam usaha untuk lebih mendekati pelanggan tempatan, Vivo Malaysia juga menambah Alvin Chong dalam barisan artis mantap sedia ada. Alvin dinamakan Ikon Muzik Vivo, langsung menyertai duta Vivo Janna Nick dan Ikon Swafoto Joyce Chu, sebagai personaliti jenama Vivo yang baharu dan dinamik. Alvin mula menambat hati peminat hiburan Malaysia menerusi wataknya dalam drama 'Suri Hati Encik Pilot' dan 'Awak Suka Saya Tak'. Bintang muda yang progresif tersebut juga mempunyai persona yang sesuai dengan ciri-ciri jenama Vivo. Alvin akan menyertai program pemasaran, komunikasi dan promosi bersama personaliti jenama  Vivo Malaysia yang lain.

Pelakon dan penyanyi Alvin Chong sertai Janna Nick dan Joyce Chu sebagai personaliti jenama  Vivo

Vivo V9 menawarkan warna Hitam Mutiara dan Keemasan bermula 31 Mac 2018 di semua wakil jualan Vivo seluruh negara.


Happy 125th Anniversary Johnson's Baby!!

$
0
0
Happy 125th Anniversary Johnson's Baby!! | Siapa yang tak kenal dengan produk Jonhson's baby kan. Produk penjagaan bayi yang masih bertahan sudah melebihi 100 tahun tu. Bukan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak jer tau. Yang dewasa pon boleh jer pakai barangan Johnson's baby ni. Kalau korang nak tahu, Johnson's Baby sedang menyambut ulangtahunnya yang ke-125 tahun tau. Sempena dengan sambutan yang ke-125 tahun ni juga, seramai 125 orang telah terpilih untuk menerima kejutan dari Johnson's Baby. 


Happy 125th Anniversary Johnson's Baby!!


Tak sangka pulak aku antara yang bertuah sebab terpilih untuk menerima kejutan dari Johnson's Baby pada 20 March 2018 yang lepas. Siapa yang tak suka bila terima kejutan kan. Pertama kali dapat kejutan macam ni memang excited lah sangat. Kalau dapat kejutan dari orang yang tersayang, macam manalah reaksi agaknya kan. Mau over excited kot. Memang tersangat cute lah packaging dari Johnson's Baby ni. 

Belon comel ☺

Penuh bakul ☺

Siap dengan balloon dan nama penerima tu. Penuh barang Johnson's Baby dalam bakul pink. Antara nya JOHNSON’S® baby oil, JOHNSON’S® baby lotion, JOHNSON’S® baby shampoo, JOHNSON’S® baby powder, JOHNSON'S® top-to-toe baby wash, JOHNSON'S® milk + rice bath dan juga bag kecik yang transparent. Ni kalau untuk travel boleh isi barang-barang comel dalam tu. Memang penjimatan berganda lah sebab boleh cover untuk bedak, syampoo dan sabun mandi untuk anak-anak kan... hehehehe... 


Dan yang paling best kan... Dapat Vintage Tin Limited Edition yang tertera dengan nama sendiri ni. Menarik sangat kan. Korang nak tak dapat Vintage Tin Limited Edition ni? Bersempena dengan sambutan ulangtahun Johnson's Baby yang ke-125 ni kan, korang berpeluang untuk memenangi Vintage Tin Limited Edition dengan cetakan nama sendiri. Caranya tersangat mudah. Cuma follow step ni:


  1. Korang hanya perlu bergambar bersama dengan mana-mana product Johnson's Baby. Kalau malu nak bergambar, ambil jer gambar anak atau ajak ahli keluarga untuk bergambar dengan product Johnson's Baby.
  2. Tulis caption pendek tapi menarik dan tag @johnsonsbabymy bersama hashtag #johnsons125years
Mudah sangat kan. Apa tunggu lagi? Cepat lah join. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai contest ni dan tahu Terms and Conditions nya, boleh klik kat[SINI]. Anyway... Thanks Johnson's Baby untuk kejutan yang indah ini dan tahniah untuk sambutan ulangtahun yang ke-125 ini. Jom terjah Johnso's Baby di:

Instagram: @johnsonsbabymy




Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!!

$
0
0
Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!! | Agak lama jugak tak bercerita pasal anak-anak kan. Kalau ada pon asyik bercerita pasal Iman Harraz jer lah. Maklumlah... Anak bongsu. Tapi tak jugak lah. Lately banyak pasal review jer. Pasal anak-anak dah jarang sangat nak bercerita. Pada hal ada jer cerita pasal anak-anak. Tapi tu lah, kekangan masa dan kerja tu kadang-kadang. Idea nak mengarang pon jadi slow... Hurrmmm... Bila cerita pasal anak ni kan. Macam-macam ragam yang ada. Lain anak, lain ragamnya.

Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!!
Mangsa kening kena cukur ☺

Bila Si Kakak Cukur Kening Si Adik!!!


Ni nak cerita pasal ragam anak baru-baru ni. Ragam anak nombor dua. Korang faham-faham lah perangai anak nombor dua ni macam mana kan. Sifat ingin tahu tu semacam sangat. Allahu... Urut dada aku dibuatnya bila ditarahnya kening si adik nombor tiga, Iman Qhalif. Si Qhalif ni pon redho jer bila si kakak buat macam tu. Tadah jer muka tu kan. Dia pon tak tahu si kakak nak buat apa kot. Apa lagi... Terjerit lah aku dibuatnya bila tengok kening si Qhalif dah kena cukur sebelah. 

Mana dapat pisau pencukur? Kisahnya... Qhalif and Harraz mandi. Keluar toilet tu si Harraz pengang shaver. Aku pon tak sure aku buat apa masa tu #makinterukpulakpelupanya. Suruh lah si Qhalif ambil shaver tu dari tangan Harraz. Tapi yang berlaku sebaliknya. Rupanya... Si Qahirah ambil shaver lalu dia pon buat eksperimen. Mungkin nak tahu sangat apa fungsinya kan. Atau mungkin Qahirah ada ternampak abah di bercukur. Tu yang dia pon try nak bercukur jugak. Maka ter cukur lah kening si Qhalif. 

Yang tak menahan. Lepas dah buat tu dia menjerit... 'Ibu, tengok kening Qhalif ni. Kita tak sengaja'. Muka dia memang dah cuak gila. Sebab dia tahu dia dah buat salah. Aku pon dah mulalah naik darah kan bila tengok kening si Qhalif jadi macam tu. #makkauhijau jugak lah sekejap. Lepas tu bantai gelak anak beranak tengok kening si adik dah cacat sebelah. Nasib tak dicukurnya habis kening si Qhalif tu. 

Si pencukur kening si adik

Benda nak jadi kan. Nak buat macam mana. Kecuaian pon boleh berlaku bila-bila masa. Shaver tu pon bukan letak kat tempat rendah. Letak kat tempat tinggi. Mungkin shaver tu terjatuh dan aku tak perasan. Lalu anak-anak pon main. Itu lah kecuaaian nya. Tak apa lah. Anggap lah ianya memori zaman kanak-kanak untuk Qahirah dan Qhalif kenang apa yang dia orang pernah buat... hehehe...

Tapi kesian jugak lah dekat Qhalif. Nasib nampak cute lagi even kening sebelah tinggal saparuh... kahkah... Bertabahlah anak sementara nak tunggu bulu kening tu tumbuh. Lama ke nak tunggu bulu kening tu tumbuh balik? Maklumlah... Tak pernah cukur kening. Harom kan. Tapi banyak petua yang aku dapat dari kawan-kawan. Buat masa ni aku sapu baby oil. Asyik terlupa jer nak letak aloe vera magic jelly. Kita tengok berapa lama ambil masa kening tu nak tumbuh. Sebab licin jugak dicukurnya... huhuhu...

Note: Macam-macam ragam anak-anak ni. Ada masa buat kau urut dada. Ada masa buat kau ketawa

Selamat Tinggal Kulit Yang Kusam

$
0
0
Selamat Tinggal Kulit Yang Kusam | Lately ni kan, aku perasan kulit muka ni macam tak bermaya jer. Nampak macam kusam dan tona tak sekata. Masalah jerawat tak risau sangat sebab aku jarang hadapi masalah ni. Cuma masalah aku sekarang ni, macaam mana nak mengembalikan keceriaan kulit wajah. Mungkin faktor pertambahan umur pon memainkan peranan juga kot. Rasa macam tak selesa jer tengok muka nampak macam gelap. Dah lah aku ni jenis tak makeup. Lagi lah nampak pucatnya. Kalau boleh nak ucapkan Selamat TInggal Kulit Yang Kusam ni.


