Quantcast
Channel: SuperMOM With SuperKIDS
Viewing all 283 articles
Browse latest View live

The Difference Between Property Flipper And Property Buyer

$
0
0
In the property market, there are two types of property investors, a flipper and a buyer. What’s flipper? A flipper is a property investor who purchase properties for profiting purposes by turning a quick resale profit, capital appreciation, within a year. As for property buyer, they are also as known keeper that holds the property at least a year. Regardless of the properties that you buy, a condominium in Selayang or a luxury penthouse in KL City Centre, if your intention is to reap profits from capital gain, you’re a flipper but if you’re awaiting for opportunity to arise, you’re definitely a buyer/keeper. Apart from that one year interval for selling behaviour, there are other criteria to determine a real property flipper and property buyer.


Property Flipper


Behaviour

  1. They hold their principles strongly on ‘Buy low sell high’ where they build up their cash to roll their real estate investment.
  2. They are willing to pay for Real Property Gain Tax (RPGT).
  3. They are not keen to handle properties and dealing with tenants.
Preferred Property

  1. Properties that have the high potential in capital gain or appreciation in short time.
  2. Properties that do not require tedious and minimal cost for renovation rather than major repairs. 
  3. Most of their properties to be sold in urgent. 
Gains

Year 2010, Purchase Price = RM500,000
Year 2015, Selling Price = RM 680,000

Capital gain (ONE TIME)

= (680,000 – 500,000) / 500,000 x 100
= 36%

However, if they are required to pay for RPGT, the amount of capital gain could be reduced. Click here for the updated RPGT table.

Although, it may look lucrative to be property flipper especially when the market or area has demand and high population that needed residential properties in Selayang or Cheras. But not all property flippers are always in their bed of roses, they are always constantly under pressure from the banks or even worse, the downturn of property market. That’s when they start freaking out and chase the time to quickly sell out the properties. If they are not sensitive enough towards the property market, they will slip and fall from the cycle. They have to be cautious and observant with the price movement of their property and the area. If they sensed there’s something not right with the market situation, they got to have backups and react fast as property transaction make takes up to months or year to complete.

What’s property buyer’s traits?


Behaviour

  1. They are monthly passive income earner. 
  2. They have patience to wait till properties price appreciates further. 
  3. They wouldn’t mind to manage properties and tenancy matters.
Preferred properties

  1. Have potential to fetch higher rental returns more than 6%.
  2. Most of the property types are high rise such as apartments or condominiums.
  3. With the result of higher rental yield, they can fix the flaws.
Gains 
Purchase price = RM500,000
Monthly rental = RM2,600

Capital gain (YEARLY)
= (2,600 x 12) / 400,000 x 100
= 7.8% 

Have not included other expenses like assessment, taxes, quit rent, maintenance fees and etc into the capital gain.

While the number for yearly gain may not look as attractive as the one time capital gain but usually the property buyers are the far-sighted and have patience to wait and manage properties. They are fine with managing tenants and their agreements as their annual affairs. With a good location and strategic place, the property buyer don’t see the reason why must they sell their properties in the hurry and keep it to earn some monthly side income. Furthermore, if you’re in the good run, you may earn high monthly wage for yourself. For example, renting out your condominium in Selayang as it is near to school could generate demand for families who are looking to stay near the schools.

Eventually, not all property flipper flips all the time and not all property buyer keeps everything. If they are sensitive enough towards the property market, it’s always a cycle. If a regular flipper or buyer are aware of the market, they will transact or react according to the market unless they see potentials in the property and location that’s commensurate to the demand and supply of the market. Every property investors have their own style and personality when it comes to property investment. Check here out for more investors’ personalities. At the end of the day, property investors would like to ensure they earn their profits and roll their wealth.




12 Tahun Aku Terima Nikahnya

$
0
0
12 Tahun Aku Terima Nikahnya | Walaupon tarikh 26 November dah lepas. Tapi nak jugak update dalam blog... hahahaha... Tak sempat nak buat entry. Hujung-hujung bulan dan nak masuk hujung-hujung tahun ni biasalah, sibuk dengan report datelinr. Dengan KPI lagi lah. Lepas tu nursery tutup/cuti pulak 30 November. Memang setiap tahun diorang akan peruntukkan cuti sehari dimana nursery akan ditutup. Lagi lah kau kena siapkan kerja sebelum bercuti.  


12 Tahun Aku Terima Nikahnya


Ok.. Tak nak bebel panjang-panjang. 26 November 2017 haritu genap lah 12 tahun usia perkahwinan kami. 12 tahun aku terima Nikahnya. Macam tak percaya jer dah lebih sedekad kami masih kekal bersama. Alhamdulillah... Sedekad yang penuh dengan memori, kejutan.. Suka, duka, pahit, manis...cukup rencah nya. Terima kasih allah atas kesabaran dan kekuatan yang dipinjamkan. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. 

Iyer... Dunia berumahtangga ni penuh dengan warna warni dan kejutan. Dugaan tu tetap ada dan sentiasa ada. Cuma sejauh mana kau mampu nak bertahan dan hadap semua masalah yang datang tu. Kena sentiasa positive. Allah uji tanda DIA sayang. Kalau kau rasa masalah yang datang tu membebankan, tu yang senang berpecah belah. Aku sentiasa ingat pesan mak... 'Allah sentiasa bersama orang yang sabar'. 

Kadang-kadang kita rasa ujian kita ni tersangat besar. Tapi kita kena ingat, ada orang yang lebih besar ujiannya daripada kita. Setiap daripada kita ni tak terlepas daripada ujian dimana ia datang bersilih ganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Cuma ujian yang kita dapat ni berbeza-beza. Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ini yang selalu aku pegang jugak. Anggap lah ujian yang datang tu hadiah dari Allah.

Bila dah 12 tahun hidup bersama ni buat hubungan kau pon jadi makin matang. Dah malas nak bertekak. Kalau bertekak pon, tak ada lah nak berlama lamaan. Punca bertekak pon selalunya sebab anak-anak... hahahaha... Dia marah kalau anak-anak tak dengar cakap aku. Nak buat macam mana. Garang macam singa pon kau, anak-anak bukan takut pon. Kalau dengan abah dia, bersuara sikit jer dah diam memasing. 


12 tahun dengan kehadiran 4 orang penyeri rumahtangga. Cukup dah ni. Lengkap dah dengan anak lelaki ada 3 dan anak perempuan ada sorang. Buat suami... Happy 12th Wedding Aafnniversary. What MEN should know... A WOMEN who truly loves you will be angry at you for so many things, but will STICK around. Semoga ikatan dan kasih sayang ini terus kuat dan mekar sepanjang masa. Pimpinlah tangan isteri dan anak-anak mu ini ke Syurga ALLAH.

Note: Tak ada celebrate pon. Just wish saja. Janji sama-sama tak lupa tarikh ☺


Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu

$
0
0
Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu | Aku pon baru tahu pasal Microsleep ni. Bila teringat balik kisah aku yang pernah accident 5 tahun lepas, barulah aku sedar yang ianya berpunca dari Microsleep. Punyalah berderau darah aku time tu. 1st time accident. Dalam bulan puasa pulak tu. Memang Bahayanya MICROSLEEP Ketika Memandu. Tapi kan, Microsleep tu apa?


Apa Itu Microsleep


Microsleep ni situasi dimana korang sedang memandu kenderaan dan secara tiba-tiab boleh terlelap. Sekejapan dan hanya beberapa saat jer kau terlelap. Kau nampak kereta/lori yang masih jauh jaraknya tiba-tiba dah ada dekat depan mata. Pernah tak alami situasi macam ni? Ini lah yang dinamakan MICROSLEEP. Faham semua.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h. Inilah yang terjadi pada aku 5 tahun yang lepas. Korang boleh baca kisah sedih aku dekat [SINI]. Malas nak taip balik. 


Lepas dah kebabomm tu kau pon terus blur. Erkkk... Macam mana boleh accident ni? Aku rasa aku tak tidur pon. Dan macam-macam perasaan lagi. Macam tak percaya yang kau dah langgar kereta orang. Alhamdulillah... yang melanggar dan yang kena langgar tak apa-apa. Memang Microsleep betul lah. 

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama. Lagi bahaya ni. Kau dah ngantuk tapi kau memandu secara laju untuk hilangkan mengantuk. Jadi, apa yang harus dilakukan?

Tips Elak Microsleep


  • BERHENTI
  • LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT
  • TIDUR

Tak payah lah tidur lama sangat. Lima minit jer dah cukup. Ulang 3 tips atas tu kalau korang start rasa mengantuk. Untuk pemanduan jarak jauh, berhenti berehat setiap dua jam. Untuk penumpang hadapan pula, janganlah masuk jer kereta kau terus tidur atau main handphone. Jadilah co-driver yang prihatin. Cuba buat macam ni:

  • Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
  • Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
  • Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu-lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.


Ingat ni. Sejak aku accident dulu, memang ambil langkah lebih berhati-hati. Jarak masa dari rumah ke office pon ada lah delam 25 minit ke 30 minit. Tipu lah kalau tak ada rasa mengantuk kan. Kadang-kadang kalau datang ngantuk tu, aku bulatkan mata besar-besar, dok tampar-tampar pipi kuat-kuat lepas tu kuatkan volume radio. Sambil tu berdoa lah supaya DIA segarkan mata ni. Cukup-cukuplah sekali accident dulu. Trauma nya masih ada lagi. Especially boila kau dengar bunyi yang kuat atau dentuman. Berderau darah kau.. huhuhu...

Apa-apa pon, berhati hati di jalan raya. Sejauh mana kita berhati-hati sekali pon, kemalangan tetap berlaku atas sebab kecuaian pemandu lain. Sebelum memulakan perjalanan tu, mohon padaNYA supaya perjalanan sentiasa dipermudahkan. Thanks to Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris atas info ni. 

Note: Dah lama tak jadi co-driver since ada anak kecik ni. Rindu pulak... hahaha... 


Learn The Malay Language With A Smile

$
0
0
Did you know? The Malay Language is not only the official language of Malaysia, but also Singapore, Indonesia, Brunei, and Thailand. Malay is also spoken in many other places and is considered by some as its second language like in East Timor, Thailand, Vietnam, Philippines, and Cambodia.


The Power of this beautiful language should not and cannot be underestimated. It is not only because of its historical background as one of the languages most commonly used and favored in the past when trading and commerce. Want to learn more about the beautiful language of Malay? 

Did you also know that Bahasa Malaysia is the Malay Language’s official name in Malaysia while in Indonesia, they call it Bahasa Indonesian? These languages are noticeably related since Indonesian is a dialect of Malay. One distinct difference is the pronunciation, accent, and vocabulary. This also serves to show how close the ties between these two countries are.

Many foreigners claim that the Malay Language is one if not, the easiest language to learn in Asia. This is because of the following reasons:

It is not a tonal language. This means changing tone changes the meaning. The Malay Language is easy to imitate and pronounce.

Grammatical rules are not that important. As long as you can form the words in a sentence, chances are you will be understood easily.

It is a language with many prefixes and suffixes. You only need to add suffixes or prefixes to basic words to change the meaning by changing the tense or number of the word. 
oExamples:
  • Good morning: Selamat pagi
  • Good Afternoon: Selamat tengahari
  • Good Evening: Selamat petang
  • Good Night: Selamat malam
  • Goodbye: Selamat tinggal (Good leaving}
Ain’t that easy to remember? If you are now curious about the Malay Language, we can teach you more at smiletutor.sg/malay-tuition/. 

Isn’t a remarkable language to learn, the Malay Language? If you plan to go to Malaysia or Indonesia, chances are some people there might not be able to communicate through the English Language, so you may want to learn their language first hand. Knowing how to speak their language will give you a huge advantage, most especially when your visit is for business, more than pleasure. 

Why not learn the Malay Language today? It’s fun, easy to learn and you’ll surely enjoy the new knowledge that comes with it. Visit >> smiletutor.sg/malay-tuition/ << now for more info. 

Why choose to learn and the Malay Language with Smile Tutor? We teach students of all ages; tuition fees won’t break your bank and our tutors are very qualified and reliable to teach the Language. We are flexible, patient and very easy to work with. With good credentials and excellent background, you are sure to receive only the best quality education you deserve in order to have a great command of the Malay Language.

Interested of knowing more about us? Or are you ready to learn from a courteous and friendly tutor that can make you speak and understand the Malay Language?  Check out the >> malay tuition << of Smile Singapore for  faster learning. 

Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!!

$
0
0
Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!! | Alaaaaa... Cekodok pisang jer kot. Tak kan tak tahu buat. Itu pon nak kena bagi resepi ker. Haaaa.. Jangan tak tahu. Ada orang yang masih tak tahu macam mana nak goreng cekodok pisang dengan betul dan macam mana nak jadikan cekodok pisang tu gebu, lembut dan sedap. Paling best, cekodok pisang yang kau goreng tu tak lembik dan melekat dalam kuali. Aku lah salah seorang yang gagal buat cekodok pisang... muahahaha... Konon pandai sangat buat. Tak payah lah nak google resepi kan.


Resepi Cekodok Pisang Gebu, Lembut Dan Sedap!!!


Iyer... Pengakuan jujur ni, Dah pernah beberapa kali buat cekodok pisang. Tapi kejadiannya sangat lah menyedihkan. Cekodok kau jadi lembik. Bila goreng dia jadi melekat dekat kuali. Lepas tu bukan main banyak lah cekodok kau tu menyerap minyak. Aku ingatkan senang jer buat cekodok pisang ni. Alaaaa... Setakat buah pisang lepas tu lenyek-lenyek bagi hancur dan tambah gula sikit. Dah siap. Tapi kan... Sebenarnya ada lagi bahan-bahan lain yang kau kena tambah untuk jadikan cekodok pisang kau tu gebu, lembut dan sedap.

Kebetulan dekat rumah ada pisang masak ranum. Nak buat goreng pisang, macam tak sesuai. Jadinya... Kita buat lah cekodok pisang. KAli ni tak nak gagal lagi. Moh lah kita google resepi cekodok pisang yang sedap. Makan terjumpa lah resepi ni. Tapi aku lupa lah dari siapa sebab bila dah jumpa terus screen capture resepi. Mohon halal lah yer tuan/puan punya resepi. Ini resepinya:

Bahan-Bahan

  • 8 biji pisang emas dibawa belayar atau apa jenis pisang yang seduai untuk dibuat cekodok
  • 3/4 camca teh soda bikarbonat 
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 camca besar gula perang
  • 1/3 camca besar gula halus
  • 1 cawan tepung gandum (Ikut adunan banyak mana. Kalau lembik just tambah tepung)
  • 1/4 camca teh garam halus

Cara-Cara

  1. Lenyek pisang sampai hancur dan campurkan semua bahan-bahan diatas
  2. Biarkan sekejap bagi adunan sebati dan kembang
  3. Panaskan minyak
  4. Dah betul-betul panas, masukkan adunan tadi (suka hati nak pakai tangan atau sudu)

Untuk bahan-bahan tu kan, aku agak-agak jer banyak mana. Tak ikut exactly pon. Pandai-pandai kau lah. Kalau pisang kau banyak, tambah lah bahannya. Kalau sikit, kau kurangkan saja bahannya. Gula halus tu aku tak letak pon. Cuma letak gula perang jer. Pisang tu dah manis. Tambah gula perang pon dah bertambah manis. Kalau tambah lagi gula halus... Mau manis potong kaki. Kalau korang suka manis, dipersila kan. Kalau tak nak manis, gula perang saja dah memadai. 

Berdebar-debar woihhh masa goreng cekodok pisang nih. Takut tak jadi lagi. Tapi lepas dah cuba resepi ni. Wahhhhh... Teruja jadinya bila cekodok pisang kau menjadi. Cantik betul kejadiannya. Bulat, gebu, lembut dan sedap sangat. Rasa ketagih nak buat cekodok pisang lagi bila kau dah dapat rentak nya... hehehe...

Note: Balik ni nak cari pisang. nak buat cekodok ☺☺


Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Untuk Bakal Pengantin

$
0
0
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Untuk Bakal Pengantin | Ada pasangan yang sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga ker? Atau ada pasangan yang tengah buat survey untuk mencari tukang mekap, pelamin, catering dan sebagainya untuk majlis perkahwinan mereka nanti? Tak kurang juga untuk parents yang nak buat kejutan untuk anak yang bakal berkahwin dengan menghadiahkan pakej perkahwinan ker kan. Penat jugak tau kalau fikirkan pasal nak kahwin ni bila ada benda yang kau kena fikir dan buat sendiri.


Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 Khas Untuk Bakal Pengantin


Survey sana sini jangan cakap lah. Nak cari yang the best dalam masa yang sama dengan harga yang berpatutan. Tapi tu zaman masa aku nak kahwin dulu. Sekarang ni dah tak susah nak mencari perkhidmatan yang sediakan khidmat nasihat untuk kerja kahwin sebab dah ramai yang buat perkhidmatan ni. Kalau nak tahu, korang boleh terjah Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 yang akan berlangsung tak lama lagi. 

Tentang Jom Rewang 2018


Mesti ada yang tertanya-tanya Jom Rewang 2018 tu apa? Ok… JOM REWANG 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediakan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin dimana ianya membantu bakal-bakal pengantin merancang dan memilih yang terbaik untuk hari perkahwinan nanti. Jom Rewang 2018 akan berlangsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 26 – 28 January 2018 bermula pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. 

Apa Yang Menarik di Pameran Jom Rewang 2018?


Sumber gambar: [SINI]

Banyak yang menarik tau kalau korang pergi pameran pengantin Jom Rewang 2018 ni tau sebab pameran ni mesti akan menghimpunkan nama-nama terbaik dalam industri perkahwinan tanah air kan. Potongan diskaun pon pasti akan menanti untuk bakal-bakal pengantin. 