Baru-baru ni kan, aku ada cuba product dari Elldora.. Inspire Your Desire ni tau. Snow Crystal namanya. Katanya boleh merawat masalah kulit yang bermasalah. Masa mula-mula makan tu, rasa macam pelik sikit. Tapi bila dah lama-lama makan. Erkkk… Sedap lah. Ada rasa Lychee and berry. Memang sedap. Tak payah nak telan-telan sebab hanya kunyah-kunyah jer. Kalau ubat telan-telan ni memang aku agak payah sikit nak makan. 

Elldora Snow Crystal Merawat Masalah Kulit



Seperti yang kita sedia maklum. Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza-beza. Macam aku, ada masa kulit jaid kering. Ada masanya jadi berminyak. Dan sekarang masalah kulit kusam dan tak bermaya. Kalau korang nak tahu, Snow Crystal ni mengandungi 22 bahan aktif yang boleh merawat masalah kulit lain seperti:

  • Tona tidak sekata
  • Kulit kusam
  • Pigmentasi kulit
  • Jerawat
  • Kulit berkedut
  • kulit kering
  • Kulit berminyak

Keistimewaan Elldora Snow Crystal


Kalau korang ada masalah-masslah kulit seperti yang aku nyatakan di atas tu, korang boleh cuba Snow Crystal ni sebab banyak keistimewaannya seperti: 

  • Mencerahkan kulit dri dalaman
  • Mengurangkan jerawat
  • Melembabkan kulit
  • Memudarkan parut
  • Menutup liang pori
  • Mengurangkan kulit yang berminyak
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Menegangkan kulit, awet muda
  • Memutihkan kulit seluruh badan dan wajah
  • Mercerahkan Lingkaran bawah mata

Testimoni Pengguna


Menarik sangat kan. Ramai juga pengguna yang dah mencuba Snow Crystal ni dah mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya. Ini antara nya. Kalau korang nak tengok lagi, boleh tengok dekat [SINI].




Pengalaman Sendiri Bersama Snow Crystal


Selepas hampir sebulan aku makan Snow Crystal ni, memang ada nampak perubahan jugak lah. Kalau sebelum ni kulit muka aku memang nampak kusam dan tak bermaya. Tengok muka sendiri pon rasa sedih. Sekarang ni nampak kulit muka lebih sihat. Dah tak nampak kusam. Muka pon jadi lebih berseri seri lah. Kulit muka pon rasa licin jer. Tengok ni:


Gambar ni memang dari camera HP. Tak pakai face beauty apa atau flash pon. Memang camera semata dan tak ada edit. Selebet jer muka sebelum tu kan. Kusan jer kulit tu. Cuba tengok selepas aku makan Snow Crystal, nampak sangat perubahan. Kulit nampak lebih berseri-seri dan sedikit cerah. Hilang dah kulit yang kusam tu kan.

Bahan Kandungan dan Cara Pengambilan


Bahan kandungan yang terdapat dalan Snow Crystal ni adalah 100% dari bahan semulajadi dan tanpa bahan terlarang dan merbahaya. Ianya juga halal dan mendapat kelulusan dari KKM. Cara pengambilan pula, untuk kesan yang cepat, ambil 2-3 tablet sehari pada waktu pagi. Ambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan jugak sebelum tidur malam. Pastikan minum air masak yang secukupnya yer.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai product Elldora Snow Crystal dan juga produk produk lain atau nak mencuba sendiri, boleh layari:

Website: www.elldora.com 
Hotline: 019- 227 1077




Diskaun Sehingga 80% Sempena Lazada The Big Baby Fair

$
0
0
Diskaun Sehingga 80% Sempena Lazada The Big Baby Fair | Ada yang tertunggu-tunggu jualan istimewa dari Lazada untuk The Big Baby Fair ke? Mesti korang tersenyum-senyum bila baca tajuk tu kan. Siapa yang tak suka shopping. Kalau dulu selalu beli barang untuk diri sendiri. Tapi bila dah jadi emak-emak ni kan, barangan keperluan anak lah yang selalu kita cari. Lagi pon kan, barangan keperluan anak ni boleh tahan mahal jugak. Melainkan kalau beli masa tengah sale. Macam Diskaun Sehingga 80% Sempena Lazada The Big Baby Fair ni lah.


Memang setiap tahun Lazada akan buat The Big Baby Fair ni dan ianya sudah pon bermula dari 28 Mac hingga 1 April. Banyak tawaran ekslusif yang diberi dan juga diskaun sehingga 80% yang akan merangkumi pelbagai produk bayi terbaru dan juga dari 19 jenama penjagaan bayi seperti Drypers, Petpet, Mamypoko, Pediasure, Philips Avent, Fisher Price dan banyak lagi lah. Memang menarik sangat. Rugi kalau korang tak grab peluang ni.

4 Sebab Kenapa Shopping Dekat Lazada The Big Baby Fair ni Best


Ni nak menghasut jugak ni. Kenapa korang patut shopping barangan bayi dan anak-anak di Lazada The Big Baby Fair. Sebabnya:

Tak perlu Bersesak-Sesak


Iyer… Hanya duduk depan PC dan pilih barang-barang yang hendak dibeli dan bayar. Tapi kena make sure akaun dalam bank mencukupi lah yer sebelum nak shopping tu.. Hehehe… Tak payah lah nak pergi shopping complex atau nak bersesak-sesak dekat Baby Fair yang ramai umat manusia tu. Kalau ada baby fair memang aku tak pergi pon. Sebab tak sanggup. Duit minyak pon selamat. Kepala pun tak pening nak hadap jalan yang sesak tu kan dan tak perlu nak pusing-pusing mall cari parking.

Penjimatan Berganda


Seperti kita sedia maklum, barang keperluan anak ni lagi mahal dari barang keperluan untuk orang dewasa. Pampers, susu, baju dan keperluan lain lagi lah. Semua nya mahal tau. Lebih-lebih lagi kalau barangan tu berjenama. Boleh buntang biji mata tengok harganya. Jadi… Untuk lebih penjimatan, memang korang kena shopping dekat Lazada The Big Baby Fair sebab diskaun sehingga 80% tu. Memang jimat sangat ni.

Tawaran Ekslusif


Haaaa… Tawaran ekslusif yang aku maksudkan ni, korang akan dapat banyak kelebihan kalau shopping dekat Lazada The Big Baby Fair. Antaranya:

  • Penghantaran Percuma. Memang dah jimat kos shipping ni sebab kos shipping pon dah naik.
  • Tawaran Combo
  • Baucer… Dah murah, tambah murah lagi kalau ada boucer.
Yang paling menarik dalam tawaran ekslusif ni, The Big Baby Fair ada menawarkan Panduan Bersalin untuk bakal-bakal ibu dan juga Milk Formula Guarantee atau Jaminan Formula Susu. Wahhh… Kalau beli susu ada jaminan lah. Bagus sangat ni.

Contest Untuk Followers Media Sosial Lazada


Sambil membeli belah, korang boleh jugak join contest yang di anjurkan untuk pengikut-pengikut media social Lazada. Hadiahnya pon boleh tahan best jugak. Caranya mudah saja:

  • Muat naik gambar bayi korang yang bertemakan "Candy Land" dengan cara yang paling kreatif di Instagram (account IG kena set to public yer) dan masukkan #BigBabyCandyLand dan #BigBabyFair dalam kapsyen! 
Hadiah utama yang ditawarkan adalah 5 x RM 1000 dan saguhati pula 20 x RM 200 Big Baby Fair Baucer untuk dimenangi. Memang rezeki betul lah siapa yang menang ni.

Dah... Apa tunggu lagi. Pergi shopping cepat. Tinggal berapa hari jer lagi ni untuk dapatkan barangan keperluan anak dengan diskaun sehingga 80% dan juga tawaran ekslusif lain. Bila lagi nak dapat diskaun macam ni. Dah lah penghantaran pon percuma. Rugi kalau tak shopping. Cepat masuk link ni [https://www.lazada.com.my/pages/big-baby-fair/?hybrid=1]




Gorgeous and Luxurious Blooms from A Better Florist

$
0
0
Want to be able to send gorgeous, luxurious flowers to your loved ones, without breaking the bank? A Better florist is the key! This is a Malaysia flower delivery that has recently charmed their way into the hearts of a lot of customers as the best florist in Malaysia. Keep on reading to find out more about the latest sensation in Malaysia’s floral industry, and why this florist is the one you can always count on.


They didn’t come out of nowhere. This florist started as the best florist in Singapore, and due to their flower delivery Singapore loved, they quickly expanded and now they are everywhere. From a Hong Kong flower delivery to a flower delivery Dubai has, they have it all. But why is everyone in love with this florist? 


Their revolutionary and creative floral arrangements are breathtaking. Everything from funeral flowers to grand opening flowers tells its own story and it’s beautifully crafted with every single detail in mind. They are a cut above the rest when it comes to design  and imagination. Their experienced team knows exactly how to create funeral flowers, birthday flowers, Christmas flowers, whatever you can think of. 


But this isn’t just any flower shop, they can also be considered a gift shop. Offering a gorgeous fruit basket collection as well as hamper collection, they make sure that you always have everything you need to surprise your loved ones. Whether it’s a get well soon hamper, or a baby hamper, you can buy one immediately, or even give your own ideas so they create a new one, with you in mind. They don’t just offer an exquisite fruit basketcollection, but they are willing to help you bring your ideas to life. 


Everything can be found in their online flower shop, or if you prefer you can visit them in person. Most of their current customers enjoy being able to shop online, wherever they are and whenever they need quick and beautiful flowers. They have a same day flower delivery, which is free, and not charged. If you want the flowers to arrive within an hour, you can pay extra for their express delivery. 


This revolutionary florist is definitely on top of all the lists in Malaysia, but they are also successful as a flower delivery UAE loves, an incomparable flower delivery Hong Kong uses frequently. Being known as the best florist in HK but also as the best florist in Kuala Lumpur, has only enabled them to expand and improve. If you love to shop and support businesses who truly care about their customers, and tailor their businesses according to what customers want, you’re going to enjoy A Better Florist. 



Tragedi 2 April 2018 | Kaki Kena Jahit!!!

$
0
0
Tragedi 2 April 2018 | Kaki Kena Jahit!!! |  Tak ada pasal cari pasal namanya ni. Dah tua-tua ni pulak nak kena berjahit bagai. Masa zaman kanak-kanak dan remaja tak ada pulak kena macam ni kan. Benda yang berlaku pon secara tiba-tiba dan kau tak expect pon akan jadi sampai macam tu sekali. Tak terjangkau dek akal yang kaki akan kena jahit sebanyak 2 jahitan. Macam mimpi pon ada rasanya. Betul ker apa yang aku sedang alami ni... ppffttt...


Tragedi 2 April 2018 | Kaki Kena Jahit!!!


Kisahnya lah kan. Isnin bersamaan 2 April 2018 aku cuti. Sebab tadika and nursery tutup sempena cuti peristiwa untuk hari sukan tadika PASTI yang berlangsung pada 1 April. Petang tu husband ajak tukar tayar and cuci kereta sekali. Biasalah kan... Kereta #makanakempat. Macam-macam khazanah ada dekat dalam tu. Konon nak buang lah sampah yang ada dalam kereta tu. Aku duduk kat belakang. Maklumlah... dah lama tak jadi co-pilot. Tengok dekat bawah seat kereta ada benda.

Punya lah malas nak tunduk and ambil pakai tangan kan. Lagi pon tak sampai. Aku pon julur kaki dekat bawak seat kereta tu. Sekali masa nak tarik kaki keluar... Zapppppp... Bunyi dah macam kena hirisan. Kaki tersagat dekat besi seat kereta. Tersentap jugak lah. Masa tarik tu nampaklah luka bergaris. Ingatkan luka sikit jer. Alaaaa... Luka yang macam bergaris tu. Masa tu tak rasa sakit lagi. Sekali bila dah start berdarah and aku tekap dengan tisu. Tu dia... Dah mula terasa kepedihan, kesakitan dan kebisaannya. Sakit woihhh!!

Bengkak dan terkoyak

Aku tekap tapi tak tengok luka tu macam mana sebab ingatkan luka bergaris jer. Sekali bila tengok balik luka... Perghhh... Bukan sebarang luka. Luka tu terbelah dan dalam. Aku tengok kulit kaki yang tegang tu dah terkulai lembik dan kau boleh selak. Time ni aku memang dah cuak giler. Tunjuk luka tu dekat hubs. Dia kata macam kena jahit ni. Lagi lah aku berdebar. Nak takutkan aku lah tu kan. Lepas tu dia cakap boleh gam kot. Lega lah sikit dengar. Terus dia ajak pergi klinik.

Sampai klinik tak tunggu masa lama. Masuk jer bilik doctor terus tunjukkan kaki yang luka tu. Doctor cakap macam nak kena jahit ni. Kalau nak gam pon boleh jugak. Erkkk... Macam tak confident pulak. Doctor tu panggil Doctor lain untuk tengok kan. Aku pon tak sure itu doctor or nurse or medical assistant. Bila dia tengok, hurmmm... Ni kena jahit ni sebab nampak terkoyak tu, Kalau nak gam takut nanti terbukak and boleh jadi infection. Sebab kaki kan banyak pergerakan. Jadinya... Nak tak nak, kaki aku kena jahit jugak. 

Cuak jangan cakap lah. Pada hal sebelum ni pernah jer kena jahit empat kali. Kena jahit masa bersalin tu lah. Jahit untuk luka Episiotomy... Hahaha... Tu yang aku think positive.. 'Alaaa... kena jahit masa beranak pon kau boleh tahan tak kan kena jahit kaki ni pon kau nak takut kan'... Haaaa... Sampai macam tu sekali aku psycho diri sendiri supaya ketakutam tu hilang. Bukan jahit banyak pon. Kena dua jahitan jer. 

Sebelum nak mulakan proses menjahit tu, aku kena cucuk ATT atau kancing gigi. Iyerlah... Takut jadi apa-apa kan. Takut jangkitan kuman Tetanus yang boleh menjangkiti luka. Lagi pon luka koyak tu sebab kena besi. Besi tu pon kita tak tahu berkarat ke apa kan. Memang bahaya. Maka bertabahlah aku kena cucuk kat tangan. Bersiap sedia untuk dicucuk dekat kaki pulak 

Dah siap semua kelengkapan menjahit, maka doctor pon mula menjalankan tugasnya. Dicuci luka tu dulu dengan antiseptik. Lepas tu doctor start cucuk ubat bius. Allahu... Dah lah dicucuk dekat dengan tempat koyak tu. Berganda sakitnya. Lepas tu doctor spray dengan ubat apa entah. Rasa sejuk jer. Lepas tu dah tak rasa apa dah. Ubat bius dah mula menjalankan operasi gamaknya. Memang tak rasa apa masa doctor tu menjahit.

Sempatlah aku suruh hubs rakam. Memori gittew kan. Kalau nak ikutkan dia tak nak. Cuak lah tu yerp... Hehehe... 1st time jugak lah aku tengok proses menjahit luka koyak tu macam mana. Masa jahit luka episiotomi tengok jugak tapi tak nampak kan... kahkahkah... Ingatkan macam jahit baju. Straight jahit pakai benang panjang. Rupanya di jahit satu-satu. Lepas jahit satu, diikat mati. Then sambung jahit lagi sampai kau kena berapa jahitan. Ngeri jugak kalau tengok video tu. Ada aku share dekat IG ☺

Ubat tahan sakit and ubat sapu

Doctor bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu. Masih rasa sakit lagi lah kalau terkena luka tu. Esok kena datang lagi. Kena  buat dressing pulak. Maknanya kena cuci kan... Huhuhuhu... Takut dah nih. Lepas tu lagi 10 hari datang lagi untuk cabut benang. Aku ingat benang yang boleh lupus sendiri. Rupanya benang kena cabut. 

I is seram... uuwwaaaa...

Bila kaki dah berbalut ni kan, baru lah kau nak cari info pasal solat untuk orang yang tercedera dan berbalut kakinya. Ada hikmah nya juga. Bila tak pernah kena kan. Bila dah kena, baru nak cari info Daripada kau tak tahu jadi tahu #selfremind. Tak ada masalah kalau nak solat dengan kaki berbalut. Ambil air dan sapu atas balutan tu. Kita amik wudhu' macam biasa jer. Ismlam itu mudah kan ☺

Note: Fobia dah aku bila tengok seat kereta tu... ngeee... Tempat cucuk ATT tu pon bengkak ni.. hurmmm...

.

Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018

$
0
0
Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018 | Baru-baru ni aku dijemput untuk menghadiri fashion show yang di anjurkan oleh Butik Tateh yang bertempat di Mega Glory Hall, Bangi. Ianya merupakan majlis tertutup. Memang tak terlintas difikiran pon yang aku akan menyaksikan pertunjukan fashion show sebab ini adalah pengalaman pertama. Setakat fashion show dalam TV tu biasalah tengok… Hahaha… Tapi fashion show ni lain sikit sebab membabitkan model kanak-kanak yang memperagakan barangan bayi dan kanak-kanak serta model untuk baju ibu mengandung. Memang Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018 ni.


Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, mungkin ada yang tak familiar lagi dengan Butik Tateh ni. Kalau korang nak tahu, Butik Tateh ni merupakain sebuak kedai yang menawarkan pelbagai produk bayi yang berkualiti, produk penyusuan dan pakaian, peralatan pemakanan bayi, mainan Pendidikan dan banyak lagi untuk memenuhi keperluan ibu bapa diluar sana. Butik Tateh sudah beroperasi hampir 6 tahun sejak pembukaan nya pada Jun 2012. Dan ianya semakin berkembang dengan pembukaan 13 lagi cawangan.

Bergambar dulu dekat photobooth ☺

Sweet treat untuk budak-budak

Pelbagai Pilihan Jenama Dan Pakaian Sempena Tateh Fashion Show 2018


Tujuan Fashion Show ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Koleksi Baju Raya 2018 atas jenama Tateh sendiri iaitu Tropika Raya Tateh. Selain daripada itu, ianya juga bertujuan untuk meraikan pelanggan setia Butik Tateh yang banyak menyokong sejak butik Tateh mula dibuka. Majlis yang berlangsung dengan meriah dengan kehadiran para tetamu dimulakan dengan bacaan doa oleh seorang Ustaz.

 Tateh Koleksi Raya Tropika dan Storksak Kids Zip Zoe Bag

 Storksak Diaper Bag

Pertunjukan Fashion Show Butik Tateh 2018 dimulakan dengan koleksi pakaian kanak-kanak dari jenama Tateh Koleksi Raya Tropika. Memang comel-comel baju yang diperagakan. Diikuti dengan jenama Storksak Kids Zip Zoe Bag. Cantik bag-bag ni. Disusuli pula dengan jenama Storksak Diaper Bag. Macam-macam pilihan dan semuanya cantik. Kemudian jenama Fathiyah Dream. Seterusnya dari Eiman Kurta. Diikuti oleh koleksi baju mengandung dari 40 Weeks Collection dan fashion show diakhiri dengan jenama Fathiyah Dream Baju Raya.

Fathiyah Dream

Eiman Kurta

Selain daripada jenama-jenama yang disebutkan ini, Kejayaan Butik Tateh Fashion Show 2018 yang pertama kali dianjurkan juga adalah dari kerjasama penaja-penaja lain seperti Tropika, Ning Salmah, Como Tomo, GabaG, Mimosa, MakYang, Pump It, Eiman Kids, Doo Deen, Baby King, Zip Zoe Bag Malaysia, Fizah Shower Baby Headband, Babylisious, Ajwa Bakery, Voo Voo, Kolok Ibu, Cik Gebu, 40 Weeks Pregnant, Storksak Malaysia, El Zahra Kids by Olemera, SofiSofian Gift, Sunny Beam, Ibu Sue, Ku-Ku Duckbill,Babymel London dan Fathiyah Dreams.


Overall Butik Tateh Fashion Show 2018 ni memang meriah habis. Macam-macam gaya dan aksi model-model cilik ni menggayakan pakaian. Ada yang sampai tertidur. Ada yang malas nak berjalan. Ada yang excited. Semuanya comel-comel. Memang pengalaman berharga bagi aku lah yang pertama kali menyaksikan Fashion Show ni... hehehe… Oh! ya.. Terdapat beberapa booth jualan yang dibuka semasa event berlangsung. Sambil tengok fashion show, sambil cuci mata gittew kan.

Tahniah buat warga kerja Tateh kerana berjaya menganjurkan Butik Tateh Fashion Show 2018 buat pertama kali dengan jayanya. Bukan senang nak handle model-model cilik ni tau. Semoga Butik Tateh terus berkembang maju dan lebih dikenali dengan memperluaskan lagi cawangannya di luar negara barangkali.. hurrmmm... Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari:




Vivo Dials Up the Excitement for 2018 FIFA World Cup™ in Malaysia

$
0
0
Avid football fans can now rejoice as Vivo is bringing the football frenzy that 2018 FIFA World Cup™ to its customers across the country. As the official smartphone sponsor for the FIFA World Cup™ 2018 and 2022, Vivo is reaching out to local fans of the largest football competition through a series of initiatives, which include sending a customer on an all-expense paid trip to Russia to catch the 2018 FIFA World Cup™ with Janna Nick, Vivo’s brand ambassador, and other exciting on-ground activities.

(From left) Raf Yaakob, Vivo's Football Icon; Janna Nick, Vivo's Brand Ambassador, Mike Xu, Chief Executive Officer of Vivo Malaysia and Alvin Chong, Vivo'sMusic Icon at the kick-off event for Vivo's FIFA World Cup campaign

Commenting on Vivo’s local push for the upcoming 2018 FIFA World Cup™, Mike Xu, Chief Executive Officer of Vivo Malaysia said, “Football is a sport full of passion and excitement, and it is one of the few things that bring Malaysians together through the love for football. Through our line-up of online and on-ground activations, we are looking to amp up the excitement for the 2018 FIFA World Cup™ and bring football fans together to celebrate one of the largest sporting events in the world.”

 “Vivo’s presence at the FIFA World Cup is an opportunity for us to bring our personalized, energetic and youthful spirit into the sport of football, whilst enabling us to engage with more young people locally and globally,” Xu added.

Selfie Your Way to Russia with #FIFANtastic


Taking a selfie has never been so rewarding! With the brand being synonymous to selfie-taking, Vivo is running the #FIFANtastic contest, whereby one customer with a winning selfie will score an all-expense paid trip catch a World Cup match in Moscow, Russia with Janna Nick, Vivo’s brand ambassador. The winning customer will also be enjoying a ‘backstage’ experience where they can stand a chance to see their favourite footballer from a closer proximity, as well as relishing a trip around Moscow.

From 7 April to 6 May 2018, customers can post a selfie that features elements of FIFA and Vivo V9 on either their Facebook or Instagram account with a set of designated hashtags. They are also required to ‘Like’ and share Vivo’s FIFA-related social media posts to participate in this contest. The one with the most creative selfie will win this once in a lifetime opportunity of catching a football match with Janna Nick. 

Engaging Football Fans Through eSports


With esports gaining grounds in Malaysia, Vivo is partnering with Astro through eGG Network to run a FIFA 18 video game tournament, bringing together both the football and esports craze on one exciting platform. Covering key cities across Peninsular Malaysia, football games enthusiasts will battle it out for a chance to win two tickets to watch the semi-final match at the 2018 FIFA World Cup™, along with other attractive prizes and official World Cup merchandises. Dates and venue for these tournaments are as follows:

  • PENANG : 13 – 15 April 2018, Sunway Carnival Mall
  • MELAKA : 27 – 29 April 2018, Dataran Pahlawan Melaka Megamall
  • PAHANG : 4 – 6 May 2018, Kuantan City Mall
  • KLANG VALLEY : 11 – 13 May 2018, Sunway Pyramid
In addition to the tournament, there are other exciting activities on-ground which will surely delight both football fans and everyday customers alike.

Meet Raf Yaakob – Vivo’s Football Icon


(From left) Mike Xu, Chief Executive Officer of Vivo Malaysia,Janna Nick, Vivo's Brand Ambassador, Alvin Chong, Vivo's Music Icon and Raf Yaakob, Vivo'sFootball Icon at the kick-off event for Vivo's FIFA World Cup campaign

Part of the brand’s efforts to bolster its customer engagement initiatives, Vivo has named Raden Ahmad Faizal Yaakob, or more popularly known as Raf Yaakob as the Vivo’s Football Icon, adding to its solid line-up of brand personalities. The actor and TV host is no stranger to the local football scene, being the president of Manchester United Malaysian Fan Club and an avid footballer himself. Raf will participate in Vivo Malaysia’s FIFA World Cup™-related marketing, communication and promotional programmes, along with the rest of Vivo Malaysia brand ambassadors.

Vivo announced its agreement with International Federation of Association Football (FIFA) to sponsor the FIFA World Cup for six years in May 2017, covering two tournament cycles where Vivo will become the official sponsor of the 2018 and 2022 FIFA World Cup™, as well as FIFA Confederations Cup. Sponsorship of the FIFA World Cup is in-line with Vivo's progressive expansion into the international marketplace.

For more information and constant updates on Vivo Malaysia’s FIFA World Cup™ activities, check out Vivo’s Facebook page at https://www.facebook.com/vivoMalaysia



Selamat Tambah Umur Iman Qhalif!!