  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuk melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.
  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event tersebut melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.
  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral
  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Tawaran Untuk Vendor Yang Berminat


Untuk peniaga-peniaga atau usahawan Bumiputera yang sedang mencari jalan untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan atau ingin memperkenalkan jenama perniagaan untuk lebih dikenali, anda boleh mengambil bahagian dengan menyewa tapak booth yang disediakan oleh pihak penganjur sepanjang pameran berlangsung. Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni adalah platform yang sangat sesuai untuk anda bertemu bakal pelanggan. Mesti ramai pengunjugn yang akan hadir sebab promosi yang dibuat adalah besar-besaran.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 ni, Detail ada dekat bawah ni:




Email: puspawangieventmanagement@gmail.con



Promosi Pakej Photography Mampu Milik Dari Jelita Images

$
0
0
Promosi Pakej Photography Mampu Milik Dari Jelita Images | Gambar memainkan peranan penting dalam sesebuah majlis. Tak kira apa majlis sekali pon. Bila tengok gambar-gambar yang cantik, kau pon rasa teruja dan kagum dengan hasil tangkapan seorang photographer. Macam mana seorang photographer tu boleh menangkap gambar yang cantik. Mesti ada cara dan tekniknya kan. Especially sekali bila tengok gambar orang kahwin. Teringat gambar masa kau kahwin 12 tahun lepas… hahahaha…


Bukan tak cantik. Tapi gambar kahwin aku dulu buat dekat rumah jer. Tak ada buat outdoor photoshoot macam pengantin-pengantin sekarang. Tapi tu lah…. Bila tengok gambar-gambar kahwin yang cantik ni rasa macam nak sewa baju pengantin dan nak ambil gambar kawin lagi sekali. Kalau boleh nak buat outdoor photoshoot. Kalau buat photoshoot untuk wedding anniversary pon ok jugak kan. Bergambar dengan anak-anak sekali… hurmmm… 


Promosi Pakej Photography Mampu Milik Dari Jelita Images 


Tapi tu lah… Nak pilih photographer pon bukan mudah tau. Kena cari yang betul-betul buat photographer secara serius. Musim orang kahwin kan. Banyak jer photographer yang menyamar. Konon nya dah biasa amik gambar untuk majlis-majlis besar. Tapi bila dah dapat duit, terus lesap. Gambar tak cantik lah. Paling haru, gambar langsung tak dapat. Ni antara kes yang aku pernah baca. Sebab tu kita kena buat survey sebelum mengambil khidmat seorang photographer. 


Kalau dah survey tapi tak tahu nak pilih photographer yang mana untuk majlis korang nanti, apa kata korang try dengan Jelita Images. Gambar-gambar yang dihasilkan sangat lah cantik. Jelita Image menyediakan perkhidmatan photographer bukan saja untuk majlis perkahwinan tapi untuk majlis-majlis yang lain seperti:

Majlis Korporat


Untuk company-company yang selalu buat event, memang khidmat photographer sangat diperlukan. Especially untuk event-event besar kan. Macam dinner, family day, open house, signing ceremony dan macam-macam lagi lah.

Majlis Pertunangan


Boleh jer kalau nak suruh adik beradik atau saudara mara yang tolong ambil kan gambar. Tapi tak secantik gambar yang diambil dari photographer kan. Kalau ada modal lebih, boleh lah upah photographer yang berpengalaman. Gambar memang dah tenru-tentu cantik kan. Untuk majlis pertunangan rasanya tak banyak sangat modal untuk dikeluarkan.

Photoshoot


Kalau nak buat gambar kenang-kenangan satu family, elok sangat buat photoshoot. Macam photoshoot untuk raya atau untuk wedding anniversary. Untuk orang yang berniaga, boleh jugak buat photoshoot untuk barang-barang yang diniagakan tu. Nampak lah gambar tu lebih cantik dan boleh menarik minat orang nak membeli nya kan.

Baby Showers


Trend ibu muda zaman sekarang. Mesti nak buat baby showers sebelum kelahiran anak yang dikandung kan. Kenang-kenangan gittew. Memang ramai yang buat baby showers ni. 

Korang tengok jer lah gambar-gambar ni:

Antara gambar outdoor photoshoot


Outdoor Photoshoot

Family Photoshoot

Semuanya cantik-cantik kan. Tak teringin ker nak amik khidmat photoghraper untuk majlis korang nanti? Sebab Jelita Images tengah buat promosi hujung tahun. Year End Sale 2017 is back!!! Kalau korang nak tahu HARGA PROMOSI PAKEJ PHOTOGRAPHY 2 EVENT NIKAH DAN SANDING HANYA RM1599 Sahaja! (sebelum RM1999)

Yaa betul!! Harga hanya RM1599 untuk NIKAH + SANDING! Cepat booking sekarang! sebelum tarikh majlis anda penuh 2018 nanti !! rugi kalau lambat :)

2 EVENT (NIKAH + SANDING) RM1599
✔ Exclusive photobook + case (40ms)
✔ canvas frame size 20x20
✔ termasuk outdoor juga ya!!
✔ gambar dalam pendrive eksklusif

# tertakluk pada terma dan syarat

Jangan risau sebab Jelita Images dah bertapak sejak dari tahun 2011 lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jelita Images dan detail pakej yang lain, korang boleh pm page Jelita Images atau Whatsapp terus di:



Facebook: Jelita Images



Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

$
0
0
Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy
-->



5 Sebab Kenapa Balm Tasneem Naturel Jadi Pilihan!!

$
0
0
5 Sebab Kenapa Balm Tasneem Naturel Jadi Pilihan | Bila ada anak kecik yang dalam fasa nak membesar ni kan, kesihatan diorang tersangatlah lemah. Demam, selsema, batuk dan macam-macam lagi lah. Lebih-lebih lagi bila anak kau jenis duduk nursery. Minggu ni dah kering selsema, minggu depan berair balik. Bila adik dah tak sihat, maka berjangkitlah pulak dekat adik beradik yang lain. Tapi tu lah, budak ni bukan nya elok sangat bagi makan ubat batuk dan selsema kan. Lebih-lebih lagi anak kau belum pon 2 tahun.


Bukan tahap kesihatan diorang jer yang menjadi igauan, tahap kelasakan diorang pon mencabar jugak ni. Ada jer benda nak di buat. Main sampai tak reti nak tidur. Bergaduh jangan cakaplah. Boleh hilang sabar dibuatnya. Kadang sampai terfikir, tak ada ker ubat nak bagi anak-anak ni tenang tak bergaduh? Tak ada ker ubat yang boleh bagi anak-anak ni senang tidur? Kalau anak batuk selsema, ubat apa yang sesuai untuk budak bawah 2 tahun? Hurmmmm… Banyak betul persoalan kau kan.

Sebenarnya ada jer ubat untuk setiap masalah. Cuma rajin dengan tak rajin jer nak cari. Nak dijadikan cerita, lately ni aku asyik terbaca jer pasal Balm Tasneem Naturel ni. Sana sini orang berkongsi pasal keberkesanan produk Tasneem Naturel ni. Bukan setakat boleh digunakan ketika anak tak sihat, ianya boleh jugak digunakan untuk masalah lain seperti anak yang ada masalah tidur dan macam-macam lagi lah.  

Macam kena jer dengan masalah yang aku tengah alami ni kan. Jadinya… Kita try cuba lah Balm  Tasneem Naturel ni. Mana tahu serasi kan. Lagi pon, bahan-bahan yang terkandung dalam balm ni adalah dari bahan-bahan semulajadi.  Teringat masa anak nombor 1, 2 & 3 dulu. Aku standby vicks baby balsam kalau diorang kena selsema dan batuk. Iyerlah… Dulu agak payah nak jumpa balm yang kandungan nya dari natural ingredient. Vicks baby balsam jer lah yang ada dan femes dulu. Best ker balm Tasneem naturel ni?

Memang best sangat Balm Tasneem Naturel ni sebab banyak kegunaannya. Bukan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak sahaja. Malah sesuai juga untuk orang dewasa. Terdapat 4 jenis balm tesneem natural untuk kegunaan yang berbeza-beza. Antaranya:

1. Coughflu Time


Fungsinya adalah membantu mengurangkan selsema dan membantu mencairkan kahak. Ia juga dapat melegakan asthma dan mengurangkan suhu ketika demam. Baru-baru ni Iman Harraz selsema. Aku sapu malam tu. Esok pagi kering dah selsema. Ramuannya terdiri daripada Lemon, Sweet Orange, Eucalyptus, Cypress dan Tea Tree

Cara penggunaan: Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

2. Calm Time 


Mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak lebih tenang. Bukan itu saja, ia memberi keselesaan kepada bayi. Budak kalau dah letih sebab banyak main, memang diorang akan buat perangai. Kalau anak asyik tantrum, boleh pakai kan calm time ni supaya jadi lebih tenang. Ramuannya terdiri daripada Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot dan Chamomile

Cara penggunaan: Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan.

3. Sleep Time 


Membantu anak supaya mudah tidur lena dan membaiki kualiti tidur anak. Biasalah budak-budak kan. Kadang-kadang asyik terbangun malam-malam. Lepas tu merengek. Tu yang tak tahan. Bangun pagi pon nak nangis. Kalau pakai sleep time ni, ia boleh bantu anak bangun dalam mood yang ceria. Tak nangis dah bila bangun pagi gittew kan. Ramuannya pulak dari Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet dan Ylang ylang

Cara penggunaan: Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan.


4. Tummy time 


Membuang angin dalam perut dan membantu melegakan kembung perut sebu dan kembung perut pada bayi. Ni bukan jer bayi dan budak-budak jer kena, orang dewasa pon selalu kena jugak ni. Ramuannya dari Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise dan Juniper

Cara penggunaan: Sapu pada perut dan tapak kaki

Nampak tak… Bukan sebarangan sapu saja tau. Ada cara-caranya nak sapu dan dekat kawasan mana yang perlu di sapu. Banyak betul perkataan sapu kau kan… ngeeeee…

5 Sebab Kenapa Balm Tasneem Naturel Jadi Pilihan?


1.Dari Sumber Semulajadi

Ok… Bila dah jadi emak yang cerewet dan nak elakkan bagi benda yang ada bahan chemical, jadinya kita kena usaha cari sesuatu yang isi kandunganya terdiri dari bahan semulajadi. Macam Balm Tasneem Naturel ni lah. Kalau korang nak tahu, ianya dirumus khas dari bahan semulajadi serta kombinasi dari pati minyak (essential oil) yang bermutu tinggi. Essential Oil tu apa pulak?