$
0
0
Selamat Tambah Umur Iman Qhalif!! | 12 April 2012 - 12 April 2018 = 6 Tahun. Alhamdulillah... Genap 6 tahun dah usia anak nombor tiga ni. Unexpected baby. Umur jer bertambah. Tapi badan maintain kecik tak besar-besar pon. Makan pon boleh lah tahan banyak juga. Tapi tu lah... tak besar-besar jugak. Mungkin nak kena sunat dulu baru badan tu naik kot. Tak pon nak kena bagi ubat cacing gamaknya ni. 


Perkembangan setakat umur 6 tahun ni macam biasalah. Sama jer macam budak-budak sebaya yang lain. Dari segi tingkah laku, Qhalif ni boleh bergaul dengan semua orang. Dengan budak lebih umur dari dia pon dia kawan. Kiranya independent jugak lah. Tak ada nak duduk bawah ketiak mak abah sentiasa. Relax jer duduk rumah opah & atuk 3-4 hari. Selamba jer ikut kakak aku jalan-jalan balik kampung. Aku pulak yang risau terlebih. Rasau takut malam-malam cari ibu abah ke kan. Tapi tak pun.



Kalau cuti sekolah aku tak hantar daycare pon. Start dari cuti sekolah last year. Sebab dia tak nak. Secara tak langsung dapat bejimat jugak. Jadinya duduk lah dia dengan abang kimi dengan kakak qahirah kat rumah tu. Macam tak percaya jugak dalam usia macam tu dia dah boleh diharap untuk duduk rumah. Cuma harap abang dengan kakak jer lah. 

Antara pe'el yang aku tak tahan dengan anak soleh ni... Suka menyakat. Geram jer rasa tau. Paling dia suka sakat ialah si adik. Allahu... Terjerit-jerit dan menangis budak Harraz tu dikerjakannya. Dengan kakak qahirah pon macam tu jugak. Suka bergaduh dan menyakat. Macam tak boleh dekat diorang ni. Ada jer yang tak kena. Mungkin sebab jarak kelahiran tu tak jauh beza. Gap 2 tahun je. Tu yang panas memasing. Memang menguji kesabaran betul lah kalau dah bergaduh.


Macam mana pon perangai awak, Ibu tetap sayang. Selamat Hari Lahir yang ke 6 Semoga membesar sebagai khalifah yang beriman dan berakhlak, bijak pandai, sihat tubuh badan dan semoga sentiasa dalam lindungan Allah 💋🎂🎈🎉



Merawat Batuk Dan Selsema Bayi Dengan NARINAR FLUtherapy

$
0
0
Merawat Batuk Dan Selsema Bayi Dengan NARINAR FLUtherapy | Menjadi seorang ibu ni bukan sesuatu yang mudah ye. Banyak cabaran dan dugaan dalam membesarkan anak. Terutama sekali penjagaan untuk anak dalam fasa yang berumur sebulan hingga 2 tahun dimana antibody mereka belum cukup kuat untuk melawan penyakit. Tambah membimbangkan dalam tempuh tumbesaran tu, anak diserang demam, selsema dan batuk. Pemberian ubat adalah tidak sesuai untuk umur dibawah 2 tahun. Jadi… untuk mencari alternative, ada juga rawatan tanpa menggunakan ubat untuk Merawat Batuk Dan Selsema Bayi Dengan NARINAR FLUtherapy.

Boleh baca: Natural Remedy Untuk Hilangkan Batuk Bayi


Bila bercerita mengenai batuk dan selsema ni kan, teringat peristiwa masa Iman Harraz berusia 4 bulan. Beliau diserang dengan bronco pneumonia sehigga dimasukkan ke ward hampir seminggu. Satu pengalaman yang agak ngeri juga lah bagi aku. Sebab tu bila Harraz start batuk dan selsema aku mula risau. Takut kejadian lama berulang kembali. Kalau anak korang ada selsema atau batuk ni, korang boleh cuba petua hilangkan batuk dan selsema denga Narinar Flutherapy. Mari aku kongsikan apa yang best dengan Narinar Flutherapy ni.

Boleh baca: Pneumoni | Doakan Iman Harraz Cepat Sembuh

Mengenai Narinar


Ianya diasaskan oleh Pn. Shazren Shah atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Erin yang juga merupakan pengarah Urusan Syarikat Narinar Group Sdn Bhd. Narinar ditubuhkan bukan sekadar untuk mengasaskan produk semata-mata. Tapi berdasarkan pengalaman anak Pn. Shazren sendiri yang menghidap sakit kronik. Bermula dari situ beliau menggunakan formulasi Narinar secara konsisten dan menjumpai solusi terbaik melalui pati tumbuhan dan bungaan yang digabungkan dengan Teknik terapi urutan atau sentuhan sehingga beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Aromaterapi.

Kelebihan Narinar Flutheraphy


Tak perlu risau mengenai produk Narinar adalah 100% Natural dan Bebas Bahan Kimia kerana ianya diperbuat dari Pati tumbuh-tumbuhan dan bungaan sedar. Ia juga selamat digunakan kerana sudah melalui tiga siri ujian penyelidikan bersama UPM juga Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) bagi memastikan tahap keselamatannya. Kelulusan KKM juga telah diperolehi dan terbukti selamat untuk digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Terdapat 3 jenis produk yang dikeluarkan oleh Narinar iaitu:

  • NARINAR FT FLUtherapy
  • NARINAR TT Tummy Therapy
  • NARINAR ST Sleep Therapy

NARINAR FT FLUtherapy



Berfungsi untuk mengurangkan simptom batuk dan selsema. Memang aku tak suka betul kalau anak kena batuk dan selsema ni. Diperbuat daripada bahan semula jadi iaitu gabungan minyak pati asli seperti lavender, lemon dan pudina. Yang istimewanya, ia turut mengandungi gam arab (Boswellia Carteri) yang bagus untuk kesihatan. Lepas ni tak payah nak cuba petua hilangkan batuk dan selsema sebab dah ada NARINAR FLUtherapy ni.


Cara Penggunaan pula dengan titiskan dua hingga empat titis di tapak kaki dengan menggunakan teknik Vitalex, dada dan belakang badan. Teknik Vitalex ni perlu urut pada point saraf yang tertentu saja. Calit nipis di hidung jika hidung tersumbat. Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk 2 jam. Selepas selsema atau batuk berkurang, jarakkan kekerapan. 


Untuk demam pula, boleh lakukan sama macam teknik batuk dan selsema. Titiskan satu hingga dua titis di pelipat kaki dan tangan serta titiskan dua hingga empat titis disepanjang tulang belakang. Boleh rujuk video dari Sentuhan Ibu ni.

NARINAR TT Tummy Therapy



Ianya sangat sesuai untuk bayi kembung perut atau perut tak selesa. Diperbuat dari gabungan 100% ekstrak pati aloevera, serai wangi, lemon dan pudina yang sangat segar untuk kelegaan segera dari perut kembung, sembelit dan cirit birit di sampaing sesuai digunakan untuk melindungi kulit dari gigitan serangga.

Cara pengguaan pula, jika sembelit.. titiskan dua hingga empat titis dan urut lembut perut secara membulat ikut pusingan arah jam. Untuk cirit birit pula, titiskan dua hingga empat titis dan urut lembut perut pusingan lawan arah jam. 

NARINAR ST Sleep Therapy



Ini untuk anak yang ada masalah untuk mendapat tidur yang lena. Dikhususkan untuk memberi ketenangan pada bayi dan anak-anak kecil. Ianya gabungan 100% pati semulajadi dari ekstrak lavender, epal hijau, oren, bunga chamomile dan bidara. Sesuai juga untuk ibu bapa yang ingin melegakan tekanan/stress dengan segera kerana aromanya yang segar dan menenangkan sangat membantu hormon dalam badan menyeimbangkan emosi diri dan anak-anak.


Cara penggunaan pula. Titiskan satu hingga dua titis di tangan dan sapu di titik nadi pergelangan tangan dan juga belakang telinga. Urut lembut di bahagian tengkuk serta sapukan juga di bahagian tapak kaki.

Testimoni Narinar


Memang ketiga-tiga produk ini sangat best kerana ia merupakan produk bayi organik yang boleh merawat kembung perut, hilangkan batuk bayi, merawat selsema dan macam-macam lagi lah. Dan baunya sangat lah wangi dan segar. Aku sendiri sudah merasai keberkesanannya selepas mencuba pada Iman Harraz baru-baru ni bila Harraz diserang demam. Yang hairannya, asal malam jer badan dia dedar.