Essential Oil ialah minyak pati tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun , buah atau kulit pokok. Minyak ini terkumpul di dalam tisu tumbuhan yang disebut kelenjar tumbuhan. Essential oil yang beraroma ini diekstrak menggunakan kaedah penyulingan, enfleurage atau Teknik maceration. Contohnya macam minyak pati lavender, diambil dari daun dan bunga. Untuk minyak pati oren pulak, diambil dari kulit oren. Untuk ibu-ibu yang masih mencari balm yang sesuai, korang boleh try balm dari Tasneem Naturel.


2.Tiada Bahan Kimia

Kalau dah nama nya dari bahan semulajadi kan. Dah tentu lah bebas dari bahan kimia kan. Korang tak periu risau sebab balm Tesneem Naturel ni bebas dari paraben. Tak ada SLS dan juga taka da pewarna tambahan. Yang pasti, balm ni selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengeluaran nya pulak dari kilang OEM yang bertaraf GMP

3.Packaging

Aku suka dengan benda-benda yang nampak comel. Macam packaging Balm Tasneem Naturel ni. Tengok kotak jer dah cute, isi dalam lagi lah cute. Nampak macam besar balm nya. Tapi comel lote jer. Rasa macam sayang nak bukak… hahaha…


4.Mudah Dibawa Ke Mana-Mana

Aku memang tak suka benda-benda yang nampak bulky bila letak dalam bag ni. Nampak beg kembung and penuh jer. Tapi balm Tasneem Naturel ni kecik dan comel jer. Memang mudah nak letak dalam beg sebab size nya tu. 


5.Boleh Dijadikan Hadiah

Kalau korang tak tahu apa nak bagi dekat kawan-kawan yang baru dapat baby kan. Boleh korang bagi Balm Tasneem Naturel ni. Baby dalam hari kan cepat meragam. Termasuklah mak-mak yang dalam pantang… hehehe… Beli satu set lah. Jangan beli satu jer. Sebab banyak kegunaan nya dan sesuai sangat untuk orang yang baru dapat baby.

Berapa Harga Balm Tasneem Naturel?


1 Balm RM49.00
2 Balm RM88.00 (Jimat RM10.00)
3 Balm RM125.00 (Jimat RM22.00)
4 Balm RM157.00 (Jimat RM39.00)
.
Kos untuk postage RM8.00 (Semenanjung Malaysia) / RM12.00 (Sabah dan Sarawak)

Panjang sangat dah aku bercerita pasal Balm Tasneem Naturel ni. Kalau korang nak try atau nak baca testimoni pengguna yang berpuas hati selepas menggunakan Balm Tasneem Naturel atau nak tahu lebih lanjut lagi, korang boleh terjah:

Website

Facebook

Instagram

Whatsapp
011-2096 4665








Dapatkan Bag Kitar Semula Edisi Terhad Dari Juice Works!!

$
0
0
Anda lebih baik berhati-hati, anda lebih baik tidak menangis, kerana ada banyak beli belah yang anda perlu lakukan! Kesesakkan jalan raya dan saat akhir membeli belah adalah begitu gila sekarang. Bah kan ia menjadi lebih gila.


Adakah kaki anda terasa sakit dan berasa anda tersekat di dalam suasana buruk dengan pelbagai pilihan yang anda lihat? Tibalah masanya untuk anda berehat dan mendapatkan diri anda minuman yang sesuai untuk menghidrasikan badan sebelum menyambung kembali aktiviti membeli-belah.
 
Sempena dengan musim perayaan ini, Juice Works telah mencipta satu minuman yang istimewa dan berkilau merah! Ia melambangkan semua kebaikkan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Juice Works berharap nama itu sendiri akan memberikan sentuhan kegembiraan; “Honey, it’s Christmas!” sempena perayaan yang bermakna ini.

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strwberi, limau dan tambahan bermusim delima mulberi dan delima ruby-merah; ramuan ini hanya boleh didapati dari 6 Nov sehingga 1 Jan 2018!
 
Kandungan anti-oksidan yang banyak didalam minuman ini boleh membantu mengecilkan radikal bebas yang jahat didalam badan anda, vitamin C, serat, folat dan kalium juga adalah keperluan untuk badan anda pada musim yang sibuk ini.


Apa lagi, untuk setiap pembelian RM 20 yang and belanjakan di Juice works, anda akan mendapat satu stem. Kumpulkan 5 stem dan anda akan mendapat edisi terhad beng kitar semula (ya, ia adalah sangat berguna untuk membeli-belah). Tawaran istimewa ini adalah sah sehingga 31 Jan 2018 atau sehingga stuck masih ada.


Oh ya! Tidak lupa juga bahawa ia adalah musim untuk memberikan kegembiraaan kepada semua, Juice Works juga telah menyediakan baucar tunai bernilai RM 10 setiap satu untuk membolehkan anda untuk menghadiahkan kepaya orang yang tersayang. Kerana Juice Works tahu, hadiah yang terbaik untuk orang tersayang adalah “hadia kesihatan” dan cara yang lebih baik dan mudah untuk memastikan orang yang tersayang mendapat nutrien yang terbaik.

Juice Works ingin juga mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sepanjang tahun 2017, dan Selamat Menyambut Hari Krismas yan sihat dan Tahun Baru yang hebat!


Mengapa WD-40® Dipercayai Ramai Dan Mesra Kepada Alam Sekitar?

$
0
0
Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya. Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah  produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai. Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.


Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.

Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.


Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.

Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan. Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.


Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk.  Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.

Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.


Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40® atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.


Dual Language Program (DLP) Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

$
0
0
Bila sistem pendidikan makin kehadapan sejajar dengan teknologi yang makin maju. Untuk parents semua, korang pernah dengar Dual Language Program @ DLP tak? Especially untuk parents yang ada anak bakal naik darjah 1 tahun depan. Aku pon baru tahu pasal Dual Language Program masa Qahirah darjah 1 last year. Actually Dual Language Program ni baru jugak diperkenalkan tahun lepas. Tak semua sekolah ada sistem Dual Language Program (DLP) ni. Hanya sekolah-sekolah terpilih jer.


Aku percaya, masih ada parents yang masih tak familiar atau tak pernah dengar atau tak tahu pon pasal Dual Language Program (DLP) ni kan. Ini sangat penting untuk korang ambil tahu sebab ini untuk masa depan anak-anak. Kalau salah pilih, anak yang akan jadi mangsa sebab program DLP ni bila kau dah join, kau tak boleh suka suki tarik diri dan tak boleh buat separuh jalan. Once kau dah join, kau kena teruskan sebab program ni sampai sekolah menengah.

Apa itu Dual Language Program (DLP)


Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) adalah satu program di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah. Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selain daripada bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi. 

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada bahasa Inggeris secara tidak langsung. Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Kriteria Sekolah DLP


Mempunyai sumber yang mencukupi. Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran. Pengetua/Guru Besar/Guru bersedia untuk melaksanakan DLP. Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.

Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikuti DLP. PIBG juga perlu bersetuju dan menyokong pelaksanaan DLP.

Sumber: [SINI] dan [SINI]

Jelas dah faham kan maksudnya. Sekolah Qahirah ada buat Dual Language Program (DLP) ni. Tapi aku tek berapa jelas program ni macam mana sebab abah dia yang pergi masa orientasi dulu. Kebetulan aku ada terbaca pasal program ni dan aku rasa patut share. Jadi... Kalau sekolah anak korang ada program ni, korang boleh nilai sendiri kemampuan anak korang macam mana. 

Bagi pendapat aku, kalau anak kau mahir dan fasih berbahasa Inggeris, boleh jer kalau nak  masukkan program ni. Tapi kalau anak kau tak berapa nak mahir dan tak fasih bahasa Inggeris, kau kena fikir banyak kali. Kesian dekat anak kalau diorang tak dapat nak catch up nanti. Lagi serabut kalau bahasa Iggeris kau pon berterabur dan tak tahu nak ajar anak macam mana. Macam yang aku terangkan kat atas tu. Once kau dah join, kau tak boleh tarik diri.

Lepas tu kan, kalau tiba-tiba nak kena pindah rumah ker kan. Kalau dah join Dual Language Program (DLP) ni, korang kena cari jugak sekolah yang ada program ni. Kalau anak naik naik sekolah menengah pon macam tu jugak. Tak boleh pilih sebarangan sekolah. Kena sekolah yang ada Dual Language Program (DLP) ni jugak. Jangan main-main. Sebab tu kena fikir betul-betul  Ini ada pendapat seorang parents yang anaknya ambil DLP. Baca kat [SINI]

Actually program ni bagus utnuk anak-anak mantapkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris. Tapi kita sebagai parents, patut tahu tahap kemampuan anak kita. Jangan sebab kita nak sangat anak masuk program ni semata-mata untuk dia menguasai Bahasa Inggeris sedang kan kita tahu anak kita tak mampu sebenarnya. Kesian tau dekat anak. Ini hanya pendapat aku jer. 

Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal

$
0
0
Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal | Alhamdulillah... Rezeki blogging nak masuk hujung-hujung tahun ni kan. Kebetulan dapat job untuk sponsored post. Memang kerja mudah jer sebab kau hanya copy and paste info yang di beri dalam blog. Tak payah nak mengarang ayat bagai. 2nd time dapat job dari foreigner. Erkkk... Dipanggil foreigner ker? Alaaa... Bukan dari Malaysia lah senang citer. Yang best, payment by USD. Harga pon kira ok lah. Lepas tolak fees semua still lebih dari tujuhpuluhringgit. Berbaloi lah jugak dengan kerja yang senang kan.


Tapi tu lah. Bila dah selesai job, dia minta invoice PayPal. Alamak... Account PayPal memang dah lama ada. Tapi tak pernah pakai pon. Macam mana pulak nak buat invoice PayPal ni. Mulalah search pakcik google. Jumpa lah jugak. Tapi macam tak lengkap infonya. Lepas tu kan, mostly aku jumpa Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal adalah dari negara seberang. Nasib bahasa senang nak faham... hehehe... Senang jer nak buat sebenarnya. Boleh follow steps ni:

Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal


Kalau belum ada account PayPal, silalah create satu. Customer kita ni dari pelbagai negara... haaa gittew... Senang jer pon. Ok... Log in account PayPal korang, lepasti klik dekat Send & Request Payment ni.

Pilih Create Invoice ni.

 Klik dekat bahagian Create. Tak kisah lah yang belah atas atau belah kanan tu. Janji 'CREATE'



Apalagi... Isi lah info-info yang diperlukan. Invoice nombor tu korang reka lah sendiri. Invoice date tu letak lah tarikh korang create invoice tu. Haaaaa... Due date tu korang kena tanya client nak letak berapa haribulan. Macam aku haritu, client dah siap bagi tarikh due date. Bill to pulak korang letak email address dengan nama client sekali.


Yang dua kotak kecik (Allow partial payment / Allow customer to add tip) tak payah tick. Kalau korang ada Terms and Conditions, boleh lah isi. Yang ni aku tak isi pon sebab tak tahu nak letak apa. Note to recipient pulak, korang letak lah apa-apa ayat.


Dah siap semua, korang boleh preview dulu atau save as draft. Kalau dah rasa ok, boleh lah send. Untuk option send pulak, korang boleh pilih sama ada nak Send via Paypal atau Share link myself. Aku pilih send via paypal jer. Ini lah contoh invoice Paypal yang aku dah create. Notes tu aku main bedal jer. Boleh lah kalau korang nak tiru... Ngeeee... Notes korang lagi mantop kot.


Yang bestnya invoice PayPal ni kan, korang boleh hantar reminder kalau client masih belum bayar. Tak payah nak hantar email bagai sebab dah ada tajuk Reminder: Your payment for this invoice is due. Kau cuma perlu mengarang ayat sikit lah. Hantar jer banyak kali reminder asal payment korang masuk.

Sekian perkongsian Cara Buat Invoice Menggunakan Account PayPal. Senang jer kan. Best jugak bila ada duit dalam PayPal ni. Kalau banyak dapat job dalam USD kan syok. Senyum lebar bila nak convert to Ringgit Malaysia. Buat  masa ni aku tak transfer lagi masuk local account. Macam sayang pulak. Bila lah duduk diam-diam dalam tu. Kot terdesak nanti boleh pakai kan... hehehe...

Note: Alhamdulillah... Blog lah sumber pendapatan sampingan. Boleh jugak cover mana yang kurang.


Goodbye 2017 Welcome 2018

$
0
0
Goodbye 2017 Welcome 2018 | Entry pertama untuk tahun baru 2018. Gigih menaip pakai Handphone. Berakhir lah sudah 365 hari yang penuh dengan pelbagai halaman cerita yang berwarna warni. Berapa hari tercatat kenangan manis atau sadis? Berapa hari pula dugaan  dan kekecewaan menjentik hati? Anggap lah ia sebagai koleksi sebuah kehidupan untuk dijadikan kenangan sebab tahun baru 2018 menawarkan 365 hari lagi untuk diisi dengan kisah-kisah baru.


Goodbye 2017 Welcome 2018


Ada ker azam yang dah tercapai?  Apa azam tahun baru ni? Memang susah bila kita dah ber azam, tapi tak istiqomah dalam mencapai azam yang kita target tu. Macam aku lah. Konon azam nak menabung. Nak buat tabung duit hijau lah. Tabung duit merah lah. Tapi tak tercapai semuanya. Kau dah menabung lepas tu kau pakai duit tu. Nak kena simpan dalam tabung yang tak boleh dibuka gamaknya. Hujung tahun baru pecah tabung gittew kan. Tabung duit syiling jer yang maaih bertahan... Ngeeee... Nampak sangat tak istiqomah nya kan. 

Untuk tahun baru ni, kita sambung lah azam yang tak tercapai tu. Boleh ke? Muahaha... Bila baca kisah si pengumpul duit oren boleh mendapat hasil simpanan tahunan sehingga RM12,600 (kalau silap sila betulkan), buat aku rasa.. Woww!! Bagusnya dia. Sangat istiqomah. Tapi kita kena ingat, mungkin dia mampu. Kita ni ikut atas kemampuan sudahlah. Banyak tanggungan kau kot. Minggu ni kau menabung, tetiba datang waktu sengkek, terpaksa jugak korek tabung. Selit jer berapa yang mampu untuk disimpan. Jangan push harder sangat kan. Nanti kau pulak yang stress. Dapat kumpul duit syiling pon dah ok kan... Hehehe.. 

Untuk blog pulak... Pendapatan blog picisan aku untuk tahun 2017 ni banyak peningkatan dari tahun yang sebelumnya. Satu pembaharuan jugak bila aku berjaya tukar domain selepas dah lama berangan nak ada domain sendiri. Untuk tahun 2018 ni, aku harap dapat tingkatkan lagi sumber pendapatan sampingan dari blog ni dengan lebih tinggi lagi. Dalam keadaan ekonomi yng sangat mencabar ni, kau kena cari jugak sumber pendapatan yang lain dan aku bergantung pada blog. 

Selain dari itu, aku cuba mantapkan lagi corak penulisan. Juga nak tingkatkan lagi skill mengambil gambar walaupon hanya dengan sebuah handphone gambar itu di ambil. Nak beli camera mahal mak tak mampu noks. Lagi pon kau bukan selalu pergi event pon... Hehehe... 

Ok lah... Last but not least. Penuhkanlah 365 halaman kosong itu dengan kisah-kisah indah. Tulis bab yang paling menggembirakan dalam hidup kita. Kalau ujian datang melanda, ingat... Itu tanda kasihNYA DIA pada kita. Bangkitlah dengan semangat baru. Semoga allah kurniakan kita kesihatan yang berpanjangan dan di luas kan lagi rezeki dizaman yang serba serbinya sangat mencabar poket ni. Semoga tahun baru lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Selamat tahun baru. Bye bye 2017. Welcome 2018.

Note: Esok dah mula rutin baru. Selamat kembali jalan yang sesak 


Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!!

$
0
0
Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!! | Pssttt... Banyak ker berhabis untuk persiapan persekolahan anak-anak haritu? Kalau anak sorang, ok lagi lah. Kalau anak 3 orang macam aku ni, boleh tahan jugak lah perbelanjaannya. Setiap hujung tahun, memang duit banyak terbang untuk selesaikan kelengkapan sekolah anak-anak. Dari baju sekolah kebangsaan, baju sekolah agama, tudung, kasut, bag, buku dan juga yuran sekolah. Yang pasti, memang ada kenaikannya. Ini kos pengeluaran untuk anak darjah 5, darjah 2 dan jugak tadika. Banyak ker Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!! ni?


Kos Perbelanjaan Persekolahan 2018!!


Actually awal bulan December haritu dah beli kelengkapan sekolah diorang. Tak nak beli last minute sebab takut size banyak habis dan takut bersesak dengan orang yang suka beli last minute... hehehe... Tu yang beli awal. Dapat gaji november, terus beli barang sekolah. Gaji December pulak, cover untuk bayar yuran sekolah and tadika. Haaaa... gittew konsepnya.


Kos untuk anak darjah 5. Baju sekolah aku tak beli banyak pon. Kita buat konsep recycle. Mana baju yang elok, kita pakai balik demi langkah penjimatan. Baju sekolah and seluar sekolah Iman Hakimi masih elok lagi. Seluar pon masih muat dan tak senteng. Aku cuma tambah baju sekolah kebangsaan dengan sepasang baju melayu jer. Memandangkan tahun ni Kimi jadi pengawas sekolah agama, jadinya dia kena pakai sampin maroon dengan kasut hitam.  Total RM168.20


Untuk anak dara pulak, jimat sikit lah kalau nak bandingkan masa dia darjah 1 sebab sebab semua nak kena beli baru kan. Ni pakai konsep yang sama macam abang dia jugak. Pakai baju yang mana masih elok lagi. Cuma tambah sepasang baju kurung untuk sekolah agama dan 2 helai tudung. Untuk sekolah kebangsaan, 3 pasang baju kurung dah cukup sebab ada 2 hari yang dia kena pakai baju  pendidikan jasmani. Total RM92.40

Aku shopping baju sekolah anak-anak dekat Pusat Pakaian Hari Hari jer. Baju dia pon boleh tahan lasak jugak lah. Kalau tak, takkan boleh recycle balik kan... hehehe... Tak mampu aku nak beli baju branded macam canggih tu. Tapi harga macam lebih kurang jer kan. Baju pulak ikut size. Lagi besar saiz baju anak kau, lagi mahal lah harganya. Kenapalah tak standardize kan saja harga yang sama even saiz berlainan kan... hurmmm... 

Bag sekolah pulak, untuk kimi just beli bag untuk sekolah agama RM10.00 jer. Bag sekolah kebangsaan masih elok lagi. Untuk qahirah pulak belikan bag untuk sekolah kebangsaan RM30.00. Sekolah agama pakai bag yang sama. Qhalif pon dapat bag baru RM26.00 sebab bag lama tak koyak. Yang elok kita pakai balik. Jimat selagi boleh. Total semua kos  RM326.60 

Japppp... Ini baru kos kelengkapan Kimi dengan Qahirah. Belum masuk duit buku, registration fees untuk sekolah agama, fees untuk transit dengan registration fees untuk sekolah Iman Qhalif lagi tau. Ok... Kita sambung balik kira-kira. Untuk buku, Aku tak beli semua pon. Buku aktiviti pon tak beli. Kalau cikgu suruh beli, baru aku beli. Kalau beli nanti takut tak pakai. Sebab cikgu akan bagi buku teks dengan buku latihan sekali. Total untuk duit buku Kimi dengan Qahirah RM126.40 



Seterusnya... Registration fees untuk sekolah agama dan jugak buku untuk Kimi dan Qahirah RM352.50. Nak daftarkan sekolah agama kerajaan, jarak dengan rumah agak jauh dan jalan ke sana agak sesak sebab dekat Kajang kan. Jadiknya... Kita cari yang dekat. KAFA jer lah jawabnya. Tempat adalah terhad sebab sekolah tak besar sangat. Untuk transportation dan transit, kami amik tempat yang sama jugak. Alhamdulillah harga masih sama. Jarak yang sekangkang kera tu pon mahal woiihhh!!!  RM240.00 sebulan.

Selesai untuk Kimi dengan Qahirah, turn Iman Qhalif pulak. Tahun ni dia dah masuk 6 tahun. Mana lagi nak hantar kalau bukan dekat PASTI kan. Yuran PASTI pon dah naik. Dari registration fees sampai lah monthly fees. Tercekik jugaklah nak bayar. Nak masukkan tadika KEMAS, memang tak layak sebab diorang tengok gaji makpak jugak kan. PASTI lah antara yang termurah bagi aku. Tadika lain mostly diorang punya registration fees ribu riban. Yuran pon macam tahap nak masuk universiti. Pada hal baru tadika kot.


Alhamdulillah... boleh buat installment. Bayar separuh-separuh dulu. Pejam mata jer lah. Konon tak nak beli baju sebab ada 2 pasang baju lagi. Tapi macam tak cukup lah pulak bajunya. Beli jer lah lagi sepasang. Jadinya total untuk registration PASTI Iman Qhalif RM635.00. Untuk monthly fees pulak, harga pon dah naik dari RM280.00 sebulan naik kepada RM300.00 sebulan. Yang ni yuran termasuk daycare sekali... huhuhu... Tengoklah total keseluruhan ni:

Kelengkapan Sekolah Kimi Qahirah dan Qhalif RM326.60 
Buku sekolah kebangsaan RM126.40
Registration Fees and Buku Sekolah Agama Kimi and Qahirah RM352.50
Registration untuk Transportation and Transit RM240.00
Registration Fees untuk Tadika Qhalif RM635.00
TOTAL = RM1,680.50


Memang bulan December adalah bulan pengeluaran duit yang sangat luar biasa. Ini pon dah cukup berjimat. Nasib anak-anak faham, tak merungut dan tak banyak tanya bila kelengkapan sekolah diorang terpaksa di recycle balik. Ini baru kos untuk 3 orang anak yang bersekolah. Macam mana lah yang ada anak berderet dan masih bersekolah tu. Alhamdulillah.. kami bekerja. Saling melengkapkan mana yang tak cukup. 

Memang terasa sangat lah peningkatan perbelanjaan. Tersangat kesian dengan orang yang tak mampu tu. Kan bagus kalau kerajaan mansuhkan GST untuk kelengkapan persekolahan macam baju, kasut, bag sekolah, alat tulis dan yang sewaktu dengannya lah. Sepasang baju sekolah jer dekat empatpuluhhinggit. Harga susu pon kalau boleh mansuh kan lah. Susu pon makin mahal. Bukan semua orang mampu susukan anak dengan susu badan. Erkkkk... Dah kenapa citer pasal susu pulak??

Ok... Sambung balik. Ini hanya perkongsian summary perbelanjaan yang kami kena keluarkan untuk anak-anak yang seramai 3 orang tu. Rujukan untuk aku dimasa hadapan. Boleh buat perbandingan harga. Resit 2016 aku ada simpan lagi. Tak sempat nak update perbelanjaan persekolahan tahun 2016... ngeeee... Tu yang update cepat-cepat. Nanti lupa.  Nanti nak semak balik resit tahun 2016 and tahun 2017. Nak tengok banyak tak naik. Maklumlah... Harga barang kan tiap-tiap tahun naik. 

Pssttt... Berapa pulak perbelanjaan persekolahan anak-anak korang? Ada banyak macam aku tak? Ker lagi banyak dari ini? Untuk anak-anak, belajar lah rajin-rajin. Tengoklah perbelanjaan yang ibu dan abah belanjakan untuk korang ni yer nak. Bila dah kerja nanti, sila ganti balik.... erkkk.... Ekekekeke...

Note: Perbelanjaan tu kan tak termasuk dengan stationery, pembalut buku dan kapur kasut tau. Kita amik yang penting jer ☺



Prosperity Juice KEMBALI Lagi!

$
0
0
Lagu kegemaran tahun baru cine, gong-xi, gong-xi songs adalah kedengaran di udara dan dekorasi berwarna merah kelihatan di merata-rata tempat. Sama ada anda telah bersedia atau tidak, Tahun Anjing akan bermula tidak lama lagi! Untuk menyambut permulaan Tahun Baru Cina yang makmur, kami di Juice Works Malaysia telah membawa kembali minuman Tahun Baru Cina yang disukai ramai peminat Juice Works iaitu Prosperity Juice!


Diperbuat daripada campuran jus dari limau mandarin, jambu, strawberi dan kegemaran utama ramai; laici – minuman ini bertambah enak dan wangi apabila ditambahkan dengan sorbet yang lazat yang akan menyediakan anda untuk menerima kebaikkan yang akan dibawa oleh tahun baru ini.

Minuman ini boleh didapati didalam tiga saiz: Junior (250ml dan bagus untuk kanak-kanak), yang di jual pada harga RM 8.95; MIDI (450ml) yang dijual pada harga RM 10.95; dan Power (600ml), yang dijual pada RM 12.95 (semuar harga adalah termasuk GST).

Berikut adalah serba sedikit maklumat kenape kami memilih buah-buahan yang di sebutkan sebagain ramuan minuman tahun baru kami:

  1. Limau Mandarin: Buah-Buahan bermusim ini adalah rendah kalori, penuh dengan serat dan Vitamin C dan A. Sebagai rakyat Malaysia, Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa satu atau dua limau mandarin ini.
  2. Jambu: Ia dikenali sebagai buah-buahan yang sihat, kaya dengan V Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, dan potassium, yang merupakan antioxidan and detoksifikasi yang hebat.
  3. Laici: Dipenuhi dengan Vitamin C, potassium dan fibre, ia juga merupakan sumber flavonoid yang hebat untuk memerangi penyakit. Ia juga mengandungi magnesium copper, zat besi, mangan and folat – semuanya adalah penting untuk peredaran dan pembentukan darah!
  4. Strawberi: Buah-buahan yang berjus ini wangi dan merak, jus ini bukan sahaja dikenali sebagai buah antioksidant yang berada di 5 tangga teratas di dunia, malah ia juga didapati mempunyai keupayaan untuk mengawal atau mengurangkan tahap gula di dalam badan kami. Oleh kerana ia mempunyai phytonutrients yang tinggi, terdapat juga peningkatan minat untuk menyelidik terhadap buah ini untuk penyakit anti-radang! 


Minuman istimewa ini hanya boleh didapati di semua kedai dan kiosk Juice Works dari 12 Jan 2018 sehingga 28 Feb 2018. Oleh itu, dapakan ia hari ini dan anda akan mendapat satu set beg angpow esklusif Juice Works secara PERCUMA, sementara stok masih ada.

Sempena cuti perayaan yang akan datang ini, kami di Juice Works ingin mengucapkan kepada anda, Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai ah!

P/s: Juice Works baru sahaja membuka kedai baru mereka di DC Mall dengan minuman eksklusif yang hanya boleh didapati di kedia Juice Works DM Mall. 

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang menggunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 30 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.