Bila anak dah start demam ni memang aku risau betul lah. Terus titiskan minyak NARINAR FLUtherapy. Dah dua tiga hari jugak lah badan Harraz dedar on and off.  Memang dalam tempoh tu aku tak putus sapu minyak NARINAR FLUtherapy. Alhamdulillah... setakat pagi ni dah tak demam. Bila dah demam, mesti lah dengan package selsema juga kan. Tapi mungkin aku kerap sapu  NARINAR FLUtherapy tu, selsema dia tak teruk lah. Tak ada lah sentiasa meleleh. Pagi ni pon nampak macam dah kering. Memang terapi selsema bayi lah ☺

Packaging nya pon comel jer dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Memang korang patut cuba produk NARINAR THERAPY ni. Harga untuk sebotol 10ml berharga RM59.00 sahaja. Atau korang boleh beli NARINAR T-Series) Pack Combo dengan harga RM159.00. Kalau nak tah lebih lanjut mengenai produk atau nak buat pembelian, boleh layari:





Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW

$
0
0
Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW | Seperti yang kita sedia maklum, Earth Day atau Hari Bumi disambut setiap tahun pada tarikh 22 April. Tahu tak.. Earth Day atau Hari Bumi diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kita kepada alam sekitar. Jadinya.. Bersempena dengan Earth day 2018, aku dan anak-anak telah dijemput untuk memeriahkan majlis mengenai tutorial dan juga demonstrasi berkenaan dengan  bagaimana cara penanaman sayur Bayam secara Hydroponic yang bertempat di Tropicana City Mall untuk kempen GROW.


Tutorial Dan Demonstrasi Tanaman Hydroponic Melalui Program GROW 


Tropicana City Mall dan The Mines Shopping Mall dengan sukacitanya mengumumkan mengenai pelancaran kempen GROW di Tropicana City Mall dimana tujuannya untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim supaya meraka dapat menikmati dan merasai faedah sebenar dari alam sekitar dengan  membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan memupuk kanak-kanak mencintai alam semula jadi. 

Anak dara dan hasil tuaian dalam Rumah Hijau

Anak bujang dan hasil tuaian dalam Rumah hijau

Ini merupakan sebahagian daripada siri pertama GROW sepanjang tahun di Tropicana City Mall dengan kerjasama Oliver Gourmet untuk berusaha meningkatkan kesedaran mengenai hydroponic dan persekitaran yang lebih hijau. Aktiviti GROW ni melibatkan siri penanaman organic oleh kanak-kanak di rumah hijau yang disediakan dengan menuai hasil sayuran dan menanam barisan sayur baru di rumah hijau.

Professor Kajen

Memang seronoklah anak-anak dapat menuai sayur-sayur bayam yang segar dari rumah hijau tu. Sebelum aktiviti GROW dijalankan, kami telah diberi penerangan dan tunjuk ajar oleh Professor Kajendiran Latchmanan yang merupakan seorang professional landscaper mengenai cara-cara penanaman sayur menggunakan sistem hydroponic. Terdahulu pada tarikh 24 March bertempat di The Mines, 50 pelajar yang berumur 5 hingga 12 tahun dari Global Modern International School dan Wendy Montessori telah menanam benih di rumah hijau menggunakan sistem Hydroponic.

Benih Sayur Bayam

Lepas dah tuai, kita tanam balik benih untuk sayur yang baru ☺

Kempen siri kedua GROW di The Mines pula diadakan pada 20 April dimana anak-anak yang sama menanam benih pada 24 March yang lalu kembali untuk menuai sayuran dengan bantuan dari Oliver Gourmet. Mereka akan membuat pembungkusan sayur-sayuran untuk dijual di Oliver Gourmet dan hasil dari penjualan sayur-sayuran tersebut akan didermakan kepada organisasi amal.

Beratur hantar hasil tuaian untuk dijual 

Sayur Bayam yang sangat fresh hasil dari tanaman hydroponic

Sementara itu, Pengurus Komunikasi Pemasaran, Ms. Puline Lim berkata, The Mines Shopping Mall dan Tropicana City Mall sangat gembira untuk bekerjasama dengan Oliver Gourmet dalam kempen GROW yang mensasarkan untuk memupuk generasi muda mengenai perubahan iklim supaya meraka dapat menikmati dan merasai faedah sebenar dari alam sekitar dengan  membangunkan kemahiran berkebun di kalangan kanak-kanak dan memupuk kanak-kanak mencintai alam semula jadi.

Pengarah Urusan Gourmet Oliver, Mr. Tham Oi Loon dan Pengurus Komunikasi Pemasaran, Ms. Puline Lim

Manakala Pengarah Urusan Gourmet Oliver, Mr. Tham Oi Loon berkata, sebagai penjual tempatan mereka bangga menjadi sebahagian daripada program yang memberikan manfaat kepada masyarakat dan juga  dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan. 

Memang segar dan cantik sayur bayam ni. Frust sebab tak sempat nak beli. Nanti nak per gi Oliver Gourmet  lah ☺

Bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2018, ahli-ahli CapiStar akan diberi ganjaran dengan 500 STAR$ dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM30 termasuk mana-mana produk GROW dari Oliver Gourmet di Tropicana City Mall dan The Mines. Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Facebook




Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack'

$
0
0
Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack' | Baru nak start update entry secara konsisten *konon*. Last update hari ahad 15 April. Actually PC tak boleh start lepas 2 kali power trip petang selasa last week. Rabu pulak ada training dekat Solaris, Dutamas. Khamis sepatutnya training jugak tapi ada perkara berlaku yang aku nak ceritakan lah ni. Jumaat bersamaan PC still tak boleh on. ICT kata nak datang. Tapi person incharge MC pulak. Isnin baru PC ok. Semalam baru start update job entry. Bukan main panjang lagi mukadimah kau kan. Dan entry Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack'  ni pon memang panjang.

Google pic

Waspada Dengan Serangan 'Panic Attack' 


Ok... Aku nak cerita berkenaan dengan serangan Panic Attack yang berlaku pada aku masa hari Rabu petang. Mesti korang tak pernah dengar pasal Panic Attack kan. Sebab aku pon baru tahu dari my colleague bila husband dia kena serangan ni beberapa bulan lepas. Kena masa tengah menunggang superbike. Secara tiba-tiba rasa susah nak bernafas and rasa nak pitam. Nasib husband dia sempat berhenti dekat petrol station and minta bantuan. Dari simpton-simpton yang dia cerita, memang sama dengan apa yang aku alami. 

Kisahnya... On the way nak balik lepas habis training. Dari solaris tu naik shuttle bus. Tiba-tiba masa tengah duduk tu... Aku rasa degupan jantung aku dah start laju. Nafas dah rasa macam pendek. Rasa susah nak bernafas. Badan dah mula rasa macam seram sejuk. Dah rasa macam nak pitam. Tapi aku relax. Tarik nafas panjang-panjang and hembus ikut mulut. Aku menunduk sebab nak bagi body aku back to normal. Aku makan roti yang ada inti kacang merah. Aku sapu EO Calming blend dekat hidung, pergelangan tangan and kening. Ok... Rasa macam lega sikit.

Sampai jer KL Sentral, terus beli tiket and tunggu train. Masa ni ok lagi. Boleh borak-borak lagi dengan member office, Sabrina (Sab). Masa ni benda tu datang balik. Aku dok calit-calit minyak EO tu supaya aku tenang. Mengunyah roti. Tarik nafas dalam-dalam. Borak macam biasa sebab aku tak nak benda tu kawal aku. Masuk jer dalam train aku dah rasa serangan tu datang balik. Tapi aku still borak macam biasa sebab tak nak layan serangan tu. Tapi tak boleh. Aku minta gula-gula dengan Sab. Nasib dia ada.

Google pic

Aku cakap dengan Sab.. 'Aku rasa macam nak kena low blood lah sab. Sebab minum white coffie 2 cawan tu ke?' Sab tengok aku dah semacam. Dia suruh aku tidur. Tapi tak boleh tidur pon. Aku pejam mata tapi still rasa nafas pendek. Tak boleh nak bernafas. Kaki tangan dah mula rasa kebas. Aku dah rasa lain macam sangat. Rasa nak nangis pon ada sebab aku rasa macam NYAWA AKU NAK KENA TARIK. Dalam masa yang sama, aku masih mengunyah gula-gula. Mana tahu kurang gula dalam darah kan.

Start tu aku dah fikir yang bukan-bukan. Aku nak mati dah ke? Harraz buar perangai lately sebab dia tahu aku nak pergi ke? Sebab dah 2 minggu ni dia banyak buat perangai. Teringat dekat mak.. dekat mertua sebab aku rasa macam aku bukan anak dan menantu yang baik. Sampai macam tu sekali aku fikir. Perasaan takut sangat nak mati tu memang tak boleh nak digambarkan. Allahu... Jangan lah tarik nyawa aku dulu. Bagi lah aku peluang. Doa... istighfar tu je lah yang aku mampu selain dari mengucap. If betul-betul nyawa aku nak kena tarik kan. 

Dalam train tu memang aku dah tak senang duduk. Aku risau aku pengsan. Lagi takut kalau aku MATI. Tak habis-habis aku calit EO dekat nadi tangan, hidung, kening, nadi belakang telinga and tengkuk. Serious... Serangan Panic Attack ni buat kau tak boleh bernafas, badan seram sejuk, rasa darah naik kepala, rasa nafas pendek. Tangan and kaki rasa kebas dan rasa kau macam nak mati dah. WhatsApp husband bagitau keadaan aku. At least dia tahu kalau jadi apa-apa kat aku. Dan aku bagitahu nak pergi klinik terus. 

Google pic

Alhamdulillah... Aku boleh control lagi serangan tu even nafas aku masih tak cukup. Sampai dekat Station  UKM, dah rasa ok sikit. Tengok anak-anak dalam kereta tu rasa insaf. Macam mana lah kalau aku mati. Dengan layanan aku dekat anak-anak. Selalu marah-marah diorang. Teruknya rasa diri ni sebab masih tak boleh nak kontrol amarah bila anak-anak buat perangai. Bila dah jadi macam ni. buat aku sedar... Ada 4 amanah yang DIA bagi untuk aku jaga dan didik elok-elok. Apa pon perangai anak-anak atau seteruk mana pon anak-anak buat, kau kena terima sebab itu adalah UJIAN dalam membesarkan anak.*nangis*

Terus pergi klinik. Jumpa Doctor.. Cerita apa yang aku kena. Doctor Check BP (Blood Pressure) and gula dalam darah. Semua normal. Aku tanya doctor jugak sebab aku ada minum white coffee 2 cawan. Mungkin sebab itu ke? Tak jugak katanya sebab sebelum ni aku minum coffee tak ada apa pon. Dr kata mungkin kurang rehat. Doctor bagi ubat pening. Tapi aku tak pening pon. Dia kata kalau rasa nak pitam tu pening lah tu. Macam tak puas hati jugak dengan jawapan doctor tu. Cuma dia bagi MC sehari. Kalau ada rasa serangan yang sama. suruh datang lagi untuk follow up dengan pakar pulak.

Macam Mana Serangan Panic Attack Boleh Berlaku


Dari pembacaan, ianya berlaku bila kau terlalu stress atau banyak berfikir atau terlalu risau akan sesuatu perkara. Serangan Panic Attack ni boleh berlaku secara tiba-tiba. Time kau tengah duduk relax pon dia boleh datang. Macam yang aku kena tu lah. Serangan panik boleh menimbulkan fikiran negatif yang berlebihan terhadap satu gejala tubuh. Seolah kau rasa macam kena serangan jantung, jari-jari rasa kebas macam kena semut-semut tu. Rasa macam nak kena serangan stroke pon ada. 

Serangan panik boleh diumpamakan sebagai sebuah bola salji yang datang bergolek dan makin lama makin besar. Pesakit yang akan mengalami serangan panik biasanya mula merasakan terdapat sedikit perubahan dalam badan. Dari sini muncul minda psikologi negatif. Pesakit mula berasa cemas dan bernafas dengan cepat. Ini mengakibatkan meningkatnya CO2 darah dan menurunkan kadar pH darah. Kebanyakan info pasal Panic Attact ni dari negara seberang.

Untuk penerangan yang lebih jelas, aku PM Doc Khairul. Sebab aku nak tahu apa kaitan pernafasan atau susah nak bernafas dengn serangan Panic Attack ni. Katanya... Bila kena panic attack, body manusia akan activate sistem yang kita panggil Symphathetic Tone... Bila sistem ni di activate kan, ia akan merangsang jantung untuk mengepam laju, pernafasan jadi laju, kelenjar peluh membuka (boleh berpeluh), sistem saraf activate yang boleh rasa macam kebas tu.

Google pic

Sebenarnya, perubahan tu ialah respon body untuk bersedia sebarang kemungkinan (contohnya keadaan bahaya)... Tapi dalam Panic Attack, bahaya sebenar tak wujud, cuma perasaan/minda yang trick body untuk cetuskan Symphatetic Activity tu. Sebab tu lah aku fikir yang bukan-bukan. Iyerlah... Sebab susah nak bernafas. Bila dah berfikiran macam tu, memang perasaan takut tu datang sebab kau rasa macam nyawa nak kena tarik dah :-(

Rasa macam dah panjang sangat entry ni. Nanti aku shara tanda-tanda lain serangan Panic Attack dan macam mana nak handle bila kena serangan Panic Attack ni. Aku ingatkan low blood sebab masa pregnant kan Iman Harraz dulu aku pitam. Lebih kurang macam ni lah. Tapi bukan. Bila difikirkan balik, ini kali kedua aku kena. 1st time masa tengan drive. Tapi tak lama. Dalam 5 minit macam tu. Tapi kena yang kali kedua ni yang lama. On and off. Harap-harap serangan Panic Attack ni tak menyerang lagi lah hendaknya. Memang seksa kalau kena.

Note: Doa kan aku yer kawan-kawan. 


Bila #makanakempat Pergi Event Dengan Anak-Anaknya!!

$
0
0
Bila #makanakempat Pergi Event Dengan Anak-Anaknya!! | Bila kau pergi event dengan anak-anak sahaja. Perasaannya??? Allahu.. Memang menguji kesabaran mental dan fizikal betul lah. Ni kisah weekend hari tu. Sabtu Ahad aku busy dengan events. Hari sabtu event dekat Kajang untuk Babywearing Workshop di Fabulous Mom. Kira ok lah sebab dekat jer dengan rumah. Pergi dengan anak-anak sahaja. Qahirah, Iman Qhalif dengan Iman Harraz. Si abang tak pergi sebab si abah dah bagitau suruh dia duduk rumah saja.


Bila #makanakempat Pergi Event Dengan Anak-Anaknya!!


Dalam hati tu dok berdoa juga lah dengan harapan anak-anak tak buat perangai. Sampai dekat Fabulous Mom kira ok jugak lah sebab ada untuk kids corner. Tak ada lah anak-anak buat perangai sangat. Tapi tu lah. Si kenit ni tak reti duduk diam sangat. Ada jer benda yang nak diusiknya. Dah nama pon kedai kan. Penuh dengan barang. Aku pulak naik risau. Abang dengan kakak dah mula bersosial dengan kawan-kawan yang lain. Tak adalah nak mengacau sangat. Kira event dengan anak-anak hari sabtu tu berjalan dengan lancar.

Event hari ahad pulak. Kebetulan husband kerja. Nak on kan dia punya sistem pon ambil masa. Jadinya... Takut tak sempat nak sampai sebab event start pukul 10.00. Hubs just drop kan aku dengan anak-anak kat Tropicana City Mall untuk event GROW. Tak dapat lah dia nak join. Aku ok jer. Cuma risau jugak lah sebab tempat event tu open kan. 

Tapi memang mencabar jugak lah bila kau pergi event dengan anak-anak ni. Dengan kau nak ambil gambar. Dengan nak tengok anak lagi. Dengan anak tak reti duduk diam. Dengan sebelah tangan dukung anak sebelah tangan lagi ambil gambar. Wahh!! Hebat kan. Aku rasa macam 'SUPERMOM' betul lah 😄


Orang lain tengok nampak 'wow' . Tapi hakikatnya... Kau memerlukan kesabaran tahap langit ke tujuh. Pitching suara memang kena tinggi. Gasaklah orang nak cakap apa kan. Lebih-lebih lagi dengan anak soleh paling kecik yang tak reti duduk diam tu. Merayap kerjanya. Berlari-lari anak kau nak mengejar. Kepantangan dia adalah nampak air. Event GROW dekat dengan kolam. Kau rasa? Rasa nak nangis sebab dia nak main air and nak masuk dalam kolam tu. Nasib abang #imanhakimi tolong tengokkan adik.

AKu kira beruntung jugak lah sebab Iman Hakimi dah boleh harap jaga adik-adik. Boleh lah bawak adik dia si Qhalif pergi toilet. Tapi kadang-kadang merungut jugak lah. Sebab asyik dia jer yang kena tengok-tengok kan adik. Kenapa Qahirah tak tolong? Kau faham-fahamlah anak kedua kan. Suka buat hal sendiri jer. Ada masa dia tolong jugak. Cuma yang banyak nya si Abang lah. So far ini kali ketiga aku bawak anak-anak pergi event tanpa kehadiran suami. Tak serik kan even tahu betapa susah nya nak handle anak secara bersendirian. 