Bio-Oil® Kini Tampil Dengan Wajah Baru

$
0
0
Bio-Oil® Kini Tampil Dengan Wajah Baru | Siapa yang tak kenal dengan produk Bio-Oil® kan. Pakar dalam penjagaan kulit yang disayangi ramai. Selepas kehadirannya selama sedekad di Malaysia, minyak pelbagai guna ajaib ini mendedahkan wajah yang lebih segar, kontemporari dalam pembaharuan terkini. Kalau korang nak tahu, Bio-Oil® kini tampil dengan wajah baru


Bio-Oil® Kini Tampil Dengan Wajah Baru


Produk ini sangat disukai ramai kerana keberkesanannya dan merupakan produk No. 1 untuk merawat kesan parut dan regangan kulit di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand. Bio-Oil® mempunyai campuran vitamin A & E dan minyak tumbuhan semulajadi seperti lavender, kalendula, rosemary dan kamomil, bersama dengan ramuan unggul PurCellin Oil™ yang membolehkan ramuan aktif diserap ke dalam kulit dengan sempurna tanpa meninggalkan kesan berminyak.


Dengan mengekalkan ciri-ciri keunikan warna putih dan oren Bio-Oil®, kini peknya disertai pula dengan maklumat ringkas mengenai manfaatnya di atas kotak. Sebagai satu produk yang dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat dengan testimoni menakjubkan, Bio-Oil® tetap mengekalkan konsep dan strategi pembungkusan unik dengan mengamalkan rupa wajah yang segar dan bersih. Kecemerlangan reka bentuk baharu ini menonjolkan keanggunan dan tarikan baru kepada pengguna.

Pengguna boleh terus yakin dengan formulasi Bio-Oil® seperti mana yang dipercayai mereka selama bertahun kerana pembaharuan wajah Bio-Oil® hanya tertakluk kepada pembungkusan sahaja. Rumusan yang telah memenangi anugerah ini dihasilkan dan diedarkan ke seluruh dunia oleh Union-Swiss yang berpengkalan di Cape Town, Afrika Selatan. Ia diuji secara klinikal dan terbukti berkesan untuk mengurangkan penampilan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit tidak sekata di bahagian muka serta badan. Selain itu, Bio-Oil® juga sangat berkesan dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti penuaan dan kulit kering.

Keberkesanan Bio-Oil® bukan hanya sekadar untuk masalah kulit tetapi telah diuji dan terbukti sesuai digunakan untuk kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Ia juga selamat digunakan oleh wanita hamil yang menghadapi masalah kulit semasa kehamilan seperti kesan regangan kulit, pigmentasi dan lain-lain lagi. 

Pendedahan wajah baru ini amat penting bagi Bio-Oil® untuk terus kekal relevan di pasaran dan kami sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik kepada pengguna setia kami. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang telah diberi dalam sedekad yang lalu dan memberi jaminan bahawa Bio-Oil® akan terus menerajui industri ini seperti tahun-tahun yang lalu, "kata Low Hooi Wan, Pengurus Unit Perniagaan Bio-Oil®.


Bio-Oil® kini boleh didapati di semua farmasi berdekatan dan kedai penjagaan diri di seluruh negara dalam saiz 60ml (RM 34.95), 125ml (RM 58.25) dan 200ml (RM 79.45). Untuk maklumat lanjut, sila layari bio-oil.com


Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka

$
0
0
Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka | Ni kisah tahun lepas. Macam dah lama jer kan tahun lepas tu. Pada hal bulan December haritu jer… Ngeee… Tak sempat nak buat entry last year. Jadi nya... marilah kita abadikan kisah jalan-jalan ke Zoo Melaka yang tak seberapa ni. Actually tak expect pon nak ke sini. Kesian pulak tengok anak-anak. Cuti sekolah tak pergi mana-mana pon. Dah lah cuti sekolah tu aku tak hantar Qahirah dekat tempat transit. Qhalif pon aku tak hantar daycare PASTI. Diorang duduk rumah dengan Abang Kimi. Alhamdulillah… Pandai masing-masing jaga diri even umur baru 10, 7 and 5 tahun. Pandai Abang Kimi jaga adik-adik. 


Since semua duduk rumah time cuti sekolah haritu, aku kena masak lebih dari biasa untuk makan tengah hari diorang dan juga makan malam kami. Malas nak masak banyak kali. Kalau lauk habis malam tu, pagi-pagi aku dah bersilat kat dapur sambil sediakan breakfast. Kalau aku malas, order kedai jer lah. Kalau korang nak tahu, bebudak ni time cuti sekolah nafsu makan diorang lain macam. Jadinya… Kau kena sediakan makanan lebih. Ok… Macam nak tersasar jer cerita aku  ni. Kita back to the story balik.

Seronok jer tengok orang lain pergi cuti-cuti Malaysia. Kita ni mereput jer lah kat rumah. Anak-anak lagi lah kesian sebab hari-hari duduk rumah. Aku ni at least weekend jer lah yang terperap. Hubs pon sibuk dengan kerja and standby nya. Aku nak bawak anak-anak jalan-jalan pergi mall, memang kena fikir banyak kali. Rasa macam tak sanggup nak tanggung risiko. Dengan anak-anak yang boleh tahan melasak. Cukup lah sekali aku bawak anak-anak pergi event tanpa hubs. Semput dibuatnya. Jadi… Duduk jer lah kat rumah tunggu abah diorang free.

Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka


Kebetulan ada dapat invitation dari Zoo Melaka. Hurrmmm… Menarik jugak. Usul dekat hubs. Dia kata ok. Nak pilih Tarikh pon susah. Orang sibuk kata kan. Ingat nak pergi hari cuti Christmas tu. Tapi mesti mengundang bencana kalau pergi Tarikh tu sebab mesti ramai orang dan jalan pon sesak. Last-last kitorang pergi 28/12. Bila dah confirm Tarikh tu, email lah dengan person in charge zoo melaka tu. Tak reply. Bila dah beberapa hari senyap, aku pon whatsapp nak confirm kan kedatangan. Tapi kan….


Boleh dia cakap jemputan dah terhad. Kau rasa? Dalam email tak ada di beritahu kena booking siap-siap Tarikh. Tak ada dia sebut jemputan adalah terhad. Just bagitau diorang kau nak pergi date bila dan berapa orang. Kalau diorang bagitahu awal-awal, boleh aku lock terus date. Kan dah menyusahkan. Kau dengan hubs dah ambil cuti. Anak-anak pon dah excited nak pergi Zoo Melaka. Hari-hari berzikir bila nak pergi. Tak kan kau nak cancel sebab miscommunication dari pihak diorang kan. 

Nak tak nak… Proceed jer lah by your own cost. Buat person in charge tu. Next time biar jelas info nya. Inform yang invitation adalah terhad. Inform jugak kena book date awal-awal. Korang kalau dapat invitation untuk ke Zoo Melaka, sila pastikan betul-betul. Jangan jadi macam aku. Cakap tak serupa bikin. Nasib cost nak masuk Zoo Melaka tak sama macam Zoo Negara. Kalau tak mau gigil tangan nak bayar untuk 5 kepala kan. Erkkkkk… Panjang betul mukadimah ni. Belum citer pasal masuk zoo lagi.

Abaikan muka masing-masing yang kepenatan. Dah balik baru nak bergambar kat signage ni ☺

Ok… Hari yang dijanjikan. Pukul 8.00 pagi kami dah bertolak sebab nak singgah Seremban dulu. Ada urusan. Kisah ni biar aku simpan dulu sebab ianya berkait rapat dengan my wishlist… Alhamdulillah… Ok, sambung balik. Perjalanan memang smooth. Jalan pon tak sesak sebab weekdays kan. Sampai Zoo Melaka dalam pukul 11.00 lebih macam tu. Orang pon boleh tahan ramai jugak. Cuaca jangan cakaplah… Panas berdeting.

Sampai-sampai aku terus tuju dekat kaunter tiket sebelum orang beratur Panjang. Harga tiket untuk Dewasa RM17.80 manakala untuk kanak-kanak pulak RM7.10. jadinya… Total untuk kami anak beranak (2 Adults & 3 Kids) adalah RM56.90. Berjalanlah kami anak beranak sambil menikmati permandangan haiwan-haiwan dan hidupan liar dalam tu. Harraz duduk diam-diam dalam stroller. 
Sado kau bang. Sorry lah. Ibu salah beli saiz baju ☺☺

Dari satu kandang ke kendang yang lain. Penat berjalan, kita berhenti rehat. Lepas tu sambung lagi. Makanan dalam zoo kau faham-fahamlah kan. Luar biasa harganya. Nasib kami dah beli air siap-siap kat luar.  Seronok anak-anak dapat tengok kawan-kawan diorang dalam tu… ekekeke… Yang hairannya, macam tak penat diorang berjalan. Tinggi betul energy and stamina anak-anak ni kan. MakPak dia dah pancit kepenatan. Berpeluh-peluh dibuatnya. Memang exercise betul lah kalau pergi Zoo ni. Boleh hilang lemak-lemak dan berat tersembunyi kalau berjalan jauh macam ni. 

Kerna terpaksa bergambar sebab ibu suruh ☺☺

Budak sempoi. Suruh pakai kasut tapi tak nak.

Kitorang lepak jalan-jalan dalam zoo tak lama pon. Dalam 2 jam lebih macam tu. Bergambar pon tak berapa sangat. Biasalah anak-anak… Tak mesra camera macam anak korang. Kau yang over suruh anak posing. Anak buat selamba jer… ppffttt… Lagi pon cuaca pon panas berdeting. Nak bergambar pon tak ada mood. Dah selesai melawat kawasan, kami pon bergerak balik. Awan kelabu pon dah mula berarak menandakan hari akan hujan.