Note: Macam mana lah yang anak lebih dari 4 tu handle anak kan.. hurmmm...



Dilema Ibu Bekerja, Nursery Dan Cuti!!

$
0
0
Dilema Ibu Bekerja, Nursery Dan Cuti!! | Benda paling tak best bila hantar anak pergi nursery... Bila kau dapat message mengatakan yang anak kau salah seorang suspect pengidap jangkitan Kaki, Tangan dan Mulut (HMFD) dan kau diminta ambil anak secepat yang boleh. Time kau ada kerja yang perlu disiapkan, time tu juga dugaan datang. Hati memang tak tenang. Meronta-ronta rasa nak balik. Tapi... Kau kena siapkan kerja dulu. Nasib kebetulan hubs ada and boleh tolong ambilkan dulu sementara aku balik dari office. 


Macam mana boleh suspect HMFD? Sebab ada ulcer dekat pangkal lidah Harraz. Pagi rabu last week sebelum aku pergi office memang bawa Harraz pergi klinik dulu. Sebab merengek-rengek tak boleh tido. Dah 2-3 hari juga macam tu. Dr check... Tak ada demam. Tangan dan kaki pon tak ada naik bintik-bintik merah. Cuma ulcer dekat lidah saja. Dr pon ada cakap sekarang tengah musim HMFD. Rupanya bukan ulcer dekat pangkal lidah saja yang ada. 
.
Boleh aku tak perasan dan Dr sendiri pon tak nampak dekat tepi dalam mulut sebelah kiri dan kanan pon ada juga. Boleh tahan banyak juga lah. Petang rabu tu orang dari jabatan kesihatan call. Buat sesi soal jawab. Soalan memang detail. Dia tanya ada pergi dekat kawasan yang ramai orang atau ada pergi playground? Kerja apa? Dekat mana? Syarikat apa? Nama suami? Kerja apa? Nama anak-anak? Dan macam-macam soalan lagi lah. Tapi pada firasat aku Harraz bukan kena HMFD. Sebab kalau ikut belah abah dia, memang almost every months kena ulcer. Dari atok, abah dia sampai lah anak-anak. Memang selalu kena ulcer. 


Sekarang memang wabak HMFD sedang menular. Nursery ditutup bermula 25/4 untuk kerja-kerja pembersihan sampai lah 4/5. Lama tu. Dilema nya... Kau kena ambil cuti yang panjang. Rasanya private sector kena adakan cuti kuarantin jugak macam yang gomen buat. Sebab kalau kena penyakit berjangkit memang semingu atau lebih jugak nursery tutup. Mana nak cekau cuti? Nak suruh busband cuti, dia ada training dari rabu sampai jumaat esok. Memang cuti aku banyak terkorban untuk anak-anak. Minggu depan tadika Qhalif tutup hari selasa dan khamis sebab pilihanraya. Nak kena cuti lagi tu. Cuti aku tinggal 13 kot untuk sampai bulan December ni. 

Alhamdulillah... Harraz dah semakin baik. Ulcer pon dah nak hilang. Selera makan pon dah ada. Rasanya Harraz tak kena HMFD lah. Semoga bos pon memahami. Termasuk rakan sekerja juga. Mana tahu kan kot mengata sebab tak kerja lama sangat. Terpaksa cover kerja aku ke kan. Memang serba salah jadinya. Tapi bukan suka suki nak cuti emergency macam ni. Inilah antara dilema ibu bekerja. Cuti, MC dan cuti kecemasan berpisah tiada. Harini dah masuk hari ke 5 aku tak kerja. Jadi surirumah sepenuh masa buat sementara ni. 

Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya

$
0
0
Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya | Sebelum ini kan, tempat yang selalu kita pergi untuk menjamu selera bersama keluarga biasanya di kedai-kedai makan, cafe atau pon di restaurant. Kalau nak minum-minum sambil melepak dengan kawan-kawan pula selalunya kedai mamak lah yang menjadi pilihan kan. Tapi sekarang ni, selain dari tempat-tempat makan yang aku sebutkan ni. Ada lagi tempat makan yang kita boleh cuba iaitu Kendera Saji atau lebih dikenali sebagai Food Truck. Apa yang aku perasan kan. Kebanyakan Food Truck ni dimiliki oleh peniaga-peniaga muda.


Kelebihan Perniagaan Food Truck Dan Cara Permohonannya


Pertama kali aku dan keluarga mencuba makanan Food Truck ni dekat Putrajaya. Kalau tak silap masa tu makanan food truck masih agak baru lagi diperkenalkan. Kawasan pon tak berapa meluas lagi waktu tu sebab ada beberapa tempat saja yang menempatkan kawasan untuk food truck ni. Macam aku tinggal dekat Bangi.  Kawasan yang terdekat ada dekat Putrajaya. Tengok design Food Truck waktu itu pon sama jer semua. Tak macam sekarang lah. Ada macam-macam design dan warna. Memang boleh buat kau tertarik nak singgah dekat Food Truck ni. 

 Design moden. Cute kan. Sumber: FB


Kelebihan Perniagaan Food Truck


Dari pemerhatian aku kan, perniagaan Food Truck ni makin berkembang maju dan mendapat tempat dihati peniaga makanan. Terutama dari golongan muda. Memang bagus sangat kalau ada peniaga-peniaga muda yang berminat untuk memulakan perniagaan Food Truck sebab bagi aku banyak kelebihan yang boleh kita nampak. Antaranya:

1. Tak perlu cari tapak untuk buka kedai
2. Tak perlu upah ramai pekerja
3. Tak payah bayar sewa kedai
4. Tidak memerlukan kawasan yang besar
5. Bebas bergerak kemana-mana kawasan
6. Kawasan disediakan

Apa yang aku tahu, DBKL ada sediakan kawasan parkir tertentu untuk peniaga Food Truck. Tambah menarik lagi, mereka tengah mencari lokasi khas untuk food truck yang lengkap dengan elektrik, air dan tempat buang sampah

7. Bantuan Pinjaman

Aku ada baca berita online. Katanya Kementerian Wilayah Persekutuan sedang dalam perbincangan dengan pihak Majlis Amanah Rakyat dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) untuk membantu dalam permohonan pinjaman.

Sumber: Google pic

Tak susah pon nak memulakan perniagaan Food Truck sebab aku ada terbaca berkenaan dengan lesen perniagaan Food Truck akan dikeluarkan akhir tahun ni dengan sasaran sebanyak 1,000 lesen perniagaan kepada yang berminat. Bagus juga tau sebab secara tak langsung dapat mengurangkan atau kalau boleh tak nak lah ada peniaga yang berniaga dekat tepi jalan ni dengan ada nya perniagaan Food Truck. Sebab berniaga tepi jalan ni agak kurang sedap mata memandang. Terutama di kawasan Kuala Lumpur dan sekitarnya yang banyak dikunjungi oleh Pelancong kan. 

Perniagaan Food Truck ni juga dapat membantu golongan yang memerlukan pekerjaan atau golongan muda yang masih mencari peluang pekerjaan dengan adanya inisiatif dari Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memulakan perniagaan Food Truck. Memang perniagaan Food Truck ni makin berkembang dan mendapat tempat dihati penggemar makanan yang sukakan kelainan disekitar Kuala Lumpur tak terkecuali di kawasan lain juga. Memang beruntung lah siapa yang akan terpilih nanti.

Cara Permohonan Lesen


Bila bercerita pasal perniagaan Food Truck ni kan. Rasa macam nak apply juga lesen perniagaan ni. Kalau korang berminat nak mencuba kan, boleh dapatkan borang permohonan dan membuat pendaftaran  di kaunter pendaftaran tingkat 5, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpuy (DBKL) yang terletak di Jalan Raja Laut. Boleh juga muat turun borang dilaman web DBKL. Lagi senang, korang boleh mohon secara online melalui sistem e-lesen DBKL. Semua maklumat dihujung jari jer sekarang ni. 


Apa yang aku suka dengan Food Truck kan, banyak juga pilihan makanan yang disediakan. Nak masakan kampung? Western? Chinese food? Macam-macam ada. Bagi aku, perniagaan Food Truck ni boleh menguntungkan dan boleh menjana pendapatan yang tinggi kalau kita usaha. Sebab ianya tak tertakluk pada satu kawasan sahaja. Contohnya kalau ada hari sukan sekolah atau ada karnival. Kita boleh apply untuk ambil bahagian kan. Dari situ pon dah boleh dapat untung. 


Viewing all 283 articles
Browse latest View live