Ni yang paling sadis. Sampai dekat kereta terselit surat cinta dari Majlis Bandaraya Melaka. Kitorang kena saman sebab tak bayar parking. Ingat kan free. Rupanya berbayar. Tak perasan ada kaunter tiket parking dekat pintu masuk Zoo Melaka tu. Orang yang memantau pon tak ada. Tu yang ingat kan free. Maklumlah… Pertama kali pergi Zoo Melaka kan. Yang nak pergi Zoo Melaka nanti, sila bayar parking dulu yerp. Nasib saman parking tak banyak. RM30.00 jer. Tapi bayar RM10.00 sebab dapat diskaun.

Sekian kisah pengembaraan kami anak beranak ke Zoo Melaka sambil kena saman… hahahaha… Pergi Melaka balik hari jer. Tak menginap dekat mana-mana hotel pon. Makan-makan dan Jalan-jalan kejap area Melaka lepas tu terus balik. Yang penting… Anak-anak happy sebab dapat jalan-jalan. 

Note: Terima kasih sebab sudi baca. Bukan main Panjang cerita. Begitu lah bila jari jemari mula menaip sambil idea mengarang datang dengan jayanya… ngeeee…


Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap

$
0
0
Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap | Tu dia. Tajuk kemain panjang lagi. Dah lama tak membaking. Anak-anak pon dan sibuk tanya 'bila ibu nak buat kek?''Dah lama ibu tak buat kek'.. Ok lah. Jom lah kita buat kek. Tapi ikut anak tekak ibu lah yer. Sebab ibu dah lama teringin nak buat Carrot Cake. Tapi tak terbuat-buat. Resipi dah lama terperam dalam folder HP tu. Yang penting... Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap yang aku cari... hahaha... 


Bahan-bahan pon dah beli tapi susah betul nak cari serbuk kayu manis. Nak pergi kedai bakery semata-mata nak beli serbuk kayu manis memang tak lah kan. Last-last jumpa dekat Jaya Grocer. Complete dah semua bahan. Dah lama terpandang carrot cake dekat kedai. Tapi harga seketul carrot cake sebesar cawan cup cake tu dalam lapanhiggit woihhh!! Bukan berkira dengan diri sendiri. Tapi tak berbaloi kalau beli. Ku tahan nafsu jer. Dahhh... Back to the story. Weekend kita buat carrot cake.

Resipi memang simple. Yang tak simple nya bila kau kena sagat carrot sebanyak 3 batang untuk dapatkan 3 cawan carrot. Part ni memang anak-anak yang offer diri nak buat. Berebut-rebut masing-masing nak menyagat carrot tu. Sampai bergaduh... ppffttt... Korang kalau tak bergaduh memang tak sah kan. Ibu sagat korang baru tahu. Dah selesai semua, moh lah kita bakar, Ini bahan-bahan nya. Resipi ni aku amik dari [Azie Kitchen].

Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap


Bahan-Bahan


4 biji telur
1 1/4 cawan vegetable oil (pakai minyak masak pon boleh)
1 cawan gula (aku pakai gula perang ☺)
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
3 cawan carrot (parut)
1 cawan walnut (cincang)
Sedikit kismis

Cara-cara


  1. Dalam mangkuk besar, putar telur, minyak , gula dan vanilla extract. Aku putar pakai whisk jer.
  2. Satukan tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk kayu manis dan  masukkan kedalam adunan yang diputar tadi.
  3. Masukkan carrot. Kacau rata dan masukkan walnut dan kismis.
  4. Tuang dalam loyang yang dah diletakkan baking paper.
  5. Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 175C sehingga kek masak. Cucuk di tengah kek dengan lidi, Kalau tak melekat dekat lidi, maknanya dah masak. Kalau belekat, sambung bakar lagi
* Bergantung kepada tahap kepanasan oven masing-masing yer. Aku buat 20 minit dengan suhu 160C.


Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)


1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara


Dalam mangkuk paling cantik, satukan butter, cream cheese, gula dan vanilla extract. Putar sehingga sebati dan berkrim. Yang ni kau kena pakai mixer. letih tangan kau kalau pakai whisk ☺☺. Sapu pada permukaan kek yang dah masak tadi.  

Dah... Simple jer kan. Aku buat 2 layer dengan 2 biji kek. Acuan tu bahagi 2. Cream cheese ditengah-tengah dan diatas kek. Carrot cake aku penuh dengan cheese gittew. Tapi silap percaturan. Patutnya lepas sapu cream cheese dekat kek yang pertama tu, elok sejukkan dulu bagi cream cheese tu keras sikit baru letak lapisan yang kedua. Ni aku pergi sapu and letak lapisan kedua terus. So... cream cheese tu jadi macam tak melekat sangat. 

Tak apa. Practice make perfect kan. Lepas ni buat sebijik terus lah. Tak payah nak layer-layer bagai kan... ngeee... Overall memang sedap. Puas makan dengan cream cheese nya yang banyak. Tapi anak-anak tak berapa suka sangat. Makan tu makan lah. Tapi tak laju. Balance cream cheese pon ada lebih tu. Sayang kalau tak pakai. Jadinya... Kita buat Choc Cheese Cake ke esokkan nya. Stay tune untuk resipi yang seterusnya yer. Kek ni tak pakai telur tau ☺☺

Note: Luar biasa betul mood rajin ni. Sabtu Ahad aku buat kek ☺


Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur

$
0
0
Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur | Amboi... amboiii.. Resipi lagi kau yer. Alaaaa... Resipi lah yang ramai orang cari. Lebih-lebih lagi resipi simple kan. Korang bukan nya nak try kalau resipi tu complicated and susah nak buat. Betul tak? Sebab aku pon macam tu jugak. Kalau boleh nak cari resipi se simple, tak susah nak cari dan senang nak membuatnya. Ok.. Back to the title. sebelum ni aku pernah share resipi KEK MOIST CHOC LELEH LAPIS CHEESE. Macam cerita aku dalam entry Resipi Carrot Cake Paling Simple Tapi Moist Dan Sedap tu, kan ada lebihan cheese. Sayang kalau tak pakai kan. Jadinya... moh kita cari Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur.


Tiba-tiba terasa nak buat kek chocolate sebab anak-anak dah lama request nak kek chocolate. Topping nya kita letak lah lebihan cheese tu kan. Masalahnya... Tak cukup bahan lah pulak. Telur dengan fresh milk tak ada. Aku nak pergi kedai, tapi pemalas nak drive. Jadinya... Google lah resipi kek tanpa telur yang simple. Aku kalau cari resipi mesti ada perkataan 'simple'... ngeeee... Memang lain lah resipi kali ni. Tersangat simple dan senang nak buat. Ini resipinya:

Resipi Simple Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur


Bahan-Bahan


1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (dari freezer)
1 cawam gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak | minyak sayuran | butter yang dah dicairkan (aku pakai butter)
1 sudu kecil cuka atau jus lemon
secubit garam

Cara-cara


  1. Panaskan oven dahulu dengan suhu 160C. Griskan loyang dengan mentega. Atau korang boleh pakai parchment paper.
  2. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan susu tepung, garam, gula perang dan kacau rata dan sebati.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak dan esen vanilla. Kacau perlahan-lahan dengan whisk sampai adunan tidak berketul-ketul. Nak pakai mixer pon boleh. 
  4. Dah sebati semua bahan, masukkan cuka dan terus kacau lagi hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak dengan suhu 160C *bergantung pada kepanasan oven masing-masing
  6. Tunggu sampai kek masak dan hiaskan lah ☺


Sementara kek masak tu kan, kau buat lah cream cheese. Bahan-bahan tu sama macam buat untuk carrot cake. Meh aku tepek lagi untuk korang.

Bahan-bahan Frosting (Cream Cheesse)


1/2 cawan butter (suhu bilik)
8 oz cream cheese - 1 kotak philadelphia atau 1 tube tatura (suhu bilik)
2 cawan gula icing (aku pakai gula halus sebab gula icing tak ada ☺)
1 sudu vanilla extract

Cara-cara

  1. Bila kek dam masak. Tuang saja cream cheese atas kek 
  2. Bakar selama 10-15 minit
  3. Sejukkan sekejap dalam freezer bagi lagi sedap

Dah siap. Simple jer kan. Aku tak sempat masuk freezer. Panas-panas tu jugak potong dan makan sebab anak-anak dah tak sabar. Memang tersangat sedap. Buat malam. Pagi tu bekalkan dekat anak-anak yang nak bawak kek pergi sekolah. Tengah hari dah licin. Sekejapan betul. Rasa tak puas pulak. Kalau korang nak buat banyak, just double kan saja bahan-bahan tu. 

Oh! ya... Aku tambah resipi. Letak chocolate chips lebihan masa buat kuih raya tahun lepas. Tarikh luput pon dah nak tamat. Jadi kita habiskan terus. Memang bertambah kesedapannya. Rasa macam nak buat lagi Chocolate Cheese Cake Tanpa Telur minggu ni. Nak try letak choc cadbury mini tu. Hurmmmm... Terbayang-bayang dah ni ☺☺

Note: Bila mood rajin nak mem baking datang kan. Macam ni lah ☺☺


Viewing all 283 articles
Browse latest View